Showing posts with label Penduduk. Show all posts
Showing posts with label Penduduk. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

CUTI SEMPENA PERAYAAN KRISMAS 24 - 26 DISEMBER 2016

PEMBERITAHUAN

Kepada semua pemilik rumah/ penyewa/penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam,
Pihak Pengurusan akan ditutup pada 24 - 26 Disember 2016 Sempena Perayaan Krismas.
Sehubungan dengan cuti ini, sekiranya anda pulang bercuti, sedikit pesanan dari pihak pengurusan agar anda pastikan beberapa perkara berikut;-

  • SILA PASTIKAN TONG GAS DAN SEMUA ALAT-ALAT ELEKTRIK TELAH DITUTUP DAN DIMATIKAN;
  • SILA PASTIKAN SEMUA TINGKAP, PINTU DAN GRIL BESI TELAH DIKUNCI DENGAN KEMAS;
  • SILA PASTIKAN SEMUA PILI AIR DITUTUP TERUTAMA PILI AIR DI METER SYABAS YANG TERLETAK DI BAWAH BLOK UNIT ANDA;DAN
  • PERINGATAN KEPADA YANG TIDAK PULANG BERCUTI SUPAYA JANGAN MEMBUAT PERKARA YANG BOLEH MENGANGGU KETENTERAMAN PENGHUNI LAIN.

HARAP MAKLUM.


Tuesday, January 12, 2016

GANGGUAN BEKALAN AIR DI BEBERAPA UNIT DI BLOK B ATAS ADUAN KEBOCORAN SILING KEDAI ACG/17



PEMBERITAHUAN

Kepada : Pemilik/Penduduk/Penghuni Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

PER : GANGGUAN BEKALAN AIR DI BEBERAPA UNIT DI BLOK B ATAS ADUAN KEBOCORAN SILING KEDAI ACG/17

Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa,  terdapat gangguan bekalan air di unit-unit berikut di Blok B :

1) ACG/17
2) AC1/17-B
3) AC2/17-B
4) AC3/17-B
5) AC4/17-B

Tempoh gangguan bekalan air pada:

TARIKH : 14 JANUARI (KHAMIS),
WAKTU : JAM 10:00 PAGI

SEHINGGA

TARIKH : 16 JANUARI (SABTU),
WAKTU : JAM 12:00 TENGAHARI

Pihak kami terpaksa menutup sementara bekalan air untuk kerja-kerja pemeriksaan.  Diminta pihak penghuni untuk menyimpan air yang secukupnya.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak penyelenggara di talian  012-979 6536.  

MAAF DI ATAS SEGALA KESULITAN. KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI. 

SEKIAN, 

TERIMA KASIH.

Thursday, November 12, 2015

GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DI BEBERAPA UNIT RUMAH DAN KEDAI BLOK H


PEMBERITAHUAN

Kepada   :   Penduduk/ penghuni Pusat Komersil Seksyen 7                      
PER        :    GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK – DALAM RUMAH DAN KEDAI, LAMPU TANGGA DAN KORIDOR BLOK H

Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa, terdapat gangguan bekalan elektrik DI DALAM RUMAH DAN KEDAI, LAMPU TANGGA DAN KORIDOR BLOK H BERIKUTAN ADUAN DARI KEDAI YG/26 (KABEL ELEKTRIK TERBAKAR). KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PEMBAIKAN ELEKTRIK yang akan dijalankan pada:

TARIKH     :     13HB NOVEMBER 2015
HARI          :     JUMAAT
WAKTU     :     9:00 PAGI - 12:30 T/HARI

Unit rumah dan kedai yang terlibat: YG/24, YG/26, Y1/24-B,Y2/24-B, Y3/24-B, Y4/24-B, Y1/26-B,Y2/26-B,Y3/26-B,Y4/26-B, Y1/24-A, Y2/24-A, Y3/24-A, Y1/26-A, Y2/26-A dan Y3/26-A

SEGALA KESULITAN ADALAH AMAT DIKESALI.

KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI.

PIHAK PENGURUSAN
JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”

                                                   

Saturday, November 7, 2015

UNDANG-UNDANG STRATA PERLU MANTAP

PROF. SALLEH BUANG  |  01 September 2015 1:11 AM

MINGGU lalu saya ber­kampung selama dua hari di sebuah hotel di Putrajaya bersama 40 peserta (dari pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta) dalam menghadiri seminar mengenai undang-undang strata negara.

Seminar dua hari yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) itu amat penting sekali kerana kerajaan baharu sahaja menguatkuasakan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) pada 1 Jun lalu dan pada masa sama juga menguatkuasakan Akta (Pindaan) Hakmilik Strata 2013 (Akta A1450).

INSPIN telah mengundang beberapa orang pakar (mewakili Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Jabatan Perumahan Negara, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor) sebagai fasilitator menghurai, mengupas dan memperjelaskan beberapa isu penting mengenai dua akta baharu dikuatkuasakan itu, selain beberapa undang-undang lain.

Peserta seminar dimaklumkan bahawa pada masa kini, daripada keseluruhan 28.3 juta penduduk negara, 20 juta adalah penduduk bandar dan daripada jumlah itu pula, kira-kira 30 peratus atau enam juta orang tinggal dalam 1.4 juta petak (parcel), sama ada di bangunan bertingkat atau di atas tanah berstrata.

Dijangkakan angka ini terus meningkat dalam tahun-tahun mendatang. Tidak semua harta strata ini menikmati mutu pengurusan yang tinggi dan memuaskan.

Mengikut Mohd. Ridzwan Abi­din dari Jabatan Perumahan Negara, hanya 53 perbadanan pengurusan (management corporation, MC) harta strata ini yang mencapai prestasi perkhidmatan tahap 5 bintang, diikuti 451 perbadanan pengurusan mencapai tahap 4 bintang.

Selebihnya (sebahagian besar harta strata kita di seluruh negara) diurus oleh badan pengurusan yang hanya mampu mencapai tahap 3 bintang (1,766 MC), 2 bintang (2,807 MC) dan 1 bintang (2,561 MC).

Kesimpulannya, daripada lebih 6,000 MC yang ada di seluruh negara, tidak sampai 1,000 MC yang mampu mencapai prestasi cemerlang (4 dan 5 bintang) – sekali gus memberi gambaran kualiti kehidupan penduduk harta strata di negara ini. Tahap kepuasan hati penduduk harta strata ini ketara apabila kita melihat jumlah aduan yang diterima daripada penduduk harta tersebut dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Menurut Mohd. Ridzwan, terdapat 10,640 aduan dikemukakan pada 2009, diikuti oleh 16,810 aduan pada 2010, meningkat lagi kepada 19,075 aduan pada 2011. Bagaimanapun, jumlah aduan menurun dalam dua tahun berikutnya iaitu 15,816 aduan pada 2012 dan 13,602 aduan pada 2013, sebelum angka ini naik semula ke paras 16,275 aduan pada 2014 lalu.

Banyak aduan bermakna banyak perkara yang tidak kena dalam kehidupan masyarakat berstrata di negara kita ini. Soalnya apakah negara kita tidak cukup undang-undang, atau pun undang-undang sudah cukup tetapi tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya?

Terdapat beberapa undang-undang yang sukar difahami orang awam mengenai harta strata di negara ini. Pada peringkat awal apabila pemaju mahu membangunkan sebidang tanah kosong untuk dijadikan projek perumahan berstrata, pemaju mesti mematuhi kehendak Kanun Tanah Negara 1965.

Selepas itu, apabila pemaju mahu mendapatkan suratan hakmilik strata dan menjual hartanah strata kepada pembeli dan seterusnya membuat pindah milik, pemaju mesti mematuhi kehendak Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) dan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).

