Saturday, October 30, 2010

Notis Denggi Jabatan Kesihatan Selangor


Kepada penduduk & penghuni Pusat Komersil Sek 7 kerjasama anda amat diperlukan untuk mewujudkan kawasan kita kawasan bebas denggi. Antara perkara-perkara yang perlu dipastikan adalah seperti berikut:-

  1. Periksa & bersihkan kolam mandi sekurang-kurangnya seminggu sekali
  2. Meletakkan abate ke dalam kolam mandi atau tangki simpanan air
  3. Pastikan pam tandas berfungsi dengan baik, sekiranya tidak berfungsi pastikan ia kosong
  4. Pastikan tiada takungan air di dalam & luar rumah seperti pasu, tong dan sebagainya
  5. Menjalankan aktiviti cari & musnahkan iaitu memusnahkan atau membuang mana-mana bekas yang boleh menakung air

Terima Kasih

Thursday, October 28, 2010

PENGENALAN - Blog Komuniti Joint Management Body (JMB) Pusat Komersil Seksyen 7 (PKS7)




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga blog komuniti Joint Management Body (JMB) Pusat Komersil Seksyen 7 (PKS7) ini dilancarkan. Tujuan utama blog komuniti ini diwujudkan kerana Pihak Pengurusan merasakan ianya satu keperluan untuk memberi maklumat dan informasi kepada ahli komuniti PKS7 berkaitan aktiviti-aktiviti yang berlaku di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam ini.

Selain itu, Pihak Pengurusan berharap dengan adanya blog komuniti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Pihak Pengurusan dengan penduduk dan pemilik kediaman/ premis di PKS7. Insya Allah, dari masa ke semasa blog komuniti ini akan dikemaskini untuk memberi informasi dan maklumat kepada semua komuniti PKS7.

Sekian dulu, saya mewakili Pihak Pengurusan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam menjemput dan mengalu-alukan komen dan cadangan membina dari semua ahli komuniti PKS7 demi untuk kepentingan, keharmonian dan kesejahteraan bersama.

“PEMBAYARAN YURAN PENYELENGGARAAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Sekian, terima kasih.

BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM.


Wednesday, October 27, 2010

Kerja-kerja Pihak Pembersihan/ Cleaner


Pihak Cleaner menyapu tangga

Pihak Pengurusan telah menjadualkan aktiviti menyapu tangga dan pembersihan sampah dikoridor dilakukan selang sehari, bermula dari tangga tingkat 4, hingga ke bawah.


Borang 'checklist' kebersihan

Setiap tingkat 4 akan ditampal sehelai 'checklist' sebagai tanda kawasan tersebut telah disapu ataupun tidak.




Hari sabtu telah dijadualkan kepada pihak pembersihan/cleaner untuk:-

1. Menanggalkan iklan-iklan haram yang ditampal di dinding-dinding bangunan;

2. Mengelap peti surat;

3. Membersihkan sawang;

4. Mencuci tandas dan bilik wuduk surau;

5. Pembersihan Airwell; dan

5. Kerja-kerja pembersihan yang berkaitan.

Pihak pembersihan/ cleaner berehat pada hari ahad dan cuti umum.

Untuk makluman pemilik dan penyewa unit, Pihak Pengurusan tidak akan mengutip/ mengangkat bungkusan sampah yang diletakkan dihadapan pintu rumah atau hadapan/ belakang kedai. Sampah harus dibuang di tong sampah yang disediakan oleh Pihak Pengurusan.

"Kebersihan adalah tanggung jawab bersama" dan "Jagalah Kebersihan" demi keharmonian dan kesejahteraan bersama.

Monday, October 25, 2010

Aduan Saluran Najis Tersumbat Di Blok M




Aduan dari penghuni blok m mengatakan floor trap dalam tandas tersumbat sudah 2 minggu. Pemeriksaan oleh pihak maintenance mendapati sumbatan tersebut agak serius sehingga sisa-sisa najis melimpah naik atas lantai rumah.

Pihak maintenance melakukan kerja-kerja pembaikan sementara menanti pihak kontraktor dipanggil.......

Status : Tertangguh

Status Terkini : klik link--> di sini.

Wednesday, October 20, 2010

Kerja - Kerja Pembaikan Tong Sampah






Pada minggu lepas pihak pengurusan mendapat aduan dari penduduk di blok F mengatakan beberapa tong sampah senget dan terbalik. Pemeriksaan mendapati tayar tong tersebut telah patah...

Berikut adalah kerja- kerja pembaikan yang telah dilakukan pihak maintenance:

Alatan:-

1. Welding set
2. Plate besi 4"x 6"
3. Roda

Status : SELESAI

Monday, October 18, 2010

HIMPUNAN PERDANA JMB Seluruh Negeri Selangor Pada 31 Oktober 2010


HIMPUNAN PERDANA JMB Seluruh Negeri Selangor
Pada 31 Oktober 2010


Bertempat di: Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Waktu: 8:30 pagi - 4:00 petang (datanglah beramai-ramai...)

Satu himpunan perdana bagi Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) akan diadakan pada 31 Oktober ini.

Jawatankuasa JMB dari seluruh negeri Selangor adalah dijemput untuk menghadiri himpunan tersebut.

JMB adalah badan yang menguruskan kediaman berstrata seperti pangsapuri atau kondominium sebelum hakmilik strata dikeluarkan.

Himpunan ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Himpunan itu akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Program akan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Di antara acara-acara menarik hari itu adalah ceramah penerangan tentang pengurusan JMB dan bengkel-bengkel membincang isu-isu berkaitan kediaman bertingkat.

