Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Saturday, January 7, 2017

FAMILY DAY – AJK & STAF JMBPKS7 KALUMPANG RESORT, HULU SELANGOR 24 – 25 DEC 2016

FAMILY DAY – AJK & STAF JMBPKS7
KALUMPANG RESORT, HULU SELANGOR
24 – 25 DEC 2016


Pada hari Sabtu, 24 Disember 2016 yang lalu, seramai 42 orang ahli jawatankuasa termasuk ahli keluarga mereka dari Badan Pengurusan Bersama JMB PK SEK 7 COMMITTEE (Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam) telah menyertai Aktiviti Hari Keluarga di Kalumpang Resort, Hulu Selangor baru-baru ini. Akitiviti Hari Keluarga ini julung-julung kali diadakan bagi meraikan kejayaan pihak Pengurusan dalam mentadbir dengan jayanya sepanjang menguruskan Pentadbiran Pengurusan Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam.

Objektif utama aktiviti ini adalah bagi meningkatkan dan merapatkan hubungan dikalangan AJK staf dan ahli keluarga.

Berikut adalah tentatifnya:

24 Disember 2016 (Sabtu)
11.00 pagi        :           Berkumpul di Bilik Rekriasi/ Bilik Gerakan PPPSK7
02:00 ptg          :           Berkumpul di Kalumpang Resort u ambil kunci.
03:30 ptg          :           Sukaneka.
                                    - Boling kelapa
                                    - Rebut kerusi
                                    - Belonku sayang
                                    - Lumba lari kaki tiga
                                    - Tiup belon
                                    - Ping pong spoon
                                    - Lari rebut gula2
- Lastik Tin
8.30 Mlm          :           BBQ / Steamboat / Shellout / Buffet
9.00 Mlm          :           Penyampaian hadian kepada pemenang sukaneka
9.30 Mlm          :           Ucapan Pengerusi JMB iaitu En Saharuddin bin Lin
9.45 Mlm          :           Sesi Karaoke                           

25 Disember 2016 (Ahad)
8:00 pagi          :           Sarapan Pagi
9:00 -12:00 tgh :           Aktiviti bebas /mandi sungai/ riadah/ dan sebagainya
12:01 tghari      :           Check out
01:00 ptg         :           Mkn tengah hari buffet di dewan.
02:00 ptg         :           Bersurai

Dilampirkan gambar-gambar sepanjang aktiviti diadakan sebagai tatapan anda..






















Pada hari terakhir aktiviti tersebut, En Razib selaku setiausaha JMB telah mencadangkan kepada hadirin ingin pergi ke Bukit Fraser dan memandangkan ramai yang belum pernah pergi ke sana boleh mengikuti beliau.

Alhamdulillah keseluruhan aktiviti Hari Keluarga ini berjalan dengan lancar.. 






Wednesday, December 21, 2016

JEMPUTAN KE PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA PADA 22 DISEMBER 2016

Jemputan ke Program Solat Hajat Perdana:
Anjuran: Unit Non Residen UiTM

Tarikh: 22 Disember 2016
Masa: selepas solat magrib
Tempat: Surau As Siddiq, Pusat Komersil, Seksyen 7.

Program ini sempena peperiksaan akhir pelajar uitm bermula hujung bulan disember ini. 
Semua pelajar dan penduduk dijemput hadir.



Thursday, October 6, 2016

KEJOHANAN FUTSAL 2016 PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM

PEMBERITAHUAN

KEJOHANAN FUTSAL 2016 PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM
TARIKH PERLAWANAN : 6 NOVEMBER 2016
MASA : 9 PAGI - 5 PETANG
TEMPAT : FUTSAL ROOFTOP SEKSYEN 7 (PASARAYA GIANT)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 25HB OKTOBER 2016
BAYARAN PENYERTAAN : RM 80.00

BERMINAT SILA HUBUNGI : RAHMAT 011 - 3987 3696 / TUMI 013 - 633 5912

BORANG PENYERTAAN BOLEH DIPEROLEHI DI PEJABAT PENGURUSANJmb Pusat Komersil ARAS 2, PASARAYA GIANT

"MAJULAH SUKAN UNTUK KOMUNITI PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM"





Tuesday, June 16, 2015

SEMINAR PENGURUSAN BANGUNAN BERSTRATA DI MBSA

Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata Bersama Badan Pengurusan Bersama Dan Perbadanan Pengurusan Kawasan Pentadbiran MBSA

Pihak Pengurusan JMB PKS7 telah mendapat surat jemputan dari MBSA supaya menghantar wakil bagi mengikuti Seminar tersebut. Dilampirkan surat sebagai rujukan.


