Friday, August 24, 2012

TALIAN BARU PIHAK PENGURUSAN 03-55101233

 MAKLUMAN

Kepada:  
Semua penghuni/pemilik apartment, penyewa/pemilik kedai di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.


Maaf kerana lama tidak mengemaskini blog. Untuk pengetahuan saudara semua, penyedia khidmat telefon, fax & internet di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam iaitu syarikat Info'age Technology Sdn Bhd  terpaksa memberhentikan perkhidmatan dan operasi syarikat mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ini mengakibatkan seluruh kawasan pusat komersil seperti 'terputus hubungan' dengan dunia luar. Lebih kurang tempoh sebulan talian ini bermasalah..

Terkini, pihak JMB telah berurusan bersama pihak Telekom agar dapat menyediakan perkhidmatan telefon dan internet untuk pelanggan pusat komersil. Alhamdulillah pada 9 Ogos 2012 pihak kontraktor TM telah datang untuk membuat penyambungan. 



Sehubungan itu, sukcita dimaklumkan kepada semua penghuni/pemilik apartment, penyewa/pemilik kedai di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam, anda kini boleh melanggan perkhidmatan Telekom/ TM NET/ Streamyx dan mendaftar di TM POINT yang berhampiran.

Untuk makluman juga, kini Pihak Pengurusan boleh dihubungi di talian baru iaitu 03-55101233. 


5 comments:

  1. Adakah perkhidmatan Unifi terdapat di pusat komersil ini?

    ReplyDelete
  2. Buat masa ini perkhidmatan UNIFI belum ada di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam cuma streamyx sahaja. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Saya penyewa di blok A, jalan plumbum ac7/ac, ingin melanggan perkhidmatan streamyx, namun, pihak tm memberitahu bahawa tiada perkhidmatan streamyx disediakan, harap JMB dapat membantu kami, pelajar, yg memerlukan perkhidmatan ini secepat mungkin. Kerjasama JMB amat kami hargai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami cadangkan supaya anda memaklumkan kepada pihak TM no. talian kami iaitu 03-55101233 sebagai rujukan TM dan mereka dapat mengetahui yang pihak pengurusan juga telah menggunakan perkhidmatan STREAMYX sejak Ogos 2012 lagi.

      Sekiranya pihak TM memaklumkan bahawa tiada perkhidmatan tersebut bermakna pihak TM mungkin belum membuat penyambungan (cabling) ke blok anda.

      Delete
  4. boleh tanya x.. block K klo duduk rumah atas kedai tu...bole ke pasang internet? sbb ade kata bole.ada yg kata xboleh..mana 1 sbnrnye ni

    ReplyDelete