Wednesday, December 21, 2016

CUTI SEMPENA PERAYAAN KRISMAS 24 - 26 DISEMBER 2016

PEMBERITAHUAN

Kepada semua pemilik rumah/ penyewa/penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam,
Pihak Pengurusan akan ditutup pada 24 - 26 Disember 2016 Sempena Perayaan Krismas.
Sehubungan dengan cuti ini, sekiranya anda pulang bercuti, sedikit pesanan dari pihak pengurusan agar anda pastikan beberapa perkara berikut;-

  • SILA PASTIKAN TONG GAS DAN SEMUA ALAT-ALAT ELEKTRIK TELAH DITUTUP DAN DIMATIKAN;
  • SILA PASTIKAN SEMUA TINGKAP, PINTU DAN GRIL BESI TELAH DIKUNCI DENGAN KEMAS;
  • SILA PASTIKAN SEMUA PILI AIR DITUTUP TERUTAMA PILI AIR DI METER SYABAS YANG TERLETAK DI BAWAH BLOK UNIT ANDA;DAN
  • PERINGATAN KEPADA YANG TIDAK PULANG BERCUTI SUPAYA JANGAN MEMBUAT PERKARA YANG BOLEH MENGANGGU KETENTERAMAN PENGHUNI LAIN.

HARAP MAKLUM.


JEMPUTAN KE PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA PADA 22 DISEMBER 2016

Jemputan ke Program Solat Hajat Perdana:
Anjuran: Unit Non Residen UiTM

Tarikh: 22 Disember 2016
Masa: selepas solat magrib
Tempat: Surau As Siddiq, Pusat Komersil, Seksyen 7.

Program ini sempena peperiksaan akhir pelajar uitm bermula hujung bulan disember ini. 
Semua pelajar dan penduduk dijemput hadir.



Thursday, October 6, 2016

KEJOHANAN FUTSAL 2016 PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM

PEMBERITAHUAN

KEJOHANAN FUTSAL 2016 PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM
TARIKH PERLAWANAN : 6 NOVEMBER 2016
MASA : 9 PAGI - 5 PETANG
TEMPAT : FUTSAL ROOFTOP SEKSYEN 7 (PASARAYA GIANT)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 25HB OKTOBER 2016
BAYARAN PENYERTAAN : RM 80.00

BERMINAT SILA HUBUNGI : RAHMAT 011 - 3987 3696 / TUMI 013 - 633 5912

BORANG PENYERTAAN BOLEH DIPEROLEHI DI PEJABAT PENGURUSANJmb Pusat Komersil ARAS 2, PASARAYA GIANT

"MAJULAH SUKAN UNTUK KOMUNITI PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM"





Tuesday, August 30, 2016

CUTI SEMPENA HARI KEBANGSAAN / KEMERDEKAAN YANG KE 59 (TAHUN 2016)




Tema dan gambar logo Hari Kebangsaan 2016 Malaysia

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016. 

Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Sementara, Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan. 

Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016 #sehatisejiwa 

SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada Sebagai makluman, mulai tahun lalu (2015) sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. 

GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN 2016 MALAYSIA


RASIONAL ATAU KETERANGAN LOGO MERDEKA 2016



LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN / KEMERDEKAAN 2016



Pautan Sumber Asal » http://www.mysumber.com/tema-dan-gambar-logo-hari-kebangsaan-2015-malaysia.html

Friday, August 12, 2016

NOTIS PEMBERITAHUAN SEMBURAN 'FOGGING' BLOK A HINGGA BLOK J


Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera..

Makluman dari Tuan Saiful, Pegawai Kesihatan MBSA, memaklumkan bahawa info terkini terdapat 2 kes diterima kurang dari 14 hari di blok L dan blok B.
Oleh yang demikian pasukan kawalan denggi akan membuat pemeriksaan di blok K, L dan B.


Pihak pengurusan JMB berharap agar anda semua terutamanya pemilik/penyewa/penghuni dan penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam dapat memberi keizinan dan kebenaran kepada kakitangan kesihatan MBSA dan kakitangan JMB memasuki rumah/ kedai anda bagi tujuan membuat pemeriksaan, membubuh abate dan melakukan semburan (fogging di airwell).



Notis dilampirkan sebagai rujukan pihak anda semua..



Kerjasama pihak anda semua dalam membenteras Demam Denggi amat kami hargai..

Terima kasih..




Thursday, July 28, 2016

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI GABUNGAN JMBPKS7 & PERSATUAN PENDUDUK PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Invitation for Hari Raya Aidilfitri 2016

Assalamualaikum & hello everyone..

Badan Pengurusan Bersama JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” joint venture with Persatuan Penduduk Pusat Komersil Seksyen 7 (PPPKS7) would like to invite all of you regardless of races to be together in a gathering in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri 2016.

Our gathering this time is more relaxed with the main objective to foster brotherhood among Pusat Komersil Seksyen 7 Community. 

Foods & Drinks
We wish to request all attendees to provide POTLUCK and we will share food with each other. Organizer will also provide foods & drinks throughout the ceremony

Details of the gathering are as follows:
Date : July 30, 2016

Time : 11.00am – 3.00pm

Venue : Bilik Gerakan Persatuan Penduduk 

Dress code : Baju raya/casual

We hope your presence will enliven our ceremony.
Thank you.

