Saturday, January 26, 2013

PEMBERSIHAN PELEKAT IKLAN DAN NOTIS HARAM BLOK A & B

PEMBERSIHAN PELEKAT IKLAN DAN NOTIS HARAM BLOK A & B


Tarikh kerja: 26hb Januari 2013, 3hb Februari 2013 dan siap sepenuhnya pada 17hb Februari 2013

Kerja-kerja pembersihan dan mengecat dinding yang kotor dilakukan oleh 4 orang  kakitangan penyelanggara. Kerja dilakukan setiap hari minggu iaitu pada  26hb Januari 2013, 3hb Februari 2013 dan siap sepenuhnya pada 17hb Februari 2013. Kerja – kerja yang dibuat adalah seperti di bawah:   









STATUS: SELESAI

Saturday, January 19, 2013

MENGECAT BANGUNAN BLOK A DAN B AKIBAT VANDALISM

Tarikh: 19 Januari 2013

Kerja-kerja mengecat bangunan akibat dari vandalism pihak yang tidak bertanggung-jawab di blok A dan B dan ini mencacatkan pandangan dan memberi impak yang tida baik kepada persekitaran. Pihak Pengurusan berharap agar pihak yang melakukannya berhenti dari melakukan perbuatan tersebut. 

Pihak pengurusan juga berharap agar pihak penduduk yang melihat apasaja kejadian vandalism tersebut segera laporkan kepada pihak pengurusan dengan menghubungi kami ditalian 03-5510 1233 ataupun terus lapor ke balai polis yang berhampiran. 








Wednesday, January 16, 2013

KERJA MEMASANG PENUTUP LUBANG (MAINHOLE) DI BLOK A & B

TARIKH: 16 JANUARI 2013

Kerja memasang penutup longkang telah mula dilakukan bagi mengelakkan kejadian longkang tersumbat, kemalangan dan pencemaran bau.

Ianya dilakukan sendiri oleh pihak penyelenggara dan disengaja dibuat dengan menggunakan simen konkrit bagi mengelakkan kes kecurian (kebiasaanya daripada besi).







Tuesday, January 15, 2013

KERJA - KERJA YANG PERLU DILAKUKAN DI BLOK A & B

TARIKH: 15 JANUARI 2013

Pihak penyelenggara bangunan telah mendapat arahan dari pihak pengurusan mengenai kemasukkan blok A dan blok B dibawah pengurusan JMB mulai Januari 2013.

Pihak Penyelenggara telah membuat pemeriksaan secara menyeluruh dan mendapati banyak yang perlu dilakukan diantaranya adalah:-

  1. Sisi bangunan kelihatan retakan berkemungkinan tanah mendap;
  2. Keadaan hadapan dinding bangunan/ hadapan kedai dan sekitar kawasan peti surat dipenuhi iklan haram;
  3. Keadaan luaran bangunan yang perlu dicat akibat dari kegiatan vandalism (conteng pada bangunan);
  4. Lubang longkang yang tidak bertutup mengundang pelbagai masalah seperti sumbatan, pencemaran bau dan boleh mengakibatkan kemalangan;
  5. Lampu tangga yang rosak dan perlu diganti atau ditukar segera;
  6. Kebocoran pada meter syabas - admin perlu adukan segera kepada pihak Puspel/ Syabas bagi mengelakkan pembaziran;
  7. Terdapat tangki dan paip bocor di bahagian bumbung bangunan dan perlu pembaikan segera
  8. Tiada papan kenyataan bagi maklumat kepada penduduk;
  9. Tiada notis pemberitahuan atau house rules; dan
  10. Lain-lain perkara akan dikemaskini kelak..


WAJAH TERKINI BIL ELEKTRIK


Friday, January 11, 2013

Pengumuman Keputusan Mesyuarat Agung Luarbiasa 2012



MAKLUMAN PENTING

Tarikh                          :          17 Disember 2012

Untuk perhatian        :           Tuan/puan Semua pemilik rumah dan kedai Pusat Komersil
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Perkara                      :           Denda 10% keatas baki tunggakan dan Pemasangan Tiles

Pihak Pengurusan JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam, telah mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan pada 17 November 2012 mencapai keputusan sebulat suara ke atas perkara berikut:-

1) MENGENAKAN FAEDAH 10% TERHADAP TUNGGAKAN YURAN PENYELENGGARAAN

Bagi mendapatkan yuran penyenggaraan yang tertunggak, denda/faedah sebanyak 10% hanya akan dikenakan terhadap baki tunggakan 31hb Disember tahun sebelumnya. Bagi tahun 2013, tunggakan hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan (Januari 2013 – Mac 2013) dan ianya akan dikuatkuasakan pada 1hb April 2013.

