Friday, February 28, 2014

Penamatan kontrak pembersihan

Pihak Pengurusan telahpun mengadakan perjumpaan bersama kontraktor pembersihan dari Syarikat Medtech Supply segabai menghargai jasa mereka menjaga kebersihan kawasan sekitar Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam. Untuk makluman, syarikat tersebut telah berkhidmat sejak 1 Oktober 2012 sehingga 28 Februari 2014.

Kontrak mereka tidak disambung disebabkan pihak syarikat terbabit tidak berjaya memperbaharui permit pekerja mereka yang kesemuanya warganegara Indonesia. Walaubagaimanapun khidmat mereka selama ini amat kami hargai.

Taklimat penghargaan oleh Hj Shahrir bin Shahodin selaku Pengerusi JMB dan sedikit cenderahati sebagai tanda kenangan telah disampaikan sendiri oleh beliau kepada semua pekerja tersebut.

Akhirkata kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan selama ini dan semoga syarikat Medtech Supply  maju jaya dimasa hadapan insyaAllah... Amin...








Thursday, February 20, 2014

Kebocoran Paip sebelum meter Syabas (Hadapan Blok A)

Laporan pemeriksaan telah diterima oleh pihak pengurusan pada 20 Februari 2014 waktu 10:30 pagi untuk urusan rekod data dan tindakan selanjutnya aduan kepada Pihak Syabas.

Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pembaziran air.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi kebocoran paip sebelum meter syabas:-

1. Meter Syabas unit ACG/41 (Blok A)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 142825000

2. Meter Syabas unit ACG/43 (Blok A)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 142825006

Melalui Operator/ Receptionist Syabas, mereka akan memaklumkan aduan tersebut kepada pihak teknikal dan tindakan akan diambil dalam jangkamasa 24 jam.  

Terima kasih Pihak Syabas kerana mengambil serius setiap aduan daripada pengguna.

Tuesday, February 4, 2014

Penukaran nombor akaun CIMB yang baru - 10 digit

Penukaran nombor akaun CIMB yang baru - 10 digit

Pihak CIMB telah menaiktaraf sistem akaun beliau dari 12 atau 14 digit kepada nombor akaun 10 digit. Apabila anda log masuk ke CIMB Clicks, anda akan melihat bahawa semua nombor akaun anda akan mempunyai nombor akaun 10 angka baru (sebelum ini, nombor akaun terdiri daripada 12 hingga 14 digit). Sila gunakan nombor akaun baru untuk semua transaksi bergerak ke hadapan. Nombor akaun lama anda akan beroperasi kecuali untuk Perbankan Telefon dan MyMobile. CIMB masih lagi melaksanakan transaksi dan permintaan untuk perkhidmatan anda dengan nombor akaun lama anda. Walau bagaimanapun, semua saluran perbankan, penyata dan surat-menyurat akan memaparkan nombor akaun baru bermula 3 Februari 2014 dan seterusnya. - Sumber: CIMB

Jika anda ingin menyemak mana-mana nombor akaun anda lama / baru, pergi ke My Accounts > Account Number Lookup.


Keterangan lanjut mengenai perubahan sistem nombor akaun CIMB yang baru ini, anda boleh klik di SINI.

p/s: Tadi try pergi tanya pihak CIMB mengenai penukaran nombor akaun baru ini, pengawai CIMB cakap, nombor akaun lama memang boleh digunakan lagi. (sumber dari blogger: aswanazmy)

Oleh yang demikian, No. Akaun Bank Pihak Pengurusan JMB Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam yang terdahulu iaitu 1280-0000024-108 telah ditukar kepada: CIMB A/C NO. 8600707971

Segala kesulitan amt kami kesali. harap maklum