Showing posts with label Jenis Perkhidmatan. Show all posts
Showing posts with label Jenis Perkhidmatan. Show all posts

Friday, March 14, 2014

MESEJ KHIDMAT MASYARKAT: INFO TERKINI JEREBU PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera

Pihak pengurusan JMB telah membuat pemerhatian disekitar kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam dan dari pagi sehingga waktu 2 petang mendapati keadaan cuaca berjerebu dan mencatat bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) 160 = tidak sihat. info: http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php

Sumber dalaman Punca Jerebu

Petikan dari: Utusan Melayu (M) Bhd 


KUALA LUMPUR 26 Feb. - Fenomena jerebu yang melanda ketika ini dikenal pasti berpunca daripada sumber dalaman seperti pembakaran hutan, pembebasan asap kilang dan kenderaan serta pembakaran terbuka.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, fenomena itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan kejadian letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara baru-baru ini atau berdasarkan faktor luaran lain.

Beliau berkata, cuaca panas dan kering tanpa kehadiran hujan untuk beberapa hari memburukkan lagi keadaan.

"Sumber-sumber dalaman itu beserta dengan ketiadaan hujan menyebabkan partikel seperti gas, debu, habuk dan zarah terkumpul di udara dan tidak dapat turun ke bumi," katanya kepada Bernama.

Mengikut rekod JMM, jerebu kini tertumpu di kawasan bandar besar yang aktif dengan aktiviti ekonomi dan perindustrian serta memiliki jumlah kenderaan yang banyak seperti Kuala Lumpur (Lembah Klang), Selangor (Subang) dan Pulau Pinang (Seberang Perai).

Che Gayah berkata, cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini agak tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan ia dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac.

"Bagaimanapun keadaan jerebu masih terkawal namun langkah pencegahan awal bagi mengelak ia menjadi lebih teruk perlu dilakukan, antaranya mengelak pembakaran terbuka dan mengurangkan jumlah kenderaan awam di jalan raya," katanya.

Menurut bacaan Indeks Pencemaran Udara yang direkod Jabatan Alam Sekitar pada tengah hari ini, sebanyak 23 kawasan mencatat status kualiti udara tahap baik dan 26 kawasan tahap sederhana. - BERNAMA

Berikut adalah gambar yang telah diambil oleh admin sebagai rujukan anda:


berhampiran i-City


Jalan dari Shah Alam menghala ke Kuala Lumpur


Jalan dari Shah Alam menghala ke Klang


Gambar seterusnya diambil dari bumbung Pasaraya Giant, Seksyen 7, Shah Alam 





Oleh yang demikian, berikut adalah langkah mencegah kesan akibat jerebu

Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu :
  • Kanak-kanak. 
  • Orang tua. 
  • Perokok. 
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah. 

Golongan berpenyakit seperti :
  • Asma. 
  • Bronkitis. 
  • Radang paru-paru. 
  • Penyakit paru-paru yang kronik. 
  • Penyakit jantung. 
  • Alahan. 

Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :


  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. 
  • Sukar bernafas atau sesak nafas. 
  • Mata pedih dan berair. 
  • Hidung berair dan kerap bersin. 
  • Kulit badan terasa gatal-gatal. 
  • Sakit-sakit dada.


Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut.
Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :
  • Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 
  • Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.


  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. 
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). 
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. 

Friday, November 9, 2012

MOTORSIKAL BARU PIHAK PENGURUSAN JMB





Motorsikal ini dibeli sebagai kegunaan urusan harian pihak penyelenggara membuat rondaan dan mengangkut barangan berat.

Terima kasih diucapkan kepada pihak AJK JMB yang telah memberi kemudahan pengangkutan ini kepada pihak pengurusan dan penyelenggara.



Monday, September 12, 2011

RUANGAN MENUNGGU & SUDUT BACAAN

Pihak Pengurusan telah menyediakan ruangan menunggu dan sudut bacaan dihadapan pejabat pengurusan sebagai langkah untuk mewujudkan suasana menunggu yang lebih selesa disamping menanamkan sikap suka membaca dikalangan pelawat dan pelanggan yang hadir untuk membuat aduan ataupun membuat pembayaran yuran penyelenggaraan.






Sementara menunggu giliran tiba, masa yang terluang boleh dipenuhi dengan membaca pelbagai bentuk majalah dan akhbar yang telah disediakan.




Sekian, terima kasih....




Sunday, September 12, 2010

Jenis Perkhidmatan

KEPENTINGAN MEMBAYAR YURAN PENYELENGGARAAN

Selaras dengan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (AKTA 663) JMB “PK Sek: 7 Committee” bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan pangsapuri tersebut walaupun setelah pangsapuri terjual dan diduduki penghuni.

Adalah menjadi kewajipan semua pembeli membayar caj penyenggaraan dan pengurusan bangunan (seksyen 23, Akta 663).

Sekiranya ada pembeli yang enggan membayar caj penyenggaraan, JMB melalui AJK (JMC) hendaklah memberikan notis 14 hari untuk pembeli membayar caj tersebut. Jika pembeli masih gagal membayar, JMB perlu mengemukakan notis 14 hari sekali lagi menuntut bayaran tersebut. Selepas tempoh yang diberikan, pembeli masih gagl atau enggan membayar caj penyenggaraan yang tertunggak, JMB boleh meneruskan prosiding mahkamah untuk menuntut bayaran tersebut. (seksyen 32(b), Akta 663)

Jenis-jenis perkhidmatan:-

  1. Mengutip wang yuran penyelenggaraan;
  2. Membayar bil-bil elektrik lampu tangga;
  3. Membayar cukai tanah setiap pemilik unit untuk keseluruhan 12 blok;
  4. Memperbaharui insuran kebakaran bangunan(fire insurance) setiap pemilik unit untuk keseluruhan 12 blok; dan
  5. Membaiki kerosakn-kerosakan ke atas harta hakgunasama (common area) seperti:-
  • Saluran air hujan
  • Antenna MATV (Master TV Antenna Television) & Booster
  • Tangki air utama
  • Tangga
  • Tong/rumah sampah
  • Longkang
  • Talang air hujan
  • Saluran najis
  • Saluran air buangan
  • Bumbung
  • Kebersihan tangga & koridor
  • Lain-lain yang berkaitan
#NOTA PENTING:-
Jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan kebocoran dan kerosakan mekanikal atau elektrikal di dalam unit dan masih mempunyai ‘warranty’, anda diminta untuk segera menghubungi pihak pemaju.

Pihak Pengurusan tidak menanggung segala kecacatan atau kerosakan dalaman unit.
Sekiranya anda ingin tahu tugas & tanggungjawab pihak JMB, sila klik---> di sini.

Anda juga boleh klik pautan---> di sini untuk mengetahui aktiviti-aktiviti penyelenggaraan pihak pengurusan.

Sekian, Terima kasih.