Showing posts with label atap bumbung bocor. Show all posts
Showing posts with label atap bumbung bocor. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

KERJA-KERJA WATERPROOFING BUMBUNG Y4/45-A BLOK G

MAKLUMAN DITERIMA DARI PENGHUNI Y3/45-A BLOK G TENTANG KEBOCORAN BAHAGIAN SILING DALAMAN RUMAH DAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN DENGAN MENAMBAH LAPISAN WATERPROOFING DIJALANKAN SEGERA DILAMPIRKAN GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN

DILAMPIRKAN GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN












Wednesday, January 7, 2015

PEMBAIKAN BUMBUNG BANGUNAN

Kerja pembaikan dijalankan berikutan terdapat aduan dari pemilik tingkat teratas mengenai kebocoran rumah mereka dan pihak penyelenggara telah membuat siatan dan mendapati terdapat beberapa atap bumbung telah mengalami masalah.  

Kerja-kerja membaiki, menampal simen dan menyusun kembali jubin atap tersebut dilakukan pada 7 dan 14 Januari 2015.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.






Thursday, November 20, 2014

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH BUMBUNG BANGUNAN

Perkhidmatan kontraktor telah diambil bagi melakukan kerja membaik pulih bumbung bangunan yang kelihatan beberapa keping telah tercabut, pecah dan ada susunan kepingan tersebut telah melurut berkemungkinan akibat dari cuaca dan bencana alam.

kerja-kerja dilakukan pada 20 & 25 November 2014. Kerja tersebut berjaya diselesaikan.





Tuesday, July 2, 2013

PROJEK MEMBAIKPULIH RESAPAN DI KAWASAN BUMBUNG

TARIKH : 2 JULAI 2013

PROJEK MEMBAIKPULIH RESAPAN DI KAWASAN BUMBUNG


SEBELUM


SELEPAS

Menutup keliling paip putih dengan silikon, serta menyimen dan meletakkan lapisan tar di keliling zink.


SEBELUM


SELEPAS

Menyapu lapisan simen merah untuk membaikpulih rabung bumbung


Membuat longkang keliling dinding airwell



Menyapu lapisan water proofing  di kawasan petak empat segi yang telah ditentukan


Meletakkan lapisan water proofing di sepanjang sempadan rumah .


Membuat lapisan plaster setinggi 6” serta menyapu lapisan water proofing dikawasan  dinding corner lot 4B

status: selesai.


Tuesday, February 5, 2013

KERJA MEMBAIK PULIH BUMBUNG BLOK A & B

KERJA MEMBAIK PULIH BUMBUNG BLOK A & B

Tarikh kerja: 5 Februari - 7 Februari 2013

Pihak pengurusan amat mementingkan aspek keselamatan dan wajibkan pihak kontraktor agar mematuhinya. Kerja –kerja membaik pulih dilakukan oleh kontraktor dan telah berjaya menyiapkan kerja tersebut pada 7 Februari 2013. 

Punca atap genting tersebut beralih dari tempat asal adalah disebabkan oleh tiupan angin yang amat kencang beserta hujan lebat. 













Tuesday, January 15, 2013

KERJA - KERJA YANG PERLU DILAKUKAN DI BLOK A & B

TARIKH: 15 JANUARI 2013

Pihak penyelenggara bangunan telah mendapat arahan dari pihak pengurusan mengenai kemasukkan blok A dan blok B dibawah pengurusan JMB mulai Januari 2013.

Pihak Penyelenggara telah membuat pemeriksaan secara menyeluruh dan mendapati banyak yang perlu dilakukan diantaranya adalah:-

  1. Sisi bangunan kelihatan retakan berkemungkinan tanah mendap;
  2. Keadaan hadapan dinding bangunan/ hadapan kedai dan sekitar kawasan peti surat dipenuhi iklan haram;
  3. Keadaan luaran bangunan yang perlu dicat akibat dari kegiatan vandalism (conteng pada bangunan);
  4. Lubang longkang yang tidak bertutup mengundang pelbagai masalah seperti sumbatan, pencemaran bau dan boleh mengakibatkan kemalangan;
  5. Lampu tangga yang rosak dan perlu diganti atau ditukar segera;
  6. Kebocoran pada meter syabas - admin perlu adukan segera kepada pihak Puspel/ Syabas bagi mengelakkan pembaziran;
  7. Terdapat tangki dan paip bocor di bahagian bumbung bangunan dan perlu pembaikan segera
  8. Tiada papan kenyataan bagi maklumat kepada penduduk;
  9. Tiada notis pemberitahuan atau house rules; dan
  10. Lain-lain perkara akan dikemaskini kelak..


Wednesday, August 29, 2012

Pembaikan bumbung beberapa bangunan oleh pihak penyelenggara


Tarikh: 29 Ogos 2012

Pihak penyelenggara bangunan telah mengenalpasti beberapa blok yang mengalami masalh atap bumbung pecah dan dibaiki sendiri oleh pihak penyelenggara dengan mengambil kira ciri2 keselamatan.