Malangnya, dalam kebanyakan kes di masa lalu, pemaju lambat (gagal) memperoleh suratan hakmilik strata dan ini menyukarkan pembeli, kerana selagi suratan hakmilik strata belum dikeluarkan dan dipindah milik kepada pembeli petak, sebuah MC belum boleh ditubuhkan.

Untuk mengatasi masalah ke­lam­batan penubuhan MC itu, undang-undang telah dipinda bagi membolehkan JMB (badan pengu­rusan bersama) diwujudkan. Mengikut maklumat yang diperoleh dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, terdapat 2,632 JMB di seluruh negara pada tempoh Januari-Jun 2014.

Sejarah silam menunjukkan bahawa JMB ini tidak mampu menyelesaikan banyak masalah penduduk harta berstrata dan dalam inisiatif kerajaan mengatasi kemelut ini, Akta A1107 diluluskan (dikuatkuasakan pada Disember 2001) dengan tujuan menubuhkan Lembaga Hakmilik Strata (Strata Titles Board). Perancangan ini tidak berjaya kerana hanya Pulau Pinang yang telah dapat menubuhkan lembaga tersebut.

Akhir sekali, kerajaan meluluskan Akta 663, dengan mewujudkan satu jawatan baharu Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner of Buildings). Akta 663 ini terpakai sewaktu MC masih lagi belum wujud, maksudnya sebelum suratan hakmilik strata dapat dikeluarkan.

Malangnya, kedua-dua Akta ini (A1107 dan 663) juga tidak mampu menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi penduduk harta strata.

Mulai 1 Jun 2015 lalu, dengan ber­kuatkuasanya Akta A1450 dan Akta 757, keseluruhan Akta 663 dimansuhkan, manakala beberapa peruntukan dalam Akta 318 juga dimansuhkan.

Matlamat utama pindaan terbaharu ini adalah mempercepatkan pengeluaran suratan hakmilik strata (kini mesti serentak dengan pemberian milikan kosong kepada pembeli oleh pemaju) dan menubuhkan satu Tribunal Pengurusan Strata (TPS) untuk memudahkan penyelesaian pelbagai pertikaian penduduk harta strata.

TPS mempunyai bidang kuasa mendengar dan menentukan tuntutan tidak melebihi RM250,000 melibatkan pelbagai isu – antaranya, mengenai pelanggaran mana-mana tugas, kuasa atau kewajipan di bawah Akta 757, mengenai kos membaiki petak (parcel) atau harta bersama (common property), tuntutan mendapatkan bayaran caj dan sumbangan kepada sinking fund, apa-apa tuntutan mengenai mesyuarat, resolusi atau undang-undang kecil (by-laws), tuntutan memaksa pemaju, JMB, MC memberi maklumat dan tuntutan mendapatkan perintah mengizinkan kerja-kerja renovasi kepada harta bersama.

Pihak yang dibenarkan memfailkan tuntutan di TPS adalah pemaju, pembeli, pemilik, perbadanan pengurusan (MC), dan mana-mana orang yang berkepentingan (dengan kebenaran TPS).

Ramai yang masih tidak faham ba­­hawa membeli hartanah strata (se­per­ti kondo atau soho) tidak sama de­ngan membeli hartanah lain seper­ti rumah sesebuah atau teres biasa. Pem­beli dan penduduk hartanah strata terikat dengan pelbagai sekatan dan halangan, manakala harta yang sebenarnya dimiliki olehnya hanyalah satu unit ruang udara (unit of air space) hasil teknologi binaan moden.

Selebihnya, seperti kolam renang, laluan masuk, lift, tangga, bumbung, dinding, lantai, taman riadah dan sebagainya adalah harta bersama (common property) yang dikongsi bersama dengan pemilik petak yang lain.

Selain terikat dengan pelbagai larangan dan halangan (yang mesti dipatuhi), pemilik petak juga terpaksa memikul bebanan kewangan, tahunan dan bulanan (yang mesti ditunaikan) dan biasanya bebanan ini kian meningkat setiap tahun, bukan berkurangan.

