KEPENTINGAN MEMBAYAR YURAN PENYELENGGARAAN
Selaras dengan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (AKTA 663) JMB “PK Sek: 7 Committee” bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan pangsapuri tersebut walaupun setelah pangsapuri terjual dan diduduki penghuni.
Adalah menjadi kewajipan semua pembeli membayar caj penyenggaraan dan pengurusan bangunan (seksyen 23, Akta 663).
Sekiranya ada pembeli yang enggan membayar caj penyenggaraan, JMB melalui AJK (JMC) hendaklah memberikan notis 14 hari untuk pembeli membayar caj tersebut. Jika pembeli masih gagal membayar, JMB perlu mengemukakan notis 14 hari sekali lagi menuntut bayaran tersebut. Selepas tempoh yang diberikan, pembeli masih gagl atau enggan membayar caj penyenggaraan yang tertunggak, JMB boleh meneruskan prosiding mahkamah untuk menuntut bayaran tersebut. (seksyen 32(b), Akta 663)
Jenis-jenis perkhidmatan:-
- Mengutip wang yuran penyelenggaraan;
- Membayar bil-bil elektrik lampu tangga;
- Membayar cukai tanah setiap pemilik unit untuk keseluruhan 12 blok;
- Memperbaharui insuran kebakaran bangunan(fire insurance) setiap pemilik unit untuk keseluruhan 12 blok; dan
- Membaiki kerosakn-kerosakan ke atas harta hakgunasama (common area) seperti:-
- Saluran air hujan
- Antenna MATV (Master TV Antenna Television) & Booster
- Tangki air utama
- Tangga
- Tong/rumah sampah
- Longkang
- Talang air hujan
- Saluran najis
- Saluran air buangan
- Bumbung
- Kebersihan tangga & koridor
- Lain-lain yang berkaitan
Pihak Pengurusan tidak menanggung segala kecacatan atau kerosakan dalaman unit. Sekiranya anda ingin tahu tugas & tanggungjawab pihak JMB, sila klik---> di sini.
Anda juga boleh klik pautan---> di sini untuk mengetahui aktiviti-aktiviti penyelenggaraan pihak pengurusan.
Sekian, Terima kasih.
No comments:
New comments are not allowed.