Showing posts with label Penutup longkang. Show all posts
Showing posts with label Penutup longkang. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LUBANG LONGKANG (MAINHOLE) DI DALAM RESTORAN OMBAK UNIT KEDAI VG/50 BLOK N

Perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dimaklumkan bahawa Pihak pengurusan telah mendapat aduan dari pemilik restoran iaitu Encik Nasarudin pada 19 November 2014. 

Pihak penyelenggara telah menjalankan siasatan pada 22 November 2014 dan mendapati kawasan yang dinyatakan dipenuhi lemak tepu dan cecair yang keluar melalui celahan penutup lubang membawa keluar bersama bau yang kurang menyenangkan.

En Tahir Bin Saleng selaku AJK berportfolio penyelenggara turut hadir untuk melihat sendiri masalah tersebut.


Kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh pihak penyelenggara 22 November 2014 waktu 10 pagi. Tetapi malangnya sumbatan tidak berjaya ditangani. Sila rujuk gambar dibawah.





Pihak penyelenggara mencadangkan agar pihak pengurusan menghubungi kontraktor yang bertauliah agar melakukan kerja tersebut. Pihak pengurusan melalui En Sham telah mendapat persetujuan  En Tahir Bin Saleng selaku AJK berportfolio penyelenggara agar menghubungi kontraktor yang kebiasaannya membuat kerja-kerja sumbatan longkang.

En Sham telah menghubungi pihak kontraktor dan mereka telah hadir pada 26 November 2014 bagi melakukan kerja-kerja tersebut. Pihak restoran turut dimaklumkan mengenai kerja tersebut.

Kerja-kerja mula dilakukan pada 26 November 2014 waktu 2:30 petang dan Alhamdulillah masalah telah berjaya ditangani. Sila rujuk gambar dibawah.








Selesai...

Thursday, November 6, 2014

KERJA-KERJA MEMBUAT PENUTUP LONGKANG (MAINHOLE)

Berikutan penutup longkang yang didapati telah pecah dan hilang di belakang kedai-kedai sekitar Pusat Komersil Seksyen 7, Pihak penyelenggara telah membuat beberapa buah penutup longkang yang akan diletakkan sekitar belakang kedai.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.







Wednesday, January 16, 2013

KERJA MEMASANG PENUTUP LUBANG (MAINHOLE) DI BLOK A & B

TARIKH: 16 JANUARI 2013

Kerja memasang penutup longkang telah mula dilakukan bagi mengelakkan kejadian longkang tersumbat, kemalangan dan pencemaran bau.

Ianya dilakukan sendiri oleh pihak penyelenggara dan disengaja dibuat dengan menggunakan simen konkrit bagi mengelakkan kes kecurian (kebiasaanya daripada besi).