Selain dari itu terdapat kaunter khidmat nasihat, kaunter-kaunter Pihak Berkuasa Tempatan dan pameran-pameran. Makan tengah hari adalah disediakan kepada semua yang hadir.

Tujuan-tujuan utama himpunan itu adalah,

  1. Membimbing JMB tentang cara-cara menguruskan bangunan mereka dengan cekap dan berkesan.
  2. Peluang bagi JMB berkongsi atau mengemukakan masalah-masalah mereka.
  3. Saluran bagi Kerajaan Negeri Selangor mendapatkan maklumbalas dari JMB tentang polisi-polisi dan peraturan-peraturan yang telah atau akan dilaksanakan.
Himpunan ini akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid, Dato' Menteri Besar Selangor.

Bagi mereka yang berminat untuk hadir diharap dapat menghubungi 0132965469 (Azli) atau 0132069522 (Kamaruzaman ). Mereka juga boleh menghubungi pejabat Pihak Berkuasa Tempat yang terdekat.

Selain dari Jawatankuasa JMB, mereka yang berminat untuk mengetahui tentang pengurusan kediaman bertingkat turut dijemput hadir.

Cabutan bertuah akan diadakan dengan 5 peserta akan mendapat penginapan 1 malam percuma di Hotel De Palma, Ampang.

Iskandar A. Samad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap / Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
18 Oktober 2010

sumber dari:-
http://iskandar56100.blogspot.com/2010/10/himpunan-perdana-jmb-seluruh-negeri.html

Saturday, October 16, 2010

Kerja - Kerja Mencuci Bilik Wuduk & Tandas Surau





Seperti biasa pada setiap sabtu selepas penerangan ringkas oleh En. Suhaimi (Supervisor), beberapa orang cleaner akan melakukan kerja pencucian tandas surau. Pemeriksaan mendapati lantai penuh dengan tompok- tompok hitam kesan tapak kasut. Selain itu pembersihan sampah bertaburan di lantai kerana tong sampah telah penuh juga telah dilakukan.

Terima kasih kepada pihak cleaner kerana membuat kerja dengan penuh dedikasi....




Friday, October 15, 2010

Akta Penubuhan JMB

Jawatankuasa Pengurusan Bersama ditubuhkan mengikut Akta 663: Akta Bangunan & Harta Bersama;

  • Badan hendaklah memilih suatu Jawatankuasa Pengurusan Bersama yang tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan atau arahan yang diberikan oleh Badan di mesyuarat agung. Boleh melaksanakan tugas Badan dan menjalankan urusan Badan bagi pihaknya dan boleh bagi maksud itu menjalankan mana-mana kuasa Badan.
  • Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada pemaju dan tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada dua belas pembeli, yang hendaklah dipilih di mesyuarat agung tahunan Badan dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau sehingga pembubaran Badan mengikut seksyen 15, mengikut mana-mana yang terdahulu.
  • Daripada kalangan anggota Jawatankuasa yang dipilih di bawah subseksyen (2), maka hendaklah dipilih seorang pengerusi, seorang setiausaha dan seorang bendahari.
  • Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Jawatankuasa.
  • Pihak Berkuasa Negeri boleh meminda Jadual Pertama melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Thursday, October 7, 2010

LAWATAN PIHAK INSPEN KE PEJABAT PENGURUSAN JMB


Pada 7 Oktober 2010, Pihak JMB telah dikunjungi oleh rombongan pihak Inspen (Institut Penilaian Negara) dengan kerjasama COB MBSA untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan operasi JMB.

Kehadiran:
Hampir 20 orang

Tajuk Taklimat:
Pendedahan kepada Pengalaman Operasi JMB


Taklimat disampaikan oleh:
Pengerusi JMB iaitu Hj Shahrir Bin Shahodin

Kakitangan Pihak Inspen

Taklimat disampaikan oleh Hj Shahrir Bin Shahodin selaku Pengerusi JMB Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
Jamuan Makan




Penyampaian Saguhati








Tuesday, October 5, 2010

Surau Pusat komersil Sekyen 7 dan kawasan sekitar ditenggelami air akibat perparitan yang tidak sempurna & banjir kilat







Surau ditenggelami air akibat banjir kilat (kejadian kali ke 2)

Hujan lebat yang melanda Jalan Plumbum T7/T, Seksyen 7 pada 4 Oktober 2010, menyebabkan sebuah surau yang belum diberi nama tengelam akibat banjir. Ini adalah kejadian kali ke 2 surau ini mengalami kejadian banjir.

Kali pertama adalah pada hari khamis 12 November 2009 mengakibatkan kerosakkan barang kelengkapan dalaman surau antaranya karpet, sejadah, telekung dan juga sistem audio.

Dipercayai banjir ini berpunca daripada projek I-City yang difahamkan mempunyai sistem perparitan yang tidak sempurna.

Kami berharap pihak yang berkaitan tampil menyelesaikan masalah ini, dan diharap kejadian tersebut tidak berulang lagi.

(untuk mengetahui kejadian banjir kali pertama di Pusat Komersil sila klik di sini.)

Monday, October 4, 2010

Jamuan Perayaan Aidilfitri bersama keluarga AJK & kakitangan Pengurusan

Jamuan diadakan pada 2 Oktober 2010 (sabtu) sempena meraikan perayaan Aidilfitri bersama kakitangan pihak pengurusan dan kakitangan JMB.

Ucapan Perasmian oleh En Rizal bin Mawi (COB). Di antara para tetamu jemputan yang hadir adalah pihak Pesuruhjaya Bangunan (MBSA) dan kakitangan Pihak Balai Polis Seksyen 7, Shah Alam serta ahli keluarga kakitangan pengurusan dan pihak AJK JMB.