Monday, December 23, 2013

MEMO KHIDMAT MASYARAKAT - PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MANGSA BANJIR - KAWASAN KEMAMAN, TERENGGANU

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pihak pengurusan kami telah menerima surat bertarikh 10 Disember 2013 dari Adun Kawasan Kota Anggerik iaitu Dr. Haji Yaakob Bin Sapari. Surat tersebut telah disampaikan oleh En Tahir Bin Saleng selaku wakil Persatuan Penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam dan beliau juga adalah wakil pihak JMB. Untuk makluman anda, beliau juga adalah salah seorang sukarelawan dalam misi tersebut. 

Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik akan menjalankan misi bantuan kebajikanan masyarakat kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Kemaman, Terengganu pada:-

Tarikh: 28hb - 29hb Disember 2013 (sabtu & Ahad)
Masa: 6.00 petang - 11.00 malam

Untuk Pertanyaan lanjut sila hubungi Penyelaras Misi Bantuan Kecemasan, Cik Eja 013-399 8243 atau Puan Anizan 013-366 8222.

Dilampirkan surat sebagai rujukan pihak anda. 


Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati sekiranya anda semua dapat ikut serta dalam memberi sumbangan agar dapat meringankan beban mereka yang terlibat. 

Sebarang kerjasama dan bantuan yang dihulurkan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

Shamsul Fariz Bin Salimin
Pentadbiran
JMB PK SEK 7 COMMITTEE

No comments:

Post a Comment