PENGUMUMAN / MAKLUMAN KEPADA PENGHUNI & PEMILIK
Peristiwa Kebakaran Unit V1-2A Blok M
Aduan daripada penyewa unit V1/2-A Blok M telah terbakar pada 28/2/2012 waktu kebakaran lebih kurang jam 2.45 petang dan berjaya dipadam oleh pihak bomba.
Pihak pengurusan mengambil tindakan segera menghubungi pihak insuran untuk menilai kerosakan tersebut selanjutnya menguruskan urusan tuntutan. Pihak pengurusan juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak tuan rumah.
Pihak pengurusan juga mengingatkan pihak tuan rumah agar menyelesaikan yuran penyelenggaraan beliau dan membayar premium insuran rumah beliau di pejabat pengurusan agar memudahkan pihak pengurusan dan pihak insuran melakukan tindakan yang sewajarnya.
Sila rujuk gambar di bawah:-
Aduan rasmi daripada pihak penyewa telah pihak pengurusan terima beserta laporan polis bagi melengkapkan dokumen urusan tuntutan insuran. Kerja pembaikan akan dilakukan dalam masa terdekat. Pemilik dan penyewa dinasihat untuk memastikan perkara-perkara berikut:-
Keselamatan Ketika Memasak
Jangan memasak apabila anda berasa mengantuk, pening, keracunan atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
- Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi.
- Elakan pemegang periuk, tuala atau sebarang kelengkapan diletakan berhampiran dengan alat pembakar seperti ketuhar.
- Jangan biarkan kanak-kanak atau binatang peliharaan anda bermain berhampiran dengan dapur yang sedang digunakan (amalkan kawasan zon bebas kanak-kanak, jarak tiga kaki atau satu meter).
- Jangan letakan sebarang bahan mudah terbakar seperti kain, kertas, plastik terlalu hampir dengan dapur memasak.
- Pastikan rak dapur anda bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak dan dapur (tumpahan bahan masakakan) boleh disambar api.
- Gunakan pakaian yang tidak longgar beserta lengan pendek bagi mengelakan pakian dari bersentuhan dengan api semasa memasak.
- Selalu gunakan sarung tangan yang mempunyai ketahanan api. Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan yang basah kerana air pada sarung tangan akan menjadi stim yang boleh menyebabkan tanagn anda melecur.
- Pusingkan pemegang periuk kearah dalam bagi mengelakan dilanggar atau ditarik oleh kana-kanak.
- Makanan yang dimasak dalam microwave boleh menghasilkan tahap kepanasan yang terlalu tinggi. Bukakan penutup dengan cermat bagi mengelakkan sebarang stim.
- Ingatkan kanak-kanak bahawa penutup yang panas amat merbahaya.
- Belajar cara-cara untuk memadam kebakaran kecil.
- Tanggalkan kepala gas sekiranya anda pulang bercuti atau tinggalkan rumah dalam jangkamasa yang panjang.
Gas Memasak
(LPG - Liquified Petroleum Gas / Gas Petroleum Cecair)
- Gas LPG lebih berat dari udara
- Tidak berbau
- Tidak berwarna
- Gas yang mudah terbakar (contoh: percikan suis elektrik)
- Kandungan utama dalam LPG adalah adalah gas propane dan butane dimana kebakaran wap gas-gas ini diruang udara boleh mencapai tahap kepanasan sehingga 2,000°C.
Terdapat bauran yang dicampur iaitu ethyl mercaptane. Biasakan dengan bau yang dikeluarkan oleh gas LPG yang disengajakan/tidaksengajakan.
- Gas yang bebas dari selinder akan mencari tempat yang terendah dan mengalir sejauh yang mungkin. Jika dalam pengalirannya ia bertemu dengan percikan api, maka gas akan terbakar sehingga titik mula bocor. Jika percantumannya dalam kuantiti yang banyak, kemungkinan berlakunya letupan adalah tinggi.
Dokumentasi:-
- Sila pastikan premium insuran bangunan dibayar kepada pihak pengurusan JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE"
- Sila pastikan insuran bangunan/kebakaran diperbaharui.
- Sila pastikan pemilik mempunyai salinan sijil insuran tersebut (Dapatkan dari pihak pengurusan)
Temujanji pembaikan oleh pihak kontraktor (insurance) bersama pihak penyewa/pemilik akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.
Akhir kata, " Sila jelaskan yuran penyelenggaraan, cukai tanah & premium insuran rumah anda "
Status : progress