Kind regards,

JMB MANAGEMENT OFFICE




Friday, June 3, 2016

SELAMAT BERPUASA...

Assalamualaikum wbt

=================================
🌙 3 HARI LAGI RAMADHAN MENJELANG TIBA
=================================
 1 Ramadhan 1437 H: 6 Jun 2016 (ISNIN)

Dikesempatan ini, Pihak kami mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua WARGA PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM sekalian. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..

-Ikhlas dari Seluruh warga kerja dan Badan Pengurusan Bersama JMB “PK SEK:7 COMMITTEE”


JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK TAHUN 2016/1437H



Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak dan menjalani ibadah puasa diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Semoga ibadah kita semua diberkati oleh Allah s.w.t.


Tarikh Penting
06 Jun 2016-Isnin -01 Ramadhan 1437-Awal Ramadhan/Puasa
22 Jun 2016-Rabu -17 Ramadhan 1437-Nuzul Quran
06 Julai 2016-Rabu -01 Syawal 1437-Hari Raya AidilFitri/Puasa

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2016 1437H bagi Negeri-negeri Seluruh Malaysia

PERLIS

Web | PDF

  • Perlis

KEDAH 

Web | PDF

  • Zon 1 - Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
  • Zon 2 - Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
  • Zon 3 - Daerah Padang Terap, Sik dan Baling
  • Zon 4 - Daerah Kulim dan Bandar Baharu
  • Zon 5 - Daerah Langkawi
  • Zon 6 - Puncak Gunung Jerai 

PULAU PINANG 

Web | PDF

  • Pulau Pinang

PERAK

Web | PDF

  • Zon 1 - Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
  • Zon 2 - Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
  • Zon 3 - Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
  • Zon 4 - Temengor dan Belum
  • Zon 5 - Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor
  • Zon 6 - Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
  • Zon 7 - Bukit Larut

SELANGOR

  Web | PDF

  • Zon 1 - Daerah Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
  • Zon 2 - Daerah Klang, Kuala Langat,Kuala Selangor dan Sabak Bernam

WILAYAH PERSEKUTUAN 


NEGERI SEMBILAN

Web | PDF

  • Zon 1 - Jempol dan Tampin
  • Zon 2 - Seremban,Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah dan Jelebu 

MELAKA

Web | PDF

  • Melaka

JOHOR 

Web | PDF

  • Zon 1 - Pulau Aur dan Pulau Pemanggil
  • Zon 2 - Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau Berdekatan
  • Zon 3 - Daerah Pontian dan Kluang
  • Zon 4 - Batu Pahat, Muar, Segamat dan Gemas Johor

PAHANG

Web | PDF

  • Zon 1 - Pulau Tioman
  • Zon 2 - Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
  • Zon 3 - Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera
  • Zon 4 - Raub, Bentong dan Lipis
  • Zon 5 - Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi
  • Zon 6 - Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highland

TERENGGANU

Web | PDF

  • Zon 1 - Kuala Terengganu Dan Marang
  • Zon 2 - Besut dan Setiu
  • Zon 3 - Hulu Terengganu
  • Zon 4 - Kemaman dan Dungun

KELANTAN

Web | PDF

  • Zon 1 - Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh,Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)
  • Zon 2 - Jajahan Jeli dan Gua Musang Termasuk Daerah Galas Dan Bertam

SARAWAK

Web | PDF

  • Zon 1 - Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas
  • Zon 2 - Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, dan Marudi
  • Zon 3 - Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
  • Zon 4 - Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu,Kanowit, Kapit dan Song
  • Zon 5 - Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang
  • Zon 6 - Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak
  • Zon 7- Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
  • Zon 8- Kuching, Lundu, Bau dan Sematan
  • Zon Khas 

SABAH

 Web | PDF

  • Zon 1 - Bahagian Sandakan (Timur),Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan,Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam.
  • Zon 2 - Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah
  • Zon 3 - Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan,Lahad Datu dan Kuna
  • Zon 4 - Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
  • Zon 5 - (Bahagian Kudat) Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat
  • Zon 6 - Gunung Kinabalu ( Ketinggian 4,101 M)
  • Zon 7 - (Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
  • Zon 8 - Bahagian Pedalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan, dan Keningau
  • Zon 9 - Bahagian Pedalaman (Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang

* Sumber: Pengurusan Fatwa, Jakim

** Jadual waktu berbuka puasa dan imsak diatas disediakan dalam versi web dan format .pdf. Anda boleh menggunakan sofware Adobe Reader, Foxit Reader atau seumpamanya untuk membuka file .pdf tersebut. 










CUTI SEMPENA HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG


MEMO PENDUDUK

Kepada :       Semua Penduduk/ Penyewa Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : CUTI SEMPENA HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup pada 4hb Jun 2016 (Sabtu) sempena KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG AL-SULTAN AL-MUTASSIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH. Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada  6hb Jun 2016 (Isnin).

Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-
HOTLINE ‘ON CALL’: 012-979 6536
(Maintenance ‘On Call’)

Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB “PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua penduduk.

DAULAT TUANKU… DAULAT TUANKU… DAULAT TUANKU….

Sekian, harap maklum.