SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT X1/22-B BLOK K
Unit rumah yang terlibat:
X1/22-B
X2/22-B
X3/22-B
DAN
X4/22-B
Pada 16 November 2013,
pihak pengurusan telah mendapat aduan berkenaan saluran kumbahan utama di unit
X1/22-B telah tersumbat. Pihak pengurusan telah mengeluarkan notis Larangan
Penggunaan Air (diberi kepada penghuni unit-unit rumah yang terlibat) di bahagian bilik air kedua, kawasan yard dan sinki dapur untuk sementara waktu supaya air kumbahan
tidak melimpah keluar ke unit X1/22-B sehingga pihak pengurusan mengambil
tindakan susulan.
Pada 18 November 2013, pihak mengurusan telah cuba servis bahagian mainhole utama, akan tetapi percubaan tersebut gagal. Cubaan kedua juga telah dilakukan pada 23 November 2013 dan masih juga tidak membuahkan hasil. Pada 25 November 2013, cubaan kali ketiga juga telah dijalankan dan masih lagi gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Setelah tiga kali cubaan untuk menyelesaikan masalah sumbat ini tidak dapat diselesaikan, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk memanggil kontraktor luar untuk menyelesaikan masalah sumbat ini. Kontraktor yang bertauliah telah dipanggil dan mereka telah datang pada 18 Disember 2013.
Satu tebukan lubang telah dibuat di dalam kedai XG/22 setelah mendapat kebenaran pemilik. Lubang tersebut dibuat agar memudahkan pihak kontraktor membuat semburan air bagi menyelesaikan masalah sumbatan tersebut. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang telah diberikan.
Cubaan kali pertama oleh kontraktor luar itu gagal. Kali kedua pihak kontraktor telah datang pada 19 Disember 2013, akan tetapi masih gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pada 26 Disember 2013, kontraktor telah datang dan masalah tersebut telah dapat diselesaikan. Punca sumbatan tidak dapat dikenalpasti kerana semasa semburan kuat tekanan air tersebut telah berjaya mengeluarkan 'benda asing' berkenaan terus memasuki lubang longkang besar. (kebiasaannya adalah gumpalan lemak dan bendaasing)
Pihak
Pengurusan tidak menanggung kos tersebut memandangkan ianya adalah berpunca
daripada kecuaian penghuni/ penduduk/ pemilik rumah sendiri. Walaubagaimanapun
kami berpegang pada keharmonian penduduk dan pihak pengurusan telah membayar
kos tersebut dan kemudiannya akan dicaj semula kepada pemilik-pemilik rumah
yang berkenaan. Ianya akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan
pihak pemilik rumah.
Pihak tuan rumah akan diberi surat beserta lampiran
invoice pihak kontraktor sebagai rujukan. Kos harus dibahagi samarata terhadap
bilangan rumah yang terlibat.
Diharap agar pihak penduduk lebih bertanggungjawab
di masa hadapan.
Sekian, harap maklum..
Laporan disediakan oleh penyelenggara bertugas: Encik Muhammad Huzairi bin Rosli dan telah dikemaskinikan oleh Pentadbiran iaitu En Shamsul.
STATUS: SELESAI..
No comments:
Post a Comment