Pada hari tersebut iaitu 16 Jun 2015. Dilampirkan gambar sebagai tatapan anda.














Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata Bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) Dan Perbadanan Pengurusan (MC) bertempat di Dewan Bankuet, Wisma MBSA.

Seminar yang dianjurkan ini, bertujuan memberikan penerangan yang lebih jelas kepada pihak Pengurusan Berstrata iaitu Badan Pengurusan Bersama atau ‘Joint Management Body’ (JMB) dan Perbadanan Pengurusan atau ‘Management Corporation’ (MC) terhadap peraturan dan peruntukan undang-undang, tanggungjawab dan peranan JMB/MC dan pemaju terhadap penyelenggaraan pengurusan bangunan berstrata, keperluan dalam menangani pemilik harta yang gagal menjelaskan caj penyelenggaraan, lambat/melengahkan penubuhan JMB/MC untuk bangunan berstrata, penyalahgunaan kuasa oleh JMB/MC, pengurusan pembersihan dan kutipan sampah di kawasan bangunan berstrata dan sebagainya.

Selain itu, seminar ini juga dilaksanakan bagi memberikan penerangan terhadap peranan Pihak Berkuasa Tempatan seperti MBSA melalui Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang bertanggungjawab mengawal selia pihak yang terlibat dalam pengurusan bangunan berstrata, menyelesaikan masalah dan mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak mematuhi peruntukan yang ditetapkan.

Bagi memberi penerangan dengan lebih terperinci, pihak MBSA telah menjemput penceramah dari pelbagai agensi-agensi kerajaan seperti di bawah:-

​Bil.​​​Pembentang​Tajuk pembenta​ngan​
​1.​Puan Azlina Binti Ismail, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Bangunan Berstrata, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor​Program Anjuran Kerajaan Negeri Di Bawah Kawasam Pembangunan Berstrata
​2.​Cik Siti Noor Fadzillah Binti Md. Amin, Pegawai Undang-Undang, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
​Konsep Perundangan Berdasarkan
Akta 757
​3.​En. Hairuzzaki b. Mohd Yusof, Pegawai Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ​Amalan Intergriti Dalam Pengurusan Bangunan B​erstrata​
Majlis Perasmian Seminar Pengurusan Strata 2014 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut serta pada majlis perasmian ini adalah Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan, MBSA.  Seramai 200 orang telah menyertai seminar ini.
Pihak Majlis berharap melalui seminar ini, dapat memberi pendedahan kepada pihak pengurusan bangunan juga penghuni bangunan bertingkat mengenai tugas dan tanggungjawab mereka bagi memastikan kehidupan seharian berjalan dengan teratur, harmoni dan sejahtera.

​​db.jpg​​​
Datuk Bandar menyampaikan ucapan perasmian
​​puan.jpg
​​​​​Puan Azlina Binti Ismail, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Bangunan Berstrata, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor menyampaikan taklimat berjudul Program Anjuran Kerajaan Negeri Di Bawah Kawasam Pembangunan Berstrata
​taklimat.jpg
Sebahagian daripada JMB dan MC yang hadir pada seminar tersebut.


Saturday, June 13, 2015

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera terutamanya kepada pemilik dan penghuni rumah dan kedai di Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak persatuan penduduk akan mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk pada:

Tarikh : 13 Jun 2015
Waktu : 9 malam
Tempat : Bilik Gerakan Persatuan Penduduk (hadapan blok E/ bersebelahan taman permainan)

Semua dijemput hadir

Harap maklum.

Terima kasih