Showing posts with label bendaasing penghuni tidak bertanggungjawab. Show all posts
Showing posts with label bendaasing penghuni tidak bertanggungjawab. Show all posts

Tuesday, October 13, 2015

PENYELENGGARAAN LONGKANG (MAINHOLE) BELAKANG RESTORAN LAWANGSARI UG/2 BLOK L

PIHAK PENGURUSAN TELAH MENDAPAT MAKLUMAN DARI WAKIL RESTORAN LAWANGSARI BERKENAAN TERDAPAT SUMBATAN DIBELAKANG RESTORAN BELIAU DAN PEMERIKSAAN DIJALANKAN DAN MENDAPATI SUMBATAN BERPUNCA DARIPADA SISA LEMAK MAKANAN DAN KERJA-KERJA SEGERA DIJALANKAN.

DILAMPIRAN GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN










Sunday, March 16, 2014

AKTIVITI PEMBERSIHAN AIRWELL

16 MAC 2014


Pembersihan Airwell PKS7 bersama kempen mencegah wabak Denggi. Sampah yang dibuang oleh penghuni yang tidak bertanggungjawab walaupun notis larangan telah dikeluarkan.

Diharap penghuni lebih bertanggungjawab dimasa hadapan. Terima kasih kpd semua Penghuni/ penyewa tingkat satu kerana memberi kerjasama dan laluan untuk masuk ke airwell. 

Kerja dilakukan oleh En Tahir dan En Syamaizar selaku AJK JMB yang begitu komited demi menjaga kebersihan dan keharmonian penduduk setempat.






Gambar ihsan dari facebook En Tahir bin Saleng https://www.facebook.com/tahir.saleng

Sunday, January 19, 2014

AKTIVITI PEMBERSIHAN AIRWELL DILAKUKAN OLEH AJK BERTUGAS

Aktiviti part time pembersihan airwell dijalankan pada 19 Januari 2014 yg pertama dilakukan oleh AJK sendiri setelah mendapat kata putus melalui mesyuarat AJK yang lalu. Mereka dipertanggungjawabkan dan amanat demi menjaga kebersihan dan keharmonian penduduk dalam membenteras wabak denggi.

Terima kasih diucapkan kepada EN Tahir, En Syamaizar dan En Rahmat yang begitu komited menjalankan amanat yang diberi.

Terima kasih juga diucapkan kepada pada penghuni blok D tingkat satu yg memberi kerjasama, memberi laluan masuk ke Airwell (melalui rumah mereka) untuk kakitangan AJK membuat pembersihan tersebut.







komen positif yang diterima.. terima kasih diucapkan

Gambar ihsan dari Facebook En Tahir Bin Saleng



Wednesday, January 8, 2014

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT X1/2-B BLOK K

PEMBERITAHUAN/ PEMGUMUMAN

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT X1/2-B BLOK K

Unit rumah yang terlibat:

X1/2-B
X2/2-B
DAN
X3/2-B


Tarikh : 28 Disember 2013

LAPORAN ADUAN SALURAN KUMBAHAN DI UNIT X1/2-B BLOK K TERSUMBAT

Pada 23 Disember 2013, pihak pengurusan telah mendapat aduan dari penghuni unit X1/2-B iaitu En Mohd Zul berkenaan saluran bilik air utama dan kawasan yard tersumbat. 




Air kumbahan (air najis) telah melimpah keluar dan mengakibatkan kawasan ruang tamu, dapur dan kawasan yard terjejas (gambar diatas)

Pada hari yang sama, pihak pengurusan telah mengeluarkan notis larangan penggunaan air di kawasan di atas untuk unit X2/2-B, X3/2-B dan X4/2-B untuk sementara waktu sementara pihak pengurusan berusaha untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih dan menservis saluran kumbahan utama tersebut.

Pada 24 Disember 2013, pihak pengurusan telah membuat pemeriksaan dan pembersihan kawasan lubang mainhole dan mendapati saluran tersebut telah tersumbat. Cubaan pihak pengurusan telah gagal menyelesaikan masalah tersebut walaupun telah beberapa kali mencuba. Pada hari yang sama, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk memanggil kontraktor luar supaya masalah ini dapat di atasi dengan cepat.

