Showing posts with label Tiles Tangga. Show all posts
Showing posts with label Tiles Tangga. Show all posts

Monday, June 29, 2015

JUBIN TILE TANGGA PECAH HADAPAN RUMAH X3/14-B BLOK K

KERJA-KERJA PEMBAIKAN JUBIN TILE PECAH DI KAWASAN TANGGA K5 HADAPAN RUMAH X3/14-B BLOK K

DILAMPIRKAN GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN




Saturday, July 19, 2014

KERJA KERJA MENAMPAL JUBIN TANGGA YANG TERTANGGAL

Kerja-kerja pembaikan jubin tangga yang tertanggal dijalankan pada 19 Julai 2015. Keseluruhan 12 blok telah diperiksa dan kerja-kerja segera dijalankan oleh penyelenggara bangunan.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan. Diharap kerjasama pihak penghuni dan penduduk agar dapat memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya kelihatan jubin tertanggal atau pecah.







Wednesday, November 13, 2013

MAKLUMAN MENGENAKAN CAJ MENAIKTARAF TANGGA (PEMASANGAN JUBIN/ TILES) PUSAT KOMERSIL SEK 7, SHAH ALAM

PEMBERITAHUAN/ MAKLUMAN PENDUDUK

20 November 2013

Kepada   :    Dato/Datin/Tuan/Puan/Pemilik Rumah Pusat Komersil Seksyen 7

PERKARA    : MAKLUMAN MENGENAKAN CAJ MENAIKTARAF LALUAN TANGGA (JUBIN/ TILES TANGGA)
Perkara diatas adalah dirujuk
Pihak Badan Pengurusan Bersama JMB PK SEK 7 COMMITTEE (JMBPKS7)  sedang dalam usaha untuk menaiktaraf laluan tangga di blok D, E, F, G, H, J, K, L, M, N, P dan Q. Blok A dan B tidak terlibat kerana ketika Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) yang meluluskan projek tersebut, blok A dan B masih belum menyertai JMB PKS7.
Pihak JMB PKS7 amat berbesar hati di atas mandat yang telah diputuskan di dalam mesyuarat Agung (AGM ke 5) yang telah diadakan pada 11 Mei 2013 yang lalu agar melaksanakan projek tersebut.
Pihak JMB berpendapat kos pembinaan pada ketika ini adalah amat berpatutan dimana satu unit rumah hanya dikenakan caj RM 250.00 sahaja. Di mana caj berkenaan akan dimasukkan ke dalam bil penyelenggaraan. Ini bermakna setiap unit akan membayar 5 kali sahaja [ (RM 50.00 x 5 quarter) ], kos yang berpatutan, cara pembayaran yang tidak membebankan serta bertujuan untuk menaik taraf kawasan kediaman kita disamping memberi nilai tambah pada unit kediaman kita.

Untuk makluman, kos sebelum ini adalah sebanyak RM 220.00 tetapi terpaksa dinaikkan kerana peningkatan harga jubin pasaran. 
Pihak Pengurusan telah mengeluarkan tender dan Pihak kontraktor yang telah berjaya mendapat tender tersebut adalah Bumi Kerjaya Resources.

Kerja-kerja telah mula dijalankan pada awal bulan November 2013 dan dimulai dengan blok L. Berikut adalah gambar proses pemasangan jubin/ tiles tangga sebagai rujukan pihak tuan/puan khasnya pemilik dan penghuni Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.




Notis Pemberitahuan/ makluman kepada penduduk telah digantung pada tangga-tangga berkenaan




Kerja-kerja tarahan sekitar tangga dan membuka jubin step noising yang lama
 
 




Proses pemasangan jubin oleh kontraktor




Contoh hasil jubin tangga yang telah dipasang

Untuk makluman, berikutan dari keputusan Mesyuarat Agung yang lalu, pihak penduduk telah bersetuju untuk dikenakan caj maksimum sebanyak RM 300.00 setiap unit rumah pemilik (tidak termasuk pemilik kedai).

Walaubagaimanapun, sehingga kini pihak pengurusan menilai jumlah yang terlibat adalah sebanyak RM 250.00 sahaja untuk setiap unit rumah pemilik. Jika terdapat sebarang penambahan kos, pengiraan semula akan dilakukan. Tetapi yang pasti jumlah yang akan dikenakan tidak melebihi RM 300.00.

