Showing posts with label Mesyuarat EGM. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat EGM. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Pengumuman Keputusan Mesyuarat Agung Luarbiasa 2012



MAKLUMAN PENTING

Tarikh                          :          17 Disember 2012

Untuk perhatian        :           Tuan/puan Semua pemilik rumah dan kedai Pusat Komersil
Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Perkara                      :           Denda 10% keatas baki tunggakan dan Pemasangan Tiles

Pihak Pengurusan JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam, telah mengadakan Mesyuarat Agung Luarbiasa yang diadakan pada 17 November 2012 mencapai keputusan sebulat suara ke atas perkara berikut:-

1) MENGENAKAN FAEDAH 10% TERHADAP TUNGGAKAN YURAN PENYELENGGARAAN

Bagi mendapatkan yuran penyenggaraan yang tertunggak, denda/faedah sebanyak 10% hanya akan dikenakan terhadap baki tunggakan 31hb Disember tahun sebelumnya. Bagi tahun 2013, tunggakan hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan (Januari 2013 – Mac 2013) dan ianya akan dikuatkuasakan pada 1hb April 2013.

2) MEMASANG JUBIN/ TILES PADA TANGGA

Persetujuan telah didapati bagi Pihak Pengurusan JMB menjalankan kerja-kerja pemasangan jubin/tiles setiap tangga di pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam. Kos untuk pemasangan tiles adalah sebanyak RM 340.00 untuk setiap unit rumah. Pihak JMB akan menanggung sebanyak RM 140.00 setiap unit. Manakala bakinya RM 200.00 akan dibilkan kepada setiap pemilik rumah. Kos ini akan dimasukkan ke dalam penyata yuran penyelenggaraan sebanyak RM 50.00 setiap 3 bulan (4 kali setahun).

Sekian, harap maklum.

Yang benar,

Hj. Shahrir Bin Shahodin
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama
JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”

Sk.       Tuan Said bin Ibrahim
            Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Bandaraya Shah Alam

Saturday, November 17, 2012

Gambar Semasa Mesyuarat EGM 2012 dan status usul


Menyelesaikan tunggakan yuran penyelenggaraan untuk melayakkan anda mengundi


Pendaftaran





Tetamu yang hadir tekun mendengar taklimat usul




Sebahagian tetamu yang hadir



Status usul-usul yang dicadangkan dan dibincangkan:

  1. USUL/ CADANGAN: Mengenakan DENDA 10% terhadap pemilik yang lewat membayar yuran penyelenggaraan. STATUS: Majoriti mesyuarat telah bersetuju agar pemilik yang lewat membayar yuran penyelenggaraan dikenakan DENDA 10%. 
  2. USUL/ CADANGAN:  Isu kad masuk bangunan (Access Card)  STATUS: Mengambil tindakan tegas kepada pemaju. Majoriti Mesyuarat bersetuju.
  3. USUL/ CADANGAN:  Pemasangan jubin (tiles) pada setiap tangga dari hadapan peti surat hingga ke tingkat 4. Ini adalah pembangunan untuk mencantikkan tangga dan memudahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan, bukan penyelenggaraan jadi pemilik diminta untuk bekerjasama menanggung kos sebanyak RM 200.00 dibayar sekali sahaja. Jumlah tersebut akan dimasukkan dalam bil yuran penyelenggaraan. STATUS: Majoriti Mesyuarat bersetuju.
  4. LAIN-LAIN HAL: Kedai / apartment bocor. STATUS: Pihak Pengurusan menjalankan aktiviti pengurusan bangunan dan penyelenggaraan berlandaskan AKTA 663 iaitu 
  5. AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA 
  6. PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007 (se
  7. dikit petikan Akta 663) 
"Bagi bangunan atau tanah yang akan dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata, wujud bahagian yang dinamakan harta bersama yang boleh digunakan oleh semua penghuni. Bangunan dan harta bersama ini perlu disenggara dan diurus dengan sempurna. Ini memerlukan pihak yang diberi kuasa dan tanggungjawab mengendalikannya dan dana untuk membiayai kos penyenggaraan dan pengurusan ini.   Bagi memastikan tanggungjawab penyenggaraan dan pengurusan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan serta untuk menjaga kepentingan semua yang terlibat secara adil, Kerajaan telah menyediakan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan peraturan-peraturan di bawahnya. Kini satu Akta baru diperkenalkan khusus untuk memperkemaskan hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama, iaitu Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007."


Contoh Harta Bersama 

Tangga, laluan kecemasan, pintu masuk dan pintu keluar, koridor, lobi, lekapan dan pemasangan, lif, pelongsor sampah, tong sampah, kawasan, parit, tangki air, pembetung, paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak, bahagian luar semua 
bahagian bersama bangunan, padang permainan dan kawasan rekreasi, jalan masuk, tempat letak kereta dan kawasan meletakkan kereta, ruang terbuka, kawasan landskap, tembok dan pagar, dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau 
boleh digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni.  

Walaubagaimanapun, sekiranya anda mempunyai masalah kebocoran tersebut, sila membuat temujanji agar pihak pengurusan dapat melakukan pemeriksaan ke atas kebocoran kedai/ apartment pihak tuan/puan.

Pemeriksaan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti:-

1. Punca kebocoran adakah daripada paip ataupun konkrit slab unit di atas (kelemahan lapisan waterproofing)
2.  Sekiranya paip: pihak pengurusan akan mengenalpasti paip milik unit mana dan akan memberitahu pemilik tersebut supaya membaiki paip mereka sendiri. Surat pemberitahuan akan dikeluarkan.
3. Sekiranya konkrit slab waterproofing lemah: Pengadu disarankan agar berbincang bersama pemilik di atas tentang pembaikan tersebut. Surat pemberitahuan akan dikeluarkan.


Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1:00pm.

Pihak Pengurusan Bersam JMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK-AJK JMB, pemilik-pemilik unit rumah/ apartment/ kedai dan tetamu yang hadir sebagai pemerhati kerana sudi hadir meluangkan masa berbincang mengenai permasalahan penduduk dan penyelenggaraan bangunan demi kepentingan bersama.