2) MEMASANG JUBIN/ TILES PADA TANGGA

Persetujuan telah didapati bagi Pihak Pengurusan JMB menjalankan kerja-kerja pemasangan jubin/tiles setiap tangga di pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam. Kos untuk pemasangan tiles adalah sebanyak RM 340.00 untuk setiap unit rumah. Pihak JMB akan menanggung sebanyak RM 140.00 setiap unit. Manakala bakinya RM 200.00 akan dibilkan kepada setiap pemilik rumah. Kos ini akan dimasukkan ke dalam penyata yuran penyelenggaraan sebanyak RM 50.00 setiap 3 bulan (4 kali setahun).

Sekian, harap maklum.

Yang benar,

Hj. Shahrir Bin Shahodin
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama
JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”

Sk.       Tuan Said bin Ibrahim
            Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Bandaraya Shah Alam

Tuesday, January 8, 2013

Kerja-kerja mengemop dan membersih tangga

Harap maklum, kerja-kerja mengemop dan membersih tangga dilakukan 2 minggu sekali iaitu pada minggu pertama dan minggu ketiga. 

Diharap agar pihak penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam tidak lagi membuang sampah dikawasan tangga.

Pihak Pengurusan JMB telah menyediakan tong besar yang berwarna hijau di hadapan blok-blok anda, maka gunakanlah.

"MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNG JAWAB BERSAMA"








Monday, January 7, 2013

JAWATAN KOSONG PENYELENGGARA DI PENGURUSAN JMB PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM



PEJABAT PENGURUSAN
BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) "PK SEK: 7 JAWATANKUASA"
 PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM, SELANGOR

Advertised: 07-1-2013 | Tarikh Tutup: 28-2-2013

JAWATAN KOSONG
PENYELENGGARA

GAJI RM 1,100.00

Tanggungjawab:
Perihal kerja-kerja penyelenggaraan kawasan bangunan/ kawasan hakgunasama  kawasan apartmen  dan kedai komersial.
Termasuk kerja-kerja penyelenggaraan Elektrik, Mekanikal dan Paip.
v  Stanby On Call (Kerja-kerja kecemasan)

Kelayakkan:
    Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Sijil kemahiran Penyelenggaraan Bangunan/ Diploma yang setaraf dengannya.
·         Pemohon tinggal disekitar Shah Alam digalakkan memohon.
·         Graduan baru tamat pengajian digalakkan untuk memohon.
·         Boleh mengendalikan komputer dan kemahiran komunikasi yang baik.
·         Kesihatan yang baik, dari segi fizikal dan mental.
·         Rajin, boleh bekerja dalam berpasukan atau kumpulan.
·         Warganegara Malaysia
·         Sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun  pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
Calon-calon yang berminat adalah dijemput untuk menghantar e-mel, faks atau menulis dengan resume yang lengkap dengan menyatakan nombor telefon kenalan, gaji semasa dan jangkaan bersama-sama dengan gambar terkini bersaiz pasport:

BADAN PENGURUSAN BERSAMA "PK SEK: 7 JAWATANKUASA"
Aras 2, Pasaraya Giant,
Jalan plumbum T/7T, Pusat komersil Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

atau email ke: jmbpksek7committee@gmail.com atau faks no: 03-55100255.

KERJA-KERJA MENAIKTARAF KOLAM TAKUNGAN DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM BAGI MENANGANI BANJIR









Thursday, January 3, 2013

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DI PUSAT KOMERSIL SEKYEN 7, SHAH ALAM

PEMBERITAHUAN

HARAP MAKLUM, PIHAK TNB AKAN MENJALANKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN TERDAPAT GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK PADA:-


TARIKH GANGGUAN : 7 JANUARI 2013 ( ISNIN )

SEBAB GANGGUAN : SENGGARAAN PERKAKAS SUIS

MASA ANGGARAN : 10 PAGI - 3:00 PETANG

KAWASAN TERLIBAT : PERUMAHAN DAN KOMERSIL



- SILA RUJUK PAPAN NOTIS DI SETIAP BLOK - 

(SILA KLIK SURAT/MEMO DI BAWAH UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS) 


SEGALA KESULITAN AMAT KAMI KESALI