Pada 27 Disember 2013, pihak kontraktor yang bertauliah telah datang untuk menjalankan kerja-kerja servis lubang salur utama yang tersumbat dan telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Sila rujuk lampiran gambar di bawah sebagai rujukan anda.






Sisa bendaasing dan gumbalan lemak yang telah mengeras


Pihak Pengurusan tidak menanggung kos tersebut memandangkan ianya adalah berpunca daripada kecuaian penghuni/ penduduk/ pemilik rumah sendiri. 

Walaubagaimanapun kami berpegang pada keharmonian penduduk dan pihak pengurusan telah membayar kos tersebut dan kemudiannya akan dicaj semula kepada pemilik-pemilik rumah yang berkenaan. Ianya akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan pihak pemilik rumah.

Pihak tuan rumah akan diberi surat beserta lampiran invoice pihak kontraktor sebagai rujukan. Kos harus dibahagi samarata terhadap bilangan rumah yang terlibat.

Diharap agar pihak penduduk lebih bertanggungjawab di masa hadapan.

Sekian, harap maklum..

Laporan disediakan oleh penyelenggara bertugas: Encik Muhammad Huzairi bin Rosli dan telah dikemaskinikan oleh Pentadbiran iaitu En Shamsul.

STATUS: SELESAI..


Tuesday, January 7, 2014

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT X1/22-B BLOK K

PEMBERITAHUAN/ PEMGUMUMAN

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT X1/22-B BLOK K

Unit rumah yang terlibat:

X1/22-B
X2/22-B
X3/22-B
DAN
X4/22-B


Pada 16 November 2013, pihak pengurusan telah mendapat aduan berkenaan saluran kumbahan utama di unit X1/22-B telah tersumbat. Pihak pengurusan telah mengeluarkan notis Larangan Penggunaan Air (diberi kepada penghuni unit-unit rumah yang terlibat) di bahagian bilik air kedua, kawasan yard dan sinki dapur untuk sementara waktu supaya air kumbahan tidak melimpah keluar ke unit X1/22-B sehingga pihak pengurusan mengambil tindakan susulan.

Pada 18 November 2013, pihak mengurusan telah cuba servis bahagian mainhole utama, akan tetapi percubaan tersebut gagal. Cubaan kedua juga telah dilakukan pada 23 November 2013 dan masih juga tidak membuahkan hasil. Pada 25 November 2013, cubaan kali ketiga juga telah dijalankan dan masih lagi gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah tiga kali cubaan untuk menyelesaikan masalah sumbat ini tidak dapat diselesaikan, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk memanggil kontraktor luar untuk menyelesaikan masalah sumbat ini. Kontraktor yang bertauliah telah dipanggil dan mereka telah datang pada 18 Disember 2013. 







Satu tebukan lubang telah dibuat di dalam kedai XG/22 setelah mendapat kebenaran pemilik. Lubang tersebut dibuat agar memudahkan pihak kontraktor membuat semburan air bagi menyelesaikan masalah sumbatan tersebut. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang telah diberikan.

Cubaan kali pertama oleh kontraktor luar itu gagal. Kali kedua pihak kontraktor telah datang pada 19 Disember 2013, akan tetapi masih gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pada 26 Disember 2013, kontraktor telah datang dan masalah tersebut telah dapat diselesaikan. Punca sumbatan tidak dapat dikenalpasti kerana semasa semburan kuat tekanan air tersebut telah berjaya mengeluarkan 'benda asing' berkenaan terus memasuki lubang longkang besar. (kebiasaannya adalah gumpalan lemak dan bendaasing)

Pihak Pengurusan tidak menanggung kos tersebut memandangkan ianya adalah berpunca daripada kecuaian penghuni/ penduduk/ pemilik rumah sendiri. Walaubagaimanapun kami berpegang pada keharmonian penduduk dan pihak pengurusan telah membayar kos tersebut dan kemudiannya akan dicaj semula kepada pemilik-pemilik rumah yang berkenaan. Ianya akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan pihak pemilik rumah.

