Thursday, November 29, 2012

Mesyuarat di MBSA bersama COB, PCM Bina S/B (pemaju) dan Pihak JMB “PK Sek: 7 Committee” bagi mendapat kata putus penyerahan Blok A & B


Tarikh: 29 November 2012 

Kata putus telah disepakati tetapi bersyarat iaitu:-
  1. Pemaju harus menyerahkan akaun yang beraudit untuk blok A dan B kepada Pihak JMB; 
  2. Pihak JMB bersetuju memulakan operasi pengambil alih pengurusan dan penyelenggaraan mulai 1 Januari 2013;
  3. Pihak JMB berharap agar pihak pemaju dapat memasang ‘system access card’ bagi blok tersebut, walaubagaimanapun ianya harus dimaklumkan kepada pemilik blok A dan B bagi mendapatkan persetujuan;
  4. Memohon agar pemaju membuat proper handover terhadap dokumen seperti building plan, senarai nama-nama pemilik, alamat terkini, rekod pembayaran dan jumlah tunggakkan pemilik untuk kegunaan pihak JMB;
  5. Pihak JMB berharap agar pihak pemaju dapat membaiki dan menangani masalah vandalism (cat bangunan) dan baiki bumbung bangunan dan kos adalah sebanyak RM 4000.00; dan
  6. Pihak JMB mohon agar pemaju menyerahkan semua wang baki sediada pemilik iaitu wang penyelenggaraan bangunan dan singking fund. Segala hutang yang masih belum dibayar oleh pemaju kepada operator akan dibayar oleh pihak JMB PK 7.


Wakil pihak pemaju adalah Puan Halimaton Saadiah, manakala wakil JMB adalah Hj. Shahrir (pengerusi); En Saharuddin (Bendahari) dan Hj Nik Sanusi (AJK Portfolio)


Thursday, November 22, 2012

MEMBAIKPULIH SILING UNIT X3/11-A AKIBAT LIMPAHAN AIR TANGKI DAN PAIP BOCOR

TARIKH: 22 NOVEMBER 2012

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH SILING UNIT X3/11-A OLEH PIHAK PENYELENGGARA AKIBAT DARI LIMPAHAN AIR TANGKI DAN PAIP BOCOR.







STATUS: SELESAI



Saturday, November 17, 2012

NOTIS JEMPUTAN MESYUARAT EGM 2012





Gambar Semasa Mesyuarat EGM 2012 dan status usul


Menyelesaikan tunggakan yuran penyelenggaraan untuk melayakkan anda mengundi


Pendaftaran





Tetamu yang hadir tekun mendengar taklimat usul




Sebahagian tetamu yang hadir



Status usul-usul yang dicadangkan dan dibincangkan:

  1. USUL/ CADANGAN: Mengenakan DENDA 10% terhadap pemilik yang lewat membayar yuran penyelenggaraanSTATUS: Majoriti mesyuarat telah bersetuju agar pemilik yang lewat membayar yuran penyelenggaraan dikenakan DENDA 10%. 
  2. USUL/ CADANGAN:  Isu kad masuk bangunan (Access Card)  STATUS: Mengambil tindakan tegas kepada pemaju. Majoriti Mesyuarat bersetuju.
  3. USUL/ CADANGAN:  Pemasangan jubin (tiles) pada setiap tangga dari hadapan peti surat hingga ke tingkat 4. Ini adalah pembangunan untuk mencantikkan tangga dan memudahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan, bukan penyelenggaraan jadi pemilik diminta untuk bekerjasama menanggung kos sebanyak RM 200.00 dibayar sekali sahaja. Jumlah tersebut akan dimasukkan dalam bil yuran penyelenggaraan. STATUS: Majoriti Mesyuarat bersetuju.
  4. LAIN-LAIN HAL: Kedai / apartment bocor. STATUS: Pihak Pengurusan menjalankan aktiviti pengurusan bangunan dan penyelenggaraan berlandaskan AKTA 663 iaitu 
  5. AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA 
  6. PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007 (se
  7. dikit petikan Akta 663) 
"Bagi bangunan atau tanah yang akan dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata, wujud bahagian yang dinamakan harta bersama yang boleh digunakan oleh semua penghuni. Bangunan dan harta bersama ini perlu disenggara dan diurus dengan sempurna. Ini memerlukan pihak yang diberi kuasa dan tanggungjawab mengendalikannya dan dana untuk membiayai kos penyenggaraan dan pengurusan ini.   Bagi memastikan tanggungjawab penyenggaraan dan pengurusan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan serta untuk menjaga kepentingan semua yang terlibat secara adil, Kerajaan telah menyediakan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan peraturan-peraturan di bawahnya. Kini satu Akta baru diperkenalkan khusus untuk memperkemaskan hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama, iaitu Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007."