Caj akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan setiap 3 bulan:-

OCT - DEC 2013 = RM 50.00
JAN - MAC 2014 = RM 50.00
APR - JUN  2014 = RM 50.00
JUL  - SEP  2014 = RM 50.00
OCT - DEC 2014 = RM 50.00  (Untuk bayaran terakhir akan berubah bergantung kepada kos sebenar).
                             
Keseluruhan kos adalah lebih kurang RM 400,000.00. Nisbah perkongsian tanggungan kos pemilik: pihak pengurusan JMB adalah 60:40

Sekian, 

Harap maklum dan terima kasih..






Thursday, October 17, 2013

Penghantaran Jubin/ tiles kawasan tangga oleh pihak SEACERA Ceramics Sdn Bhd

Berikutan cadangan yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Agung ke 5 yang telah diadakan pada 11 Mei 2013, setelah mendapat mandat secara majoriti penduduk yang hadir, maka pihak Pengurusan JMB telah menjalankan projek pemasangan jubin tiles pada kawasan tangga seperti yang telah diamanahkan. 

Penghantaran pertama oleh pihak Seacera Ceramis Sdn Bhd (SCSB) telah dilakukan pada 17 Oktober 2013 dan ianya dilakukan secara berperingkat. Berikut adalah gambar sebagai rujukan anda..





Pihak Pengurusan JMB telah mengupah 3 orang pekerja indonesia untuk memunggah dan menyusun kemasukkan jubin-jubin tersebut dari luar ke dalam stor simpanan.






Monday, July 8, 2013

NOTIS TENDER : KERJA-KERJA MEMASANG JUBIN LANTAI (TILES) DI KESELURUHAN TANGGA 12 BLOK DI PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada sesiapa (pihak kontraktor) yang berminat untuk memberi sebut harga terhadap:

KENYATAAN SEBUTHARGA : MEMASANG JUBIN KESELURUHAN TANGGA 12 BLOK DI PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM (BLOK D, E, F, G, H, J, K, L, M, N, P DAN Q)

TARIKH TUTUP: 15 JULAI 2013

SILA AMBIL BORANG TENDER DI PEJABAT PIHAK PENGURUSAN SEPERTI ALAMAT TERTERA BAWAH: 

PEJABAT PENGURUSAN JMB
ARAS 2, PASARAYA GIANT,
JALAN PLUMBUM T7/T,
PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR 






Friday, January 11, 2013

Pengumuman Keputusan Mesyuarat Agung Luarbiasa 2012



MAKLUMAN PENTING

Tarikh                          :          17 Disember 2012

Untuk perhatian        :           Tuan/puan Semua pemilik rumah dan kedai Pusat Komersil
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Perkara                      :           Denda 10% keatas baki tunggakan dan Pemasangan Tiles

Pihak Pengurusan JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam, telah mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan pada 17 November 2012 mencapai keputusan sebulat suara ke atas perkara berikut:-

1) MENGENAKAN FAEDAH 10% TERHADAP TUNGGAKAN YURAN PENYELENGGARAAN

Bagi mendapatkan yuran penyenggaraan yang tertunggak, denda/faedah sebanyak 10% hanya akan dikenakan terhadap baki tunggakan 31hb Disember tahun sebelumnya. Bagi tahun 2013, tunggakan hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan (Januari 2013 – Mac 2013) dan ianya akan dikuatkuasakan pada 1hb April 2013.

2) MEMASANG JUBIN/ TILES PADA TANGGA

Persetujuan telah didapati bagi Pihak Pengurusan JMB menjalankan kerja-kerja pemasangan jubin/tiles setiap tangga di pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam. Kos untuk pemasangan tiles adalah sebanyak RM 340.00 untuk setiap unit rumah. Pihak JMB akan menanggung sebanyak RM 140.00 setiap unit. Manakala bakinya RM 200.00 akan dibilkan kepada setiap pemilik rumah. Kos ini akan dimasukkan ke dalam penyata yuran penyelenggaraan sebanyak RM 50.00 setiap 3 bulan (4 kali setahun).

Sekian, harap maklum.

Yang benar,

Hj. Shahrir Bin Shahodin
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama
JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”

Sk.       Tuan Said bin Ibrahim
            Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Bandaraya Shah Alam