Thursday, September 22, 2011

BUANG SAMPAH MERATA-RATA: DI MANAKAH KESEDARAN SIVIK ANDA?


Terlebuh dahulu Pihak Pengurusan ingin meminta maaf sekiranya Entry kali ini menyinggung anda. Entry post kali nih agak TEGAS kerana kami telah berlembut sekian lama.. Harap anda faham.

Pihak Pengurusan tidak akan bertoleransi (bertolak ansur) kali ini.

TAJUK: BUANG SAMPAH MERATA-RATA: DI MANAKAN KESEDARAN SIVIK ANDA?


1.    Adakah anda memang suka membuang sampah merata-rata? Atau perbuatan itu mmg tak dapat diubah kerana mmg itu sikap & perangai anda?

2.      Adakah anda memang suka menghuni tempat yang kotor? Atau adakah anda memang pengotor?

3.    Anda memang penghuni.. anda TAHU buang sampah merata2 tu salah, tapi anda buang juga.. kenapa ye.. adakah anda beranggapan:-  “ohh.. tak pa.. orang tak nampak.. nanti cleaner pengurusan atau pekerja Alam Flora datang angkatlah sampah tu… “  anda perlu ingat “what GOES around COMES around…” tak faham? Ini maksudnya:  Tindakan Seseorang, sama ada baik atau buruk, selalunya akan mempunyai kesan-kesan bagi orang itu..

4.    Jangan angan-angan nak maju kalau sikap kita masih buruk dan busuk!

5.    Kami seru, pada semua…. Tolonglah jangan ada sikap sebegini pada diri kita.

6.    Apa salahnya, kumpul dulu sampah dalam plastik tu, ikat elok2 dan buang la plastik tu ke dalam tong sampah yang disediakan…

Wahai penghuni,  lihatlah apa yang telah anda lakukan... 


ADAKAH INI YANG ANDA MAHUKAN?

Adakah anda TERASA? Kalau ya anda terasa bermakna belum terlambat untuk anda ubah sikap.

Semua agama menerapkan nilai-nilai murni dan menolak kepada kekotoran dan tabiat pentingkan diri sendiri dengan melakukan kemungkaran di muka bumi..

Budak kecil pun tahu tempat di mana sepatutnya sambah dibuang.. anda pula bagaimana?


Pihak Pengurusan telah memasang notis tersebut di setiap tingkat & di atas peti surat pada akhir bulan Ogos 2011 dan berharap SANGAT agar penduduk dan penghuni MENJAGA KEBERSIHAN....


 
Kepada yang mempunyi sikap terpuji kami ucapkan ribuan TERIMA KASIH, TAHNIAH… dan SYABAS.. anda adalah seorang yang BERSIVIK, BERTANGGUNGJAWAB & SIKAP ANDA HARUS DICONTOHI.








No comments:

Post a Comment