Contoh Harta Bersama 

Tangga, laluan kecemasan, pintu masuk dan pintu keluar, koridor, lobi, lekapan dan pemasangan, lif, pelongsor sampah, tong sampah, kawasan, parit, tangki air, pembetung, paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak, bahagian luar semua 
bahagian bersama bangunan, padang permainan dan kawasan rekreasi, jalan masuk, tempat letak kereta dan kawasan meletakkan kereta, ruang terbuka, kawasan landskap, tembok dan pagar, dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau 
boleh digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni.  

Walaubagaimanapun, sekiranya anda mempunyai masalah kebocoran tersebut, sila membuat temujanji agar pihak pengurusan dapat melakukan pemeriksaan ke atas kebocoran kedai/ apartment pihak tuan/puan.

Pemeriksaan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti:-

1. Punca kebocoran adakah daripada paip ataupun konkrit slab unit di atas (kelemahan lapisan waterproofing)
2.  Sekiranya paip: pihak pengurusan akan mengenalpasti paip milik unit mana dan akan memberitahu pemilik tersebut supaya membaiki paip mereka sendiri. Surat pemberitahuan akan dikeluarkan.
3. Sekiranya konkrit slab waterproofing lemah: Pengadu disarankan agar berbincang bersama pemilik di atas tentang pembaikan tersebut. Surat pemberitahuan akan dikeluarkan.


Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1:00pm.

Pihak Pengurusan Bersam JMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK-AJK JMB, pemilik-pemilik unit rumah/ apartment/ kedai dan tetamu yang hadir sebagai pemerhati kerana sudi hadir meluangkan masa berbincang mengenai permasalahan penduduk dan penyelenggaraan bangunan demi kepentingan bersama.





Friday, November 9, 2012

MOTORSIKAL BARU PIHAK PENGURUSAN JMB





Motorsikal ini dibeli sebagai kegunaan urusan harian pihak penyelenggara membuat rondaan dan mengangkut barangan berat.

Terima kasih diucapkan kepada pihak AJK JMB yang telah memberi kemudahan pengangkutan ini kepada pihak pengurusan dan penyelenggara.



Tuesday, November 6, 2012

PENYELENGGARAAN LONGKANG/ MAINHOLE DI BLOK N

Kerja-kerja penyelenggaraan/ servis mainhole dilakukan mengikut aduan yang diterima juga telah diaturkan pemeriksaan dan pembaikan secara servis bulanan.

Kerja tersebut telah dijalankan pada 5 November 2012 di belakang blok N dan sehingga kini sumbatan tersebut masih belum berjaya ditangani.

Sambungan kerja akan dilakukan pada 8 November 2012.










Surau Pusat komersil Sekyen 7 dan kawasan sekitar ditenggelami air akibat perparitan yang tidak sempurna & banjir













          Gambar di atas diambil pada 5 November 2012, waktu 4:30pm. 

Sekali lagi Pusat Komersil Sek. 7 dilanda  hujan lebat dan banjir. Kejadian hujan lebat sering berlaku selepas waktu 3:30pm sejak dari awal bulan dan telah berlarutan sehingga kini dan semasa entry ini dibuat, hujan masih lagi turun membasahi bumi Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.


Status terkini dari Encik Tahir Bin Saleng selaku Ahli Jawatankuasa JMB Berportfolio Penyelenggaran & Kebersihan memaklumkan menerusi facebook beliau (link) "Kejadian ini sudah byk kali berlaku apabila hujan turun secara berterusan tanpa henti selama beberapa jam. Untuk info terkini melalui Pengerusi Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 (MPP Zon 3) Pn Sarimah, Telah memberitahu bahawa Jabatan MBSA telah pun mengeluarkan tender penyelengaraan kolam Takungan banjir yg berhampiran di I City ..... "Insya ALLAH by this month kontraktor dilantik akan menjalankan kerja." Saya bg pihak Persatuan Penduduk & JMB PKS7 berterima kasih diatas usaha ini moga kerja2 ini dpt dipercepatkan utuk keselesaan semua penduduk, penyewa, pengujung dll...."


(untuk mengetahui kejadian banjir di Pusat Komersil sila klik di sini)





Monday, November 5, 2012

PEMBERITAHUAN: GANGGUAN BEKALAN AIR DI BEBERAPA UNIT RUMAH DAN KEDAI BLOK P



 PEMBERITAHUAN/ MEMO

Ianya berpunca daripada kekerapan kejadian paip bocor di bahagian paip tangki yang terletak di dalam bumbung bangunan mengalami kebocoran akibat dari tekanan air pihak Syabas yang terlalu kuat.

Oleh yang demikian, kerja-kerja pembaikan oleh pihak kontraktor akan bermula pada 6hb November 2012 (Selasa).

Diharap pihak penduduk dapat menyimpan bekalan air secukupnya.

Segala kesulitan amat kami kesali.

KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI.

