Monday, January 3, 2011

FOGGING DI KAWASAN MBSA PERCUMA

PEMBERITAHUAN

Tajuk : Fogging di kawasan MBSA percuma
(petikan/keratan akhbar)

AKHBAR : UTUSAN MALAYSIA

SEKSYEN : DALAM NEGERI

TARIKH : 17-Dec-2004

HARI : JUMAAT

ISU : KERAJAAN TEMPATAN

KUALA LUMPUR 16 Dis. ­Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meminta orang ramai membuat laporan kepada polis jika didatangi individu atau kontraktor meminta upah bagi perkhidmatan semburan nyamuk (fogging) di kawasan mereka.

Penolong Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai mengenai syarikat dan juga kontraktor swasta yang melakukan fogging secara haram di kawasan pentadbiran MBSA.

Beliau berkata, sebenarnya fogging MBSA mahupun kontraktor swasta yang telah dilantik tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana ia dilakukan secara percuma.

"Tetapi ada syarikat mendakwa diarahkan oleh MBSA untuk kerja fogging dan meminta bayaran daripada orang ramai, ini tidak benar. Ia sebenarnya percuma," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut boleh menghubungi Jabatan Kesihatan MBSA di talian 03-­55105133 sambungan 273 dan 274. Waktu fogging ditetapkan antara pukul 6.30 pagi hingga 7.30 pagi atau 6.30 petang hingga pukul 8 malam.

No comments:

Post a Comment