Pihak tuan rumah akan diberi surat beserta lampiran invoice pihak kontraktor sebagai rujukan. Kos harus dibahagi samarata terhadap bilangan rumah yang terlibat.

Diharap agar pihak penduduk lebih bertanggungjawab di masa hadapan.

Sekian, harap maklum..

Laporan disediakan oleh penyelenggara bertugas: Encik Muhammad Huzairi bin Rosli dan telah dikemaskinikan oleh Pentadbiran iaitu En Shamsul.

STATUS: SELESAI..

Saturday, July 6, 2013

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT AC1/9-B BLOK B

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT AC1/9-B BLOK B

Unit-unit rumah yang terlibat: AC1/9-B, AC2/9-B, AC3/9-B dan AC4/9-B)

Lokasi: atas unit kedai Cuci Kereta (ACG/9)

3/06/2013 - Aduan dari pemilik unit AC1/9-B blok B iaitu Puan Siti Zaharah Arshad hadir ke pejabat pengurusan mengatakan floor trap di kawasan dalam bilik air (dapur) telah tersumbat dengan air najis.

4/06/2013 - Pemeriksaan oleh pihak maintenance (En Zulkhairul) mendapati sumbatan tersebut agak serius sehingga sisa-sisa najis melimpah naik atas lantai dan hampir ke ruang tamu kawasan tersebut. Pihak penyelenggara mencadangkan memanggil kontraktor yang bertauliah agar kerja-kerja dapat dijalankan dengan segera. Sila rujuk gambar dibawah. 





8/06/2013 - Pihak Pengurusan telah mengatur temujanji bersama pemilik tingkat 1 dan Penyewa kedai Car Wash tersebut pada hari kontraktor hadir untuk melakukan kerja-kerja. Kami amat berterima kasih kepada pemilik kedai dan penyewa kedai kerana memberikan kerjasama kepada kami agar kerja-kerja dapat dijalankan. Pihak Kontraktor datang dan kerja-kerja segera dijalankan.


Gambar diambil dari dalam kedai VG/9, lokasi paip najis. 


Kerja-kerja mengetuk dan membuka paip saluran najis oleh kontraktor


Lori Pihak kontraktor 'Jetting System'


Kerja-kerja juga dilakukan di dalam tandas rumah AC1/9-B



Kerja membuang air najis yang bertakung






Gambar dari dalam kedai, Saluran paip panjang dibuat agar dapat menyalurkan air najis ke luar kedai..




Kerja-kerja telah berjaya diselesaikan oleh kontraktor mengambil masa selama hampir 6 jam. 

Pihak kami mendapati masalah berpunca daripada pihak penduduk/ pemilik rumah yang tidak bertanggungjawab membuang kain berupa kain mop dengan sengaja atau tidak sengaja ke dalam saluran paip lubang tandas atau floortrap sehingga tersumbat.

Pihak Pengurusan tidak menanggung kos tersebut memandangkan ianya adalah berpunca daripada kecuaian penghuni/ penduduk/ pemilik rumah sendiri. Walaubagaimanapun kami berpegang pada keharmonian penduduk dan pihak pengurusan telah membayar kos tersebut dan kemudiannya akan dicaj semula kepada pemilik-pemilik rumah yang berkenaan. Ianya akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan pihak pemilik rumah.

Pihak tuan rumah akan diberi surat beserta lampiran invoice pihak kontraktor sebagai rujukan. Kos harus dibahagi samarata terhadap bilangan rumah yang terlibat.

Diharap agar pihak penduduk lebih bertanggungjawab di masa hadapan.

Sekian, harap maklum...

Thursday, June 14, 2012

Penyelenggaraan mainhole blok N & Q

Tarikh : 12 & 13 Jun 2013

Pihak penyelenggara bangunan telah melakukan kerja-kerja penyelenggaraan servis mainhole (longkang) yang kerap tersumbat di belakang-belakang kedai akibat dari bahan buangan yang tidak sepatutnya yang dibuang oleh penghuni.

Diharap pihak penghuni dan penyewa kedai menjaga kebersihan dan mengawal pembuangan sampah atau bendasing ke dalam lubang tandas, floor trap agar kejadian sumbat dapat ditangani.