Monday, March 3, 2014

KEMASUKAN KONTRAK PEMBERSIHAN BAHARU

Surat Perjanjian Kontrak bertarikh 1 Mac 2014 telah diberi kepada Syarikat Sebaris Juta Enterprise bagi melakukan kerja-kerja pembersihan keseluruhan blok di Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam. Pekerja seramai 8 orang termasuk seorang penyelia telah disediakan bagi menjalankan kerja tersebut. 

Penjelasan berkenaan kerja telah dibuat oleh Pengurus syarikat iaitu Encik Khairul Azwan bin Anuar di hadapan Pejabat Pengurusan JMB. 

Beliau turut dibantu oleh wakil pihak pengurusan iaitu AJK yang berportfolio kebersihan iaitu En Tahir Bin Saleng dan En Junaide bin Salam selaku ketua penyelenggara JMB.

Diharap dengan kemasukkan kontraktor baharu ini dapatlah menjalankan kerja-kerja perihal kebersihan dengan baik dan memberikan perkhidmatan yang boleh dibanggakan.





No comments:

Post a Comment