Thursday, March 31, 2011

Bil AIR ANDA TINGGI? CUBA IKUT LANGKAH BERIKUT

Ada pengguna yang merungut apabila bil air terlalu tinggi berbanding kebiasaan. Tetapi apa yang perlu kita buat sendiri ialah melaksanakan beberapa langkah membuat pemeriksaan awal terhadap meter dan pepaipan rumah anda.

APA PENGGUNA PERLU BUAT ?
1. Periksa ada tak kebocoran pada paip dari meter ke rumah kita.
2. Caranya, tutup semua paip air dalam rumah termasuk yang naik ke tangki dalam rumah.
3. Kalau bacaan meter air tidak berpusing ini bermakna tiada kebocoran paip dalam rumah kita.



PERIKSA KETEPATAN METER AIR
1. Kita boleh memeriksa sendiri ketepatan meter air.
2. Ambil bekas air kosong yang ada penunjuk isipadu, seperti bekas air zam zam 10 liter.
3. Pastikan tutup semua paip air dalam rumah dan yang naik ke tangki dalam rumah.
4. Pastikan bacaan meter air tidak bergerak dan catatkan bacaan meter.
5. Isi bekas air tadi sehingga paras 10 liter dan catatkan bacaan meter.
6. Catatkan perbezaan bacaan tadi.
7. Kalau perbezaan bacaan sama dengan 10 liter bermakna tiada masalah pada meter.

CARA TENGOK BACAAN METER
Meter air biasanya warna biru atau merah Ada 8 digit. 4 digit yang awal warna putih, 4 digit yang akhir warna merah.



Contoh :
1267 7431 = 1267.7431 meter padu (Bacaan awal)
1267 7529 = 1267.7529 meter padu (Bacaan akhir)
Perbezaan bacaan ialah 0.0098 meter padu lebih kurang 0.01 meter padu
1000 liter = 1 meter padu
10 liter = 0.01 meter padu

APA Syarikat air / JBA PERLU BUAT?
Syarikat air atau JBA sepatutnya menyediakan perkhidmatan kalibrasi atau mengukur ketepatan meter air apabila ada aduan pengguna bil air melambung tinggi.

Sekiranya didapati bukan masalah meter tapi disebabkan kebocoran paip di premis pengguna, maka pengguna perlu bayar kos kalibrasi dan bayaran bil tertunggak dan semasa.

Jika didapati ianya masalah meter maka pengguna tidak perlu membayar kos kalibrasi dan bil air perlu dikira semula mengikut anggaran penggunaan yang sebelumnya.

Antara faktor lain kepada masalah bil air tinggi ialah :
1. Apabila kerap berlaku bekalan air terputus, pembaikan paip utama dsbnya. Setiap kali bekalan air disambung semula , maka yang mula masuk ialah angin. Makin laju angin, makin tinggi bil air. Oleh itu waktu ketiadaan air jangan biarkan paip air dibuka kerana angin yang laju akan memutarkan meter air anda.

2. Ianya diburukkan lagi jika injap angin (air valve) di paip utama tidak berfungsi, akibatnya semua angin akan pergi ke rumah pengguna.

Dipetik dari : http://jeramaju.blogspot.com/2010/08/diy-bil-air-tinggi-cuba-ikut-langkah.html



MASALAH BIL AIR TINGGI

PEMBERITAHUAN


Tarikh : 28hb Mac 2011


Kepada : Semua Pemilik/Penduduk

Pusat Komersil Seksyen 7,

Shah Alam.

PER : MASALAH BIL AIR TINGGI

Pihak pengurusan telah dimaklumkan dan telah menerima beberapa aduan berkenaan hal ini dan meminta pihak Pemilik rumah/ penduduk agar sentiasa memeriksa dan menutup pili meter air sebelum dan selepas keluar dari rumah.


Sila adukan segera kepada Pihak Pengurusan jika mendapati bil air berkenaan agak luar biasa atau melebihi jumlah biasa yang digunakan. Pihak Pengurusan akan segera membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti masalah tersebut.


Anda juga perlu menghubungi talian 1-800-88-5252 atau mengadu terus kepada Pihak PUSPEL (SYABAS) untuk membuat pemeriksaan lanjut. Jika sekiranya anda mengesyaki meter air yang rosak, anda boleh meminta SYABAS membuat pengujian meter air dan caj pengujiannya adalah tanggungjawab penghuni sendiri.


Akhir kata, pihak Pengurusan berharap agar komuniti penduduk dapat bekerjasama dalam menangani masalah tersebut demi keharmonian dan kesejahteraan kita bersama.


Sekian, harap maklum.

Khidmat Nasihat oleh,

Pihak Pengurusan

Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

JMB “PK SEK:7 COMMITTEE”

Wednesday, March 23, 2011

Monday, March 21, 2011

PEMBAIKAN GENTING BUMBUNG AKIBAT HUJAN RIBUT

Kerja-kerja pembaikan telah dilakukan pada 21 Mac 2011 untuk keseluruhan blok yang telah terlibat. Berikut adalah gambar-gambar pembaikan yang telah dibuat.






Untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang perkara tersebut sila klik di pautan ini:-

Hujan lebat beserta ribut merosakkan bumbung (atap genting blok D) pada 18 Mac 2011
http://jmbpks7.blogspot.com/2011/03/hujan-lebat-beserta-ribut-merosakkan_19.html


Hujan lebat beserta ribut merosakkan bumbung (atap genting blok K) pada 14 Mac 2011
http://jmbpks7.blogspot.com/2011/03/hujan-lebat-beserta-ribut-merosakkan.html

Poster Kesedaran dari Pihak Bomba - Aktiviti Program Kesedaran & Keselamatan Awam


Sumber gambar dari : http://www.bomba.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=212&Itemid=115&lang=bm

Sunday, March 20, 2011

Pertandingan Ping pong antara AJK & Pengurusan

Tarikh : 19 Mac 2011

Bertempat : Hadapan Pejabat Pihak Pengurusan

Laporan : Telah diadakan pertandingan ping pong antara Pihak AJK & Pihak Pengurusan.

Juara beregu : En Suhaimi & En Shamsul

Juara Perseorangan : En Suhaimi






Saturday, March 19, 2011

Hujan lebat beserta ribut merosakkan bumbung (atap genting blok D) pada 18 Mac 2011



Tarikh kejadian: 18 Mac 2011
Waktu : 5:05pm

Laporan: Telah berlaku hujan lebat beserta ribut yang telah merosakkan beberapa keping atap genting di bumbung blok D.

Beberapa kepingan bumbung tersebut telah jatuh dan pecah berderai berhadapan Restoran Wak Dol. Mujur pada ketika itu tiada sebarang kecederaan nyawa terlibat cuma terdapat kerosakan pada sebuah kereta kenari telah mengenai cebisan atap genting tersebut.

Berikutan hujan lebat yang kerap berlaku ini pihak pengurusan menasihatkan penduduk supaya lebih berwaspada dengan mengambil langkah berjaga-jaga.