Monday, June 29, 2015

JUBIN TILE TANGGA PECAH HADAPAN RUMAH X3/14-B BLOK K

KERJA-KERJA PEMBAIKAN JUBIN TILE PECAH DI KAWASAN TANGGA K5 HADAPAN RUMAH X3/14-B BLOK K

DILAMPIRKAN GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN




Tuesday, June 16, 2015

SEMINAR PENGURUSAN BANGUNAN BERSTRATA DI MBSA

Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata Bersama Badan Pengurusan Bersama Dan Perbadanan Pengurusan Kawasan Pentadbiran MBSA

Pihak Pengurusan JMB PKS7 telah mendapat surat jemputan dari MBSA supaya menghantar wakil bagi mengikuti Seminar tersebut. Dilampirkan surat sebagai rujukan.


Pada hari tersebut iaitu 16 Jun 2015. Dilampirkan gambar sebagai tatapan anda.














Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata Bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) Dan Perbadanan Pengurusan (MC) bertempat di Dewan Bankuet, Wisma MBSA.

Seminar yang dianjurkan ini, bertujuan memberikan penerangan yang lebih jelas kepada pihak Pengurusan Berstrata iaitu Badan Pengurusan Bersama atau ‘Joint Management Body’ (JMB) dan Perbadanan Pengurusan atau ‘Management Corporation’ (MC) terhadap peraturan dan peruntukan undang-undang, tanggungjawab dan peranan JMB/MC dan pemaju terhadap penyelenggaraan pengurusan bangunan berstrata, keperluan dalam menangani pemilik harta yang gagal menjelaskan caj penyelenggaraan, lambat/melengahkan penubuhan JMB/MC untuk bangunan berstrata, penyalahgunaan kuasa oleh JMB/MC, pengurusan pembersihan dan kutipan sampah di kawasan bangunan berstrata dan sebagainya.

Selain itu, seminar ini juga dilaksanakan bagi memberikan penerangan terhadap peranan Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBSA melalui Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang bertanggungjawab mengawal selia pihak yang terlibat dalam pengurusan bangunan berstrata, menyelesaikan masalah dan mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak mematuhi peruntukan yang ditetapkan.

Bagi memberi penerangan dengan lebih terperinci, pihak MBSA telah menjemput penceramah dari pelbagai agensi-agensi kerajaan seperti di bawah:-

​Bil.​​​Pembentang​Tajuk pembenta​ngan​
​1.​Puan Azlina Binti Ismail, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Bangunan Berstrata, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor​Program Anjuran Kerajaan Negeri Di Bawah Kawasam Pembangunan Berstrata
​2.​Cik Siti Noor Fadzillah Binti Md. Amin, Pegawai Undang-Undang, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
​Konsep Perundangan Berdasarkan
Akta 757
3.​En. Hairuzzaki b. Mohd Yusof, Pegawai Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ​Amalan Intergriti Dalam Pengurusan Bangunan B​erstrata​
Majlis Perasmian Seminar Pengurusan Strata 2014 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut serta pada majlis perasmian ini adalah Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan, MBSA.  Seramai 200 orang telah menyertai seminar ini.
Pihak Majlis berharap melalui seminar ini, dapat memberi pendedahan kepada pihak pengurusan bangunan juga penghuni bangunan bertingkat mengenai tugas dan tanggungjawab mereka bagi memastikan kehidupan seharian berjalan dengan teratur, harmoni dan sejahtera.

​​db.jpg​​​
Datuk Bandar menyampaikan ucapan perasmian
​​puan.jpg
​​​​​Puan Azlina Binti Ismail, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Bangunan Berstrata, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor menyampaikan taklimat berjudul Program Anjuran Kerajaan Negeri Di Bawah Kawasam Pembangunan Berstrata
taklimat.jpg
Sebahagian daripada JMB dan MC yang hadir pada seminar tersebut.


Saturday, June 13, 2015

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera terutamanya kepada pemilik dan penghuni rumah dan kedai di Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak persatuan penduduk akan mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk pada:

Tarikh : 13 Jun 2015
Waktu : 9 malam
Tempat : Bilik Gerakan Persatuan Penduduk (hadapan blok E/ bersebelahan taman permainan)

Semua dijemput hadir

Harap maklum.

Terima kasih




Monday, June 8, 2015

TANGKI BOCOR MILIK Y1/49-A BLOK G

ADUAN DITERIMA DARI PENGHUNI RUMAH Y3/49-A BLOK G MENGENAI KEBOCORAN TELAH BERLAKU PADA SILING RUMAH BELIAU DAN HASIL PEMERIKSAAN KAMI DI ATAS BUMBUNG MENDAPATI TERDAPAT TANGKI BOCOR UNIT Y1/49-A.

KERJA-KERJA BY-PASS TELAH DIJALANKAN. DILAMPIRKAN GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN



 

























Wednesday, June 3, 2015

Aktiviti pembersihan awning dan airwell

Aktiviti pembersihan awning dan airwell di PKS7 siri 2/2015.....


Kearah menjadikan PKS7 sifar sampah di awning dan airwell bagi menjadikan kawasan tersebut BERSIH dan CERIA...



Diharap kepada pemilik rumah kediaman yg menyewakan unit rumah mereka agar memberitahu kepada penyewa akan larangan membuang sampah ke Airwell...
Ucapan terima kasih kepada penghuni/penyewa yg memberi kerjasama demi kesejahteraan penduduk kawasan PKS7...