Tuesday, April 28, 2015

CUTI SEMPENA HARI PEKERJA & HARI WESAK

MEMO PENDUDUK

Kepada :       Semua Penduduk/ Penyewa  Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam


PER : CUTI SEMPENA HARI PEKERJA & HARI WESAK

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup pada:

1hb & 2hb Mei 2015 (Jumaat & Sabtu) sempena Hari Pekerja; dan
4hb Mei 2015 (Isnin) sempena Hari Wesak

Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 5hb Mei 2015 (Selasa) seperti biasa.

Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-
HOTLINE ‘ON CALL’ : 012-979 6536
(Maintenance ‘On Call’)
Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB “PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua penduduk.

Pihak Pengurusan

JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”

Tuesday, April 21, 2015

Program spring cleaning dan advokasi denggi 2015 Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam

Program spring cleaning dan advokasi denggi Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam telah berlangsung pada 21 April 2015 Anjuran NR Uitm dengan kerjasama JMB PKS7, MBSA dan Persatuan Penduduk PKS7.

Terima kasih kepada smua yg menjayakan program ini demi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan penduduk PKS7...

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.




















Friday, April 10, 2015

GOTONG ROYONG MEGA SEK 7, SHAH ALAM


 MAKLUMAN PENTING

Untuk perhatian      : 
         
Pemilik/ penyewa apartment/ kedai/ restoran Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Perkara diatas adalah dirujuk, untuk makluman tuan/puan, di kawasan kita ini akan diadakan GOTONG-ROYONG MEGA SEKSYEN 7 sempena Program GERAK SIHAT 5C (cakna, cergas, cegah, cuci & ceria) pada 11 APRIL 2015; waktu 7:30 pagi.

Berikutan perkara tersebut, diminta pihak tuan/puan agar turut serta membersihkan kawasan anda dan bersama-sama terlibat dalam program tersebut.

Khasnya kepada pemilik/penyewa kedai (shoplot), tuan/puan dinasihati agar memindahkan segala barangan yang diletakkan di belakang kedai bagi memudahkan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja mereka.

Dilampirkan poster program sebagai rujukan pihak tuan/puan. Kerjasama pihak tuan/puan dalam menjaga kebersihan kawasan sekitar amat kami hargai.

“KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNG JAWAB BERSAMA”

Sekian,

BADAN PENGURUSAN BERSAMA
JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”






MEMASANG BANNER GOTONG ROYONG MEGA SEKSYEN 7

KERJA-KERJA MENGANTUNG BANNER TELAH DILAKUKAN DI HADAPAN BANGUNAN KFC SEKSYEN 7 SHAH ALAM





Wednesday, April 8, 2015

LAMPU TANGGA TIDAK MENYALA DI HADAPAN AA1/14-A BLOK D

HASIL SIASATAN DAN RONDAAN ROTIN PIHAK PENYELENGGARA BANGUNAN MENDAPATI BAHAWA TERDAPAT LAMPU TIDAK MENYALA DI HADAPAN RUMAH UNIT NO. AA1/14-A BLOK D.

KERJA-KERJA PEMBAIKAN MENGGANTIKAN LAMPU BARU DIJALANKAN SEGERA.






Monday, April 6, 2015

KERJA-KERJA WATERPROOFING BUMBUNG ADUAN DITERIMA DARI PENGHUNI Y3/7-A BLOK F

MAKLUMAN DITERIMA DARI PENGHUNI Y3/7-A BLOK G TENTANG KEBOCORAN BAHAGIAN SILING DALAMAN RUMAH DAN HASIL SIASATAN MENDAPATI TANGKI MILIK Y1/7-B TELAH BOCOR.

KERJA-KERJA PEMBAIKAN DENGAN MENAMBAH LAPISAN WATERPROOFING DIJALANKAN SEGERA 

PEMILIK TANGKI TELAH DIMAKLUMKAN AGAR MELANTIK KONTRAKTOR YANG BERTAULIAH UNTUK MENGGANTIKAN TANGKI TERSEBUT. INI ADALAH KERANA PIHAK PENGURUSAN TIDAK MENGGANTIKAN TANGKI MILIK INDIVIDU. 

BUAT SEMENTARA KERJA-KERJA BY PASS PAIP TENGKI TELAH DILAKUKAN OLEH PIHAK PENYELENGGARA. 

DILAMPIRKAN GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN DILAMPIRKAN GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN







Wednesday, April 1, 2015

KERJA-KERJA WATERPROOFING BUMBUNG Y3/45-A BLOK G

MAKLUMAN DITERIMA DARI PENGHUNI Y3/45-A BLOK G TENTANG KEBOCORAN BAHAGIAN SILING DALAMAN RUMAH DAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN DENGAN MENAMBAH LAPISAN WATERPROOFING DIJALANKAN SEGERA 

DILAMPIRKAN GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN