Showing posts with label vandalisma. Show all posts
Showing posts with label vandalisma. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

VANDALISMA: PANEL TNB DIPECAH TANGGA J1 BLOK J

HASIL SIASATAN MENDAPATI BAHAWA PANEL TNB TELAH DIPECAHKAN OLEH INDIVIDU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

KERJA-KERJA PEMBAIKAN TELAH DILAKUKAN

DILAMPIRKAN GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN




Friday, January 3, 2014

Vandalism: Contengan Grafiti di belakang kedai blok A

Pihak Penyelenggara telah membuat rondaan blok dan mendapati terdapat satu contengan Grafiti yang amat besar dibelakang dinding kedai blok A. 




Ini adalah kesalahan yang boleh mengakibatkan si pelaku didakwa di mahkamah dan boleh dipenjarakan.

Kesimpulannya graffiti ini adalah sebuah bentuk seni. Memang tidak boleh disangkal lagi. Apa yang menyebabkan ia menjadi satu vandalisme adalah kerana hasil seni ini telah dilahirkan pada dinding, bukan sebarang dinding. Dinding harta milik awam..

"Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 15 (2) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan".

Kerja-kerja mengecat kembali telah dilakukan pada 2 Januari 2014 Oleh penyelenggara bertugas iaitu En Junaide, En Izat dan En Saiful Nazrin.





Terima kasih diucapkan kepada pihak penyelenggara bangunan dengan pantas mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Kami juga berharap mendapat kerjasama penduduk sekitar agar segera memaklumkan tentang aktiviti yang tidak sihat ini kepada pihak pengurusan JMB dan kami juga berharap agar mendapat kerjasama pihak PBT seperti MBSA, Polis dan badan yang berkenaan dalam menangani masalah tersebut.

-status: SELESAI

Sekian.






Saturday, January 19, 2013

MENGECAT BANGUNAN BLOK A DAN B AKIBAT VANDALISM

Tarikh: 19 Januari 2013

Kerja-kerja mengecat bangunan akibat dari vandalism pihak yang tidak bertanggung-jawab di blok A dan B dan ini mencacatkan pandangan dan memberi impak yang tida baik kepada persekitaran. Pihak Pengurusan berharap agar pihak yang melakukannya berhenti dari melakukan perbuatan tersebut. 

Pihak pengurusan juga berharap agar pihak penduduk yang melihat apasaja kejadian vandalism tersebut segera laporkan kepada pihak pengurusan dengan menghubungi kami ditalian 03-5510 1233 ataupun terus lapor ke balai polis yang berhampiran.