Saturday, November 5, 2011

Tempat Letak Kereta Bertingkat di Pusat Komersil Seksyen 7, menjadi sasaran remaja lepas nafsu

Akhbar: Berita Harian
Tarikh: 2 November 2011




gambar hiasan


Tempat letak kereta sasaran remaja lepas nafsu


2011/11/02

SHAH ALAM: Persekitarannya yang sunyi tanpa pengunjung, terutama pada hari bekerja, menjadikan kawasan tempat letak kereta bertingkat di atas sebuah pasar raya besar di Seksyen 7, di sini, sebagai sasaran remaja untuk melampiaskan nafsu bersama pasangan.

Tinjauan Sentral pada lewat malam mendapati, beberapa kereta diletakkan berjauhan bagi mengelakkan perbuatan maksiat mereka dihidu oleh orang awam.
Sentral turut dimaklumkan, kawasan tempat letak kereta itu menjadi sarang maksiat berikutan tiada pengawasan pihak berkuasa di tempat itu.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Aida, berkata kegiatan remaja yang sebahagiannya adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

Katanya, kawasan itu menjadi pilihan pelajar kerana ia lebih dekat untuk ke kuliah.

"Ramai pelajar menjadikan kawasan tempat letak kereta itu tempat melepaskan rindu dan akibat tiada pengawasan serta kawalan, mereka tidak takut dan menjadikan aktiviti itu sebagai sesuatu yang biasa.

"Mereka bukan saja melakukannya pada lewat malam, waktu siang pun selalu ada," katanya.
Seorang penduduk yang enggan dikenali turut menyarankan supaya kegiatan pelajar tidak bermoral itu dibongkar.

Dia yang membuka perniagaan alat tulis di kawasan itu berkata, sehingga kini, tiada mana-mana pihak menggempur kawasan maksiat itu yang tidak lagi menjadi rahsia bagi sesetengah penduduk di sini.

"Saya sedih kerana ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak, tetapi mereka melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depan sendiri tanpa berfikir kesan bakal dihadapi," katanya.

sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Tempatletakkeretasasaranremajalepasnafsu/Article/

No comments:

Post a Comment