MEMO PENDUDUK
Kepada : Semua Penduduk/ Penyewa
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
PER : CUTI RAYA AIDILFITRI 2011
Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pihak Pengurusan akan ditutup sempena Perayaan Aidilfitri bermula dari tarikh 30hb Ogos 2011 sehingga 1hb September 2011 dan pejabat pengurusan akan dibuka semula pada 2hb September 2011 (hari jumaat) seperti biasa.
Sehubungan dengan cuti perayaan yang panjang ini, anda diminta untuk memastikan beberapa perkara berikut;
- Sila pastikan tong gas dan semua alat-alat elektrik telah ditutup dan dimatikan;
- Sila pastikan semua tingkap, pintu dan gril besi telah dikunci dengan kemas dan jangan tinggalkan barang berharga di dalam rumah;
- Sila pastikan semua pili air ditutup terutama pili air di meter syabas yang terletak di bawah blok unit anda; dan
- Kepada mereka yang tidak balik kampung atau tidak ke mana-mana, jika ada sebarang kacauganggu dan aktiviti mencurigakan, segera laporkan dengan kadar segera kepada balai polis yang berhampiran.
Untuk sebarang masalah berkaitan & pertanyaan anda boleh menghubungi:-
HOTLINE : 012-979 6536
Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB "PK SEK:7 COMMITTEE” dengan seikhlasnya mengucapkan “Selamat Menyambut Hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin” kepada anda semua…Sekian, terima kasih.
Pihak Pengurusan
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”