Friday, November 4, 2011

SUMBATAN SALURAN AIR KUMBAHAN BLOK P

Aduan telah diterima dari Mastura binti Omar (pemilik unit U1/17-B) pada malam 28/11/2011 dan siasatan pada 29/11/2011 9:30am dilakukan oleh pihak penyelenggara, berkenaan unit beliau telah dinaiki air kumbahan.

Siasatan mendapati bahawa saluran paip kumbahan telah tersumbat dan punca sumbatan tersebut masih belum dapat dikenalpasti. Pihak penyelenggara telah cuba membaiki tetapi tidak berjaya kerana sumbatan tersebut terlalu teruk. Pihak penyelenggara menyarankan supaya pihak pengurusan menghubungi kontraktor yang bertauliah yang mempunyai kelengkapan yang cukup dalam membaiki dan menyelesaikan masalah tersebut.

Kontraktor telah dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut.






 Pihak penyelenggara memantau kerja-kerja pihak kontraktor.

Hasil dari laporan pihak kontraktor mendapati bahawa penyebab utama sumbatan tersebut adalah, sampah-sarap, gumpalan rambut, tuala wanita, lemak makanan (yang telah membeku) dan sebagainya.

Pihak Pengurusan bersama pihak AJK telah mengambil keputusan agar kos tersebut harus ditanggung oleh pihak pemilik rumah.

Kos pembaikan adalah sebanyak RM 1150.00 dan telah dibahagi kepada 4 unit. Setiap pemilik unit perlu membayar RM 383.30 dan kos tersebut telah dimasukkan dalam bil penyelenggaraan.Bil telah pun dihantar.

Pihak Pengurusan menasihatkan pihak pemilik rumah agar sentiasa menjaga kebersihan.

No comments:

Post a Comment