Friday, January 3, 2014

Vandalism: Contengan Grafiti di belakang kedai blok A

Pihak Penyelenggara telah membuat rondaan blok dan mendapati terdapat satu contengan Grafiti yang amat besar dibelakang dinding kedai blok A. 




Ini adalah kesalahan yang boleh mengakibatkan si pelaku didakwa di mahkamah dan boleh dipenjarakan.

Kesimpulannya graffiti ini adalah sebuah bentuk seni. Memang tidak boleh disangkal lagi. Apa yang menyebabkan ia menjadi satu vandalisme adalah kerana hasil seni ini telah dilahirkan pada dinding, bukan sebarang dinding. Dinding harta milik awam..

"Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 15 (2) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan".

Kerja-kerja mengecat kembali telah dilakukan pada 2 Januari 2014 Oleh penyelenggara bertugas iaitu En Junaide, En Izat dan En Saiful Nazrin.





Terima kasih diucapkan kepada pihak penyelenggara bangunan dengan pantas mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Kami juga berharap mendapat kerjasama penduduk sekitar agar segera memaklumkan tentang aktiviti yang tidak sihat ini kepada pihak pengurusan JMB dan kami juga berharap agar mendapat kerjasama pihak PBT seperti MBSA, Polis dan badan yang berkenaan dalam menangani masalah tersebut.

-status: SELESAI

Sekian.






No comments:

Post a Comment