Friday, February 28, 2014

Penamatan kontrak pembersihan

Pihak Pengurusan telahpun mengadakan perjumpaan bersama kontraktor pembersihan dari Syarikat Medtech Supply segabai menghargai jasa mereka menjaga kebersihan kawasan sekitar Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam. Untuk makluman, syarikat tersebut telah berkhidmat sejak 1 Oktober 2012 sehingga 28 Februari 2014.

Kontrak mereka tidak disambung disebabkan pihak syarikat terbabit tidak berjaya memperbaharui permit pekerja mereka yang kesemuanya warganegara Indonesia. Walaubagaimanapun khidmat mereka selama ini amat kami hargai.

Taklimat penghargaan oleh Hj Shahrir bin Shahodin selaku Pengerusi JMB dan sedikit cenderahati sebagai tanda kenangan telah disampaikan sendiri oleh beliau kepada semua pekerja tersebut.

Akhirkata kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan selama ini dan semoga syarikat Medtech Supply  maju jaya dimasa hadapan insyaAllah... Amin...








No comments:

Post a Comment