SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT Y1/25-A BLOK G
Lokasi: atas unit kedai Saloon Rambut MICHI
15/03/2012 - Aduan dari penghuni unit Y1/25-A blok G En Khairuddin hadir ke pejabat pengurusan mengatakan floor trap di kawasan yard area (dapur) tersumbat.
Pemeriksaan oleh pihak maintenance mendapati sumbatan tersebut agak serius sehingga sisa-sisa najis melimpah naik atas lantai kawasan tersebut.
16/03/2012 - gambar diambil dan siasatan oleh pihak penyelenggara dijalankan
Laporan dan tindakan pihak penyelenggara:
- paip salur utama ke mainhole tersumbat teruk
- perlu panggil kontraktor
- beri notis kepada penghuni unit Y2/25-A dan Y3/25-A agar tidak menggunakan tandas belakang yang terletak berhampiran dapur
22/03/2012 - Pemeriksaan oleh pihak kontraktor terhadap situasi sumbatan tersebut.
23/03/2012 - Kerja-kerja pembaikan saluran kumbahan tersumbat telah dilakukan dengan kerjasama kontraktor.
Kerja-kerja dilakukan di kawasan balcony/yard area unit Y1/25-A Blok G
Lori kepunyaan pihak kontraktor
Setelah berbincang dengan pemilik permis kedai saloon tersebut berkenaan plaster ceiling, beliau bersetuju agar plaster ceiling dipotong bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan dilakukan. Terima kasih diucapkan kepada beliau (Mr Brian dan Mr David) kerana bekerjasama dengan pihak pengurusan.
Air yang melimpah membasahi kebanyakkan kawasan dalam premis kedai telah dibersihkan oleh penyelenggara kami iaitu En Suhaimi dan dibantu oleh pekerja-pekerja kontraktor.
Sumbatan di kawasan yard area/balkoni unit rumah Y1/25-A telah berjaya dibaikpulih.
Keadaan dapur dan bilik air telah kembali normal dan tiada sumbatan
Pelbagai bendasing terdapat di dalam paip yang menyebabkan berlakunya sumbatan telah berjaya disembur keluar ke lubang mainhole.
23/03/2012 12:50pm - Status: SELESAI.
Pihak penghuni dinasihatkan supaya lebih bertanggung jawab di masa hadapan. Pastikan, rambut, tuala wanita, sampah dan bendaasing jangan dibuang di dalam lubang tandas ataupun di lubang floortrap (penutuo lubang lantai). Jika tidak sumbatan tersebut pasti akan berlaku lagi. Sila buang sampah di tempat yang sepatutnya.
"KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNG JAWAB BERSAMA"