Saturday, September 29, 2012

Lawatan oleh Pihak JMB Pangsapuri Seri Nuang, Bukit Bandaraya Shah Alam

Lawatan ke JMB Pusat Komersil Seksyen 7 ini adalah untuk berkongsi pendapat, saling bertukar maklumat & menimba ilmu serta pengalaman bagaimana Pihak Pengurusan JMB Pusay Komersil menjalankan aktiviti, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Kehadiran terdiri daripada Pengerusi JMB Pangsapuri Seri Nuang iaitu En. Zaini Hassan & Setiausaha En. Adnan Rizal. 

Pembentangan slideshow dilaksanakan oleh AJK yang terlibat iaitu Pengerusi JMB Pusat Komersil iaitu Hj Shahrir, En Razib selaku Setiausaha dan dibantu oleh EN Azmi selaku AJK berportfolio perihal penyelenggaran.


Terima kasih diucapkan kepada pihak JMB Pangsapuri Seri Nuang kerana sudi melawat kawasan kami dan AJK JMB Pusat Komersil kerana dapat meluangkan masa hadir menambahkan lagi semangat kerjasama dikalangan kita semua.


Semoga perhubungan jalinan ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan ukhwah di antara kita semua.








Tuesday, September 25, 2012

SEMINAR JMB DI MBSA

Tarikh: 25 September 2012


•     Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan mengenai aspek-aspek penting di dalam pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata. Panel jemputan bagi seminar ini adalah terdiri daripada pegawai MBSA, pegawai Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS) dan golongan profesional dalam industri insuran hartanah. Berikut adalah aturcara yang telah disediakan kepada peserta seminar:

Aturcara 1 : Penguatkuasaan & Undang-undang

Aturcara 2: Kepentingan Insuran untuk Bangunan Berstrata

Aturcara 3 : Pencegahan Wabak Denggi

Aturcara 4 : Prosedur  Penambah Pindaan Bangunan