Showing posts with label TINDAKAN MBSA. Show all posts
Showing posts with label TINDAKAN MBSA. Show all posts

Friday, August 12, 2016

NOTIS PEMBERITAHUAN SEMBURAN 'FOGGING' BLOK A HINGGA BLOK J


Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera..

Makluman dari Tuan Saiful, Pegawai Kesihatan MBSA, memaklumkan bahawa info terkini terdapat 2 kes diterima kurang dari 14 hari di blok L dan blok B.
Oleh yang demikian pasukan kawalan denggi akan membuat pemeriksaan di blok K, L dan B.


Pihak pengurusan JMB berharap agar anda semua terutamanya pemilik/penyewa/penghuni dan penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam dapat memberi keizinan dan kebenaran kepada kakitangan kesihatan MBSA dan kakitangan JMB memasuki rumah/ kedai anda bagi tujuan membuat pemeriksaan, membubuh abate dan melakukan semburan (fogging di airwell).



Notis dilampirkan sebagai rujukan pihak anda semua..



Kerjasama pihak anda semua dalam membenteras Demam Denggi amat kami hargai..

Terima kasih..




Wednesday, January 15, 2014

ADUAN KEPADA MBSA - ANJING LIAR BERKELIARAN

Hasil pemerhatian kami mendapati beberapa ekor anjing liar berkeliaran disekitar Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam. Aduan secara online telah dibuat dan berharap agar pihak MBSA dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.


Pihak penduduk sekitar Shah Alam terutamanya penduduk Pusat Komersil Seksyen seksyen 7 boleh membuat aduan terus ke http://aduan.mbsa.gov.my/ untuk sebarang aduan.

STATUS TERKINI: MASIH DALAM SIASATAN


RESPON TERKINI OLEH MBSA : 19 MAC 2014




Sekian.

ADUAN KEPADA MBSA - JALAN ROSAK DAN BERLUBANG MENGANCAM KESELAMATAN PENDUDUK DAN PELAWAT

Hasil pemerhatian pihak pengurusan JMB pada 15 Januari 2014, 11:00pagi mendapati bahawa beberapa kawasan jalan sekitar Pusat Komersil Seksyen 7 didapati berlubang dan rosak dan keadaan ini mengundang kemalangan dan justeru itu kami telahpun membuat aduan kepada pihak MBSA agar mengambil tindakan yang sewajarnya.

Beberapa kawasan yang terlibat adalah:- 



Gambar diambil dilorong antara blok G dan blok F




Gambar diambil dilorong antara blok G dan blok F

Keadaan yang sama turut berlaku disepanjang jalan berhadapan blok M dan bersebelahan Pasaraya Giant







Aduan online 

Pihak penduduk sekitar Shah Alam terutamanya penduduk Pusat Komersil Seksyen seksyen 7 boleh membuat aduan terus ke http://aduan.mbsa.gov.my/ untuk sebarang aduan.

Sekian.

ADUAN KEPADA MBSA - SISA BANGUNAN DI BELAKANG KEDAI MASIH BELUM DIBERSIHKAN

PEMBERITAHUAN/ PENGUMUMAN/ MAKLUMAN

Hasil pemeriksan En Junaide bin Abdul Salam selaku ketua pihak penyelenggaraan pada 13 Januari 2014, mendapat bahawa beberapa kawasan dibelakang kedai masih tidak dibersihkan oleh pihak MBSA semenjak tindakan mereka meruntuhkan struktur binaan yang tidak mendapat kelulusan MBSA. Sila rujuk link --> ini untuk makluman.





Aduan online juga telah dibuat 



Pihak penduduk sekitar Shah Alam terutamanya penduduk Pusat Komersil Seksyen seksyen 7 boleh membuat aduan terus ke http://aduan.mbsa.gov.my/ untuk sebarang aduan.

Sekian.


Sunday, December 15, 2013

Notis Pemberitahuan_Operasi Meroboh Struktur tanpa kelulusan MBSA


5 Disember 2013: Kerja meruntuh Awning di belakang kedai





Kerja Mengorek dan Menanggalkan binaan di belakang kedai






13 Disember 2013 : Kerja-kerja pembersihan dilakukan secara berperingkat 







Kerja-kerja pembersihan di laluan belakang oleh Jabatan Khidmat Bandar MBSA. Lubang tersebut harus disenggara dan dibersihkan segera kerana dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya longkang tersumbat hasil kerja pihak MBSA yang meruntuhkan struktur binaan yang tidak diluluskan oleh pihak MBSA. Kami juga berharap pihak MBSA peka masalah sumbatan ini.



-TamaT-