Sekian, terima kasih

Friday, October 19, 2012

Pemilik banglo runtuh bakal berdepan tindakan undang-undang

BERITA/ KERATAN AKHBAR 


2012/10/19 - 15:45:49 PM

SHAH ALAM: Pemilik banglo di Seksyen 7 di sini yang bumbung konkritnya runtuh ketika kerja pengubahsuaian semalam sehingga mengorbankan seorang pekerja bakal berdepan tindakan undang-undang kerana pengubahsuaian itu tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata pemilik banglo terbabit gagal memohon kelulusan pelan pengubahsuaian mengikut Seksyen 70(1) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974. 

"Kes ini kita akan bawa ke mahkamah kerana ada mangsa yang meninggal dunia. Di bawah peruntukan ini, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM250,000. 

"MBSA bertindak tegas dalam hal ini kerana pemilik rumah sepatutnya mengemukakan permohonan untuk melakukan kerja pengubahsuaian yang hanya mengambil tempoh 24 jam untuk diluluskan sekiranya permohonan mengikut piawaian yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang buruh binaan warga Indonesia, Totok Mochamd Anthony, maut manakala lima lagi parah selepas sebahagian bumbung konkrit banglo mewah milik seorang ahli perniagaan itu runtuh. 

Seorang daripada mangsa putus kaki kanannya sementara 10 lagi pekerja berjaya menyelamatkan diri.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang ketika kesemua 16 pekerja binaan terbabit sedang melakukan kerja pengubahsuaian di bahagian dalam dan aras atas banglo dua tingkat itu. 

Mohd Jaafar berkata, banglo yang terbabit dalam kejadian runtuh itu adalah antara 26 unit banglo yang dibina dalam lima reka bentuk berlainan atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga jualan RM1.2 juta ketika diiklankan. 

Beliau berkata, proses kelulusan pelan pembinaan bangunan utama membabitkan dua kali pindaan iaitu pada 11 April 2011 dan 12 Julai 2011, dengan kedua-duanya diluluskan. 

"Semua 26 unit banglo ini juga sudah memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan yang dikeluarkan oleh jurutera atau arkitek yang bertanggungjawab pada 29 Disember 2011," katanya. 

Beliau berkata, daripada 26 unit itu, empat banglo sedang dalam pengubahsuaian tetapi hanya dua saja yang memperolehi kelulusan pelan pengubahsuaian sementara dua lagi termasuk banglo yang terbabit dalam runtuhan itu tidak mempunyai kelulusan. - BERNAMA


Konkrit banglo di seksyen 7, Shah Alam, diubah suai runtuh, satu maut 5 selamat


ISMADI ISMAIL
18 Oktober 2012






[DIKEMAS KINI, JAM 12 TENGAH MALAM] SHAH ALAM - Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala lima yang lain selamat dalam kejadian konkrit banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang tadi.


Bagaimanapun seorang daripada lima mangsa yang selamat terputus kaki dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.
Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an.
Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Mangsa dikeluarkan secara berperingkat sejak jam 4.50 petang tadi dengan bantuan bomba. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Sementara itu, laporan Bernama dipetik berkata, polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat.
Mangsa terakhir dikenali sebagai Kasmuji berjaya diselamatkan pada 10.15 malam dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
Dalam kejadian petang tadi, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Totok Mochamad Anthony maut.
Mayat mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.
Empat lagi pekerja binaan berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, yang putus kaki kanan, turut dihantar ke hospital itu.
Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4.29 petang berhubung kejadian di banglo No. 15, Jalan Jed 7/5A, Seksyen 7, milik seorang ahli perniagaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, operasi menyelamat dihentikan pada 10.45 malam selepas mangsa keenam dibawa keluar dari runtuhan.
Beliau berkata, pihaknya menggunakan kren dengan kekuatan 40 tan bagi mengangkat runtuhan konkrit selain membuat terowong secara manual untuk menyalur bantuan gas oksigen kepada mangsa terakhir sebelum dibawa keluar.
"Konkrit agak berat termasuk dengan timbunan batu dan bomba terpaksa memotong beberapa bahagian runtuhan dalam keadaan sempit, kren pertama yang kita gunakan ialah bagi kekuatan 10 tan dan tidak membantu," katanya.
Beliau berkata, pihak bomba memanggil mangsa namun tidak disahut dan tiada sebarang tindak balas bagi mengesahkan masih ada yang terperangkap di bawah runtuhan itu.
Othman juga berkata, kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu akan diteruskan sepanjang malam ini.
Operasi menyelamat, yang bermula kira-kira 5 petang, diteruskan walaupun hujan lebat bermula 9 malam.
Selain itu, khidmat anjing pengesan Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor digunakan sepanjang operasi tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.
“Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh.
“Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk maklumkan kejadian,” katanya ketika ditemui  di lokasi kejadian.