Monday, February 14, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432H

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi, sambutan yang akan diadakan pada hari esok hari selasa iaitu dengan TEMA KEBANGSAAN 2011 “1 MALAYSIA 1 UMMAH” yang bertujuan umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.

Majlis sambutan di peringkat kebangsaan sama lokasinya di Putrajaya iaitu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Selasa ini (esok beb!).

Siapa yang ada?

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian sambutan tersebut. Syukur Alhamdulillah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan dari luar negara juga dijadual menghadiri majlis tersebut.

“Majlis ini merupakan salah satu acara rasmi negara dan ia merupakan usaha kerajaan bagi menegakkan syiar Islam.

Berapa orang kontijen esok??

Apa yang difahamkan, seramai 10,135 peserta daripada 112 kontinjen akan menyertai perarakan dan perhimpunan pada majlis sambutan tersebut.

”Ia terdiri daripada 42 kontinjen kerajaan, 15 kontinjen badan berkanun, 16 kontinjen swasta, 11 kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sembilan kontinjen institusi pengajian tinggi (IPT) dan 10 kontinjen sekolah.”

Aktiviti lain?

Pelbagai persembahan menarik akan diadakan seperti deklamasi sajak, syair rakesh, nyanyian gabungan bahasa Arab dan Inggeris, bacaan rawi, nazam dan selawat beramai-ramai serta pengurniaan Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul.

Oleh yang demikian, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang akan bermula pukul 7.30 pagi dengan perarakan kontinjen dan seterusnya majlis perhimpunan pada pukul 8.30 pagi. Seeloknya pakai pakaian yang sopan, dan digalakkan lagi memakai baju melayu bagi lelaki dan perempuan baju kurung.

Dalam pada itu juga, ada sekolah-sekolah yang membuat aktiviti menyambut maulidur Rasul di seluruh tanah air kita. Sama-samalah kita memeriahkannya. Insyallah.

Penghargaan kepada Blogger Zikrihusaini.com atas artikel asal beliau.

2 comments:

  1. terima kasih kembali.. selamat menyambut maulidur rasul.. semoga boleh kita berhubung2 lah lepas nih.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul..insya-Allah... disebabkan artikel anda, blog kami dikunjungi oleh ramai pelawat... terima kasih banyak ya sheikh Zikri Husaini...

    ReplyDelete