
Kepada penduduk & penghuni Pusat Komersil Sek 7 kerjasama anda amat diperlukan untuk mewujudkan kawasan kita kawasan bebas denggi. Antara perkara-perkara yang perlu dipastikan adalah seperti berikut:-
- Periksa & bersihkan kolam mandi sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Meletakkan abate ke dalam kolam mandi atau tangki simpanan air
- Pastikan pam tandas berfungsi dengan baik, sekiranya tidak berfungsi pastikan ia kosong
- Pastikan tiada takungan air di dalam & luar rumah seperti pasu, tong dan sebagainya
- Menjalankan aktiviti cari & musnahkan iaitu memusnahkan atau membuang mana-mana bekas yang boleh menakung air
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment