Wednesday, February 22, 2012

Penyelenggaraan di Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam oleh Indah Water Konsortium

Pengumuman Khidmat Masyarakat


Penyelenggaran Pihak Indah Water Konsortium

Pihak Pengurusan mendapati pada hari ini 22 Februari 2012 pihak Indah Water Konsortium ada melakukan
kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

Diharap pihak pemilik/penghuni melakukan tanggung jawab masing-masing dengan membayar yuran penyelenggaraan indah water agar dapat mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kita semua.





Sekiranya anda masih inginkan maklumat tentang apa sebenarnya yang pihak Indah Water Consortium lakukan, anda bolehlah meluangkan sedikit masa membawa kenyataan di bawah ini. Selamat membaca...

(kenyataan di bawah ini dipetik dari : http://web6.bernama.com/client/iwk/faqBm.php )


* Pelanggan Domestik
* Pelanggan Komersial, Perindustrian & Kerajaan Tahukah Anda? 

01. Pelanggan IWK Sepertimana yang telah ditakrifkan di dalam Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993, pelanggan IWK ialah orang, firma, badan korporat atau entiti yang telah ditetapkan di bawah undang-undang sebagai pemunya atau penghuni premis yang terletak di dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan dan menggunakan sama ada tangki septik individu atau sistem pembetungan jenis bersambung (ke loji rawatan kumbahan awam) yang telah diserahkan kepada IWK oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi atau pengguna yang menggunakan sistem pembetungan yang telah ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Pembetungan. 

02. Definisi Premis Domestik Premis domestik ertinya mana-mana premis yang dibina, didirikan, disesuaikan atau dicadangkan untuk digunakan secara eksklusif bagi kediaman penduduk. 

03. Definisi Kuarters Kerajaan Kuarters kerajaan ertinya mana-mana premis yang dibina, didirikan, disesuaikan atau dicadangkan untuk digunakan secara eksklusif bagi kediaman kakitangan Kerajaan di Gred A, B, C, D, E, F, G, H & I, sepertimana yang ditakrifkan di dalam Perintah Am Kerajaan (Bab E) 

04. Premis Bertangki Septik Premis yang mempunyai tangki septik akan dikenakan caj setiap enam bulan sekali sebanyak RM36.00 atau RM6.00 sebulan. IWK akan menjalankan perkhidmatan pengosongan secara berjadual lebih kurang setiap dua tahun sekali. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh meminta perkhidmatan ini, selepas perkhidmatan pertama atau sebelum perkhidmatan yang akan dijadualkan, tanpa caj tambahan melainkan caj pembetungan yang dikenakan setiap enam bulan sekali. 

Sila hubungi IWK di talian 1-800-88-3495 atau pejabat operasi IWK yang berhampiran dengan anda jika tangki septik premis memerlukan perkhidmatan pengosongan. 

05. Mengenalpasti Tangki Septik Tangki septik biasanya dibina di bawah tanah dan berada di luar premis sama ada di bahagian hadapan, tepi atau belakang premis. Ia mempunyai 2 - 4 penutup logam yang bersegi empat tepat. Penghuni atau pemilik premis bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan tangki septik tersebut. IWK hanya menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik sahaja. 

06. Pengosongan Tangki Septik Mandatori Penghuni atau pemilik premis yang enggan menerima perkhidmatan pengosongan tangki septik oleh IWK adalah akan dikenakan saman jika didapati bersalah sepertimana yang terkandung di dalam Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993. 

07. Perkhidmatan Pembetungan Bersambung Premis yang mempunyai sistem pembetungan jenis bersambung ke loji rawatan kumbahan akan dikenakan caj pembetungan sebanyak RM48.00 setiap enam bulan atau RM8.00 sebulan. Anda boleh mengenalpasti perkhidmatan bersambung ini jika anda lihat adanya satu penutup logam bersegi empat tepat, dipanggil lurang pemeriksaan, di luar rumah anda sama ada di bahagian tepi, hadapan atau belakang. Seluruh kawasan anda dianggap mempunyai sistem pembetungan jenis bersambung sekiranya terdapat lurang pembetungan dengan penutup logam bulat di atas jalan raya di sekitar kawasan premis anda. 

Di dalam lurang pembetungan, terdapat paip-paip pembetungan yang menyambungkan sistem pembetungan premis-premis ke loji rawatan kumbahan. Ia juga digunakan untuk memeriksa masalah pembetungan dan membersihkannya. Adalah salah di sisi undang-undang jika orang awam membuka lurang pembetungan tanpa kelulusan daripada IWK atau Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi. 

Kebiasaannya, anda tidak akan berjumpa dengan kakitangan IWK di premis anda kerana kerja-kerja kami adalah di loji rawatan kumbahan awam dan penyelenggaraan paip-paip pembetungan di atas jalan raya awam. Anda akan berjumpa dengan kakitangan atau wakil IWK apabila anda memanggil kami untuk membersihkan paip pembetungan awam yang tersumbat atau mengalami masalah pembetungan.




IWK boleh dihubungi di :- 







Address : :Indah Water Konsortium Sdn Bhd (Company No. : 211763-P)
Level 1-4 Block J, Pusat Bandar Damansara,
50490 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
Tel : :+603 27801100
+603 27801101
For Billing Enquiries : :Tel: +603 2080 3130
Toll free: 1 800 88 3495
Fax: 03-2095 6002 / 03-2095 9005
care@iwk.com.my
For Billing and Sewerage Services : :Customer Service Centres
SMS 36399 (IWK<space>Message )

No comments:

Post a Comment