Tuesday, September 27, 2011

Aduan Paip Sebelum Meter Syabas Bocor di blok Q

Pihak Penyelenggara bertugas untuk Blok Q iaitu En Huzairi Bin Rosli telah melakukan pemeriksaan rutin dan mendapati terdapat beberapa paip bocor - sebelum meter syabas.


 Laporan pemeriksaan telah diterima oleh pihak pengurusan pada waktu 10:40 pagi untuk urusan rekod data dan tindakan selanjutnya aduan kepada Pihak Syabas.

Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pembaziran air.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi kebocoran paip sebelum meter syabas:-

1. Meter Syabas unit U3/25-A (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1811711

2. Meter Syabas unit U1/43-B (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1811716

Tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam selepas aduan dibuat. 

STATUS TERKINI:-
 
Tarikh: 28 September 2011  
Waktu: 11:30pagi

Hasil pemeriksaan rutin pihak peyelenggara pengurusan mendapati masih terdapat kebocoran pada meter unit berkenaan. 


Pihak Pengurusan telah menghubungi SYABAS dan mengikut penjelasan mereka, kontraktor SYABAS telah datang membaiki masalah tersebut dengan mengetatkan 'coupling' pada meter tersebut.


Aduan baru dibuat dan nombor aduan baru telah diberi.


1. Meter Syabas unit U3/25-A (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1813064

2. Meter Syabas unit U1/43-B (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1813066

Kami berharap agar Pihak Syabas dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak lagi berlaku pembaziran air.



No comments:

Post a Comment