SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT AC1/9-B BLOK B
Unit-unit rumah yang terlibat: AC1/9-B, AC2/9-B, AC3/9-B dan AC4/9-B)
Lokasi: atas unit kedai Cermin (ACG/9)
10/09/2014 - Kontraktor hadir untuk melakukan kerja-kerja pembaikan.
Lokasi: atas unit kedai Cermin (ACG/9)
26/08/2014 - Aduan dari orang ramai dan pihak pembersihan bangunan mendapati air berbau kumbahan mengalir di kawasan tangga. pemilik unit AC1/9-B blok B iaitu Nik Ahmad Faris Bin Nik Ahmad dihubungi kerana pihak kami mendapati unit tersebut tidak berpenghuni. Pemilik telah dimaklumkan bahawa ianya bukan tanggungan pihak pengurusan dan pihak kami hanya membantu dalam menguruskan kontraktor dimana caj perkhidmatan akan dibayar oleh penghuni yang terlibat.
06/09/2014 - Pemeriksaan oleh pihak maintenance (En Ikhman & En Huzairi) melakukan siasatan dari dalam kedai ACG/9 dan rumah AC1/9-B mendapati sumbatan tersebut agak serius sehingga sisa-sisa najis melimpah naik di kawasan dapur hingga lantai ruang tamu rumah tersebut. Pihak penyelenggara mencadangkan memanggil kontraktor yang bertauliah agar kerja-kerja dapat dijalankan dengan segera. Sila rujuk gambar dibawah.
Kerja-kerja telah berjaya diselesaikan oleh kontraktor mengambil masa selama hampir 3 jam.
Pihak kami mendapati masalah berpunca daripada pihak penduduk/ pemilik rumah yang tidak mengasingkan rambut yang terkumpul dibahagian floor trap tandas hingga menyebabkan gumpalan rambut telah bercampur dengan bendaasing hingga tersumbat.
Pihak Pengurusan tidak menanggung kos tersebut memandangkan ianya adalah berpunca daripada kecuaian penghuni/ penduduk/ pemilik rumah sendiri. Walaubagaimanapun kami berpegang pada keharmonian penduduk dan pihak pengurusan telah membayar kos tersebut dan kemudiannya akan dicaj semula kepada pemilik-pemilik rumah yang berkenaan. Ianya akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan pihak pemilik rumah.
Pihak tuan rumah akan diberi surat beserta lampiran invoice pihak kontraktor sebagai rujukan. Kos harus dibahagi samarata terhadap bilangan rumah yang terlibat.
Diharap agar pihak penduduk lebih bertanggungjawab di masa hadapan.
Sekian, harap maklum...
No comments:
Post a Comment