Bercakap tentang “Program Pendidikan Strata” oleh kerajaan sebelum ini, Mohd. Ridzwan menjelaskan bahawa 34 seminar telah dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 2012 dan jumlah yang sama pada 2013, manakala empat seminar telah dikendalikan di peringkat kebangsaan.

Persoalannya, apakah program pendidikan ini telah berjaya mendedahkan kepada enam juta penduduk harta strata kita di seluruh negara tahap pengetahuan serta kesedaran secukupnya untuk menjadikan mereka penduduk strata yang prihatin dan penuh bertanggungjawab?

PROF. SALLEH BUANG ialah penganalisis undang-undang.


PENETAPAN TARIKH KUATKUASA AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)








SILA KLIK ---> AKTA PENGURUSAN STRATA 757 UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT BERKENAAN AKTA TERSEBUT.



Saturday, January 17, 2015

PROGRAM ADVOKASI DENGGI 17 JANUARI 2015 WAKTU 2PM


Mohon Perhatian!.....

kepada semua warga penduduk Pusat Komersil Seksyen 7. kawasan kita adalah HOTSPOT denggi yg terlalu tinggi dan telah ada kes kematian berlaku...
Oleh itu pihak NR UiTM bersama Jmb Pusat Komersil dan Persatuan Penduduk Pusat Komersil seksyen 7 akan mengadakan advokasi denggi....
Jadi mari lah kita warga PKSS7 bersama2 berganding bahu menjayakan program ini agar dpt mencegah wabak ini drpd merebak...
Fikir2 kan lah.....

PROGRAM ADVOKASI DENGGI  
TARIKH : 17 JANUARI 2015
WAKTU : 2 PM
TEMPAT : BILIK GERAKAN PERSATUAN PENDUDUK (HADAPAN BLOK E); PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM




Friday, October 24, 2014

CUTI SEMPENA AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH 1435/1436H

MEMO PENDUDUK

Kepada :       Semua Penduduk/ Penyewa Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam


PER : CUTI SEMPENA AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH 1435/1436H

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup pada 25hb Oktober 2014 (Sabtu) sempena Awal Muharram/ Maal Hijrah 1435/1436H dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 27hb Oktober 2014 (Isnin) seperti biasa.

Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ‘ON CALL’ : 012-979 6536
(Maintenance ‘On Call’)

Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB “PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Bercuti terutamanya kepada umat Islam.


Pihak Pengurusan

JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”

Tuesday, October 14, 2014

GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DI BEBERAPA UNIT BLOK P

PEMBERITAHUAN

Kepada     :        Penduduk/ penghuni Pusat Komersil Seksyen 7                      
PER            :        GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DI BEBERAPA
UNIT BLOK P

Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa,  terdapat gangguan bekalan elektrik di unit-unit berikut:-


  1. UG/21
  2. U1/21-B
  3. U2/21-B
  4. U3/21-B
  5. U4/21-B
  6. U1/21-A
  7. U2/21-A
  8. U3/21-A
  9. UG/23
  10. U1/23-B
  11. U2/23-B
  12. U3/23-B
  13. U4/23-B
  14. U1/23-A
  15. U2/23-A
  16. U3/23-A

Ianya adalah untuk memberi kerjasama terhadap pembaikan fius dan wayar meter pada unit kedai UG/21 COSWAY dan kerja-kerja pembaikan akan dilakukan oleh kontraktor mulai hari esok jam 3:00 petang sehingga 4:00 petang (15 Oktober 2014).  

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI.

PIHAK PENGURUSAN
JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”

                                                   

Saturday, August 30, 2014

PER : CUTI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 57

MEMO PENDUDUK



Kepada :       Semua Penduduk/ Penyewa                            
                        Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : CUTI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 57

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada 1 SEPTEMBER 2014 (ISNIN) sempena Hari Kemerdekaan dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 2 Sept 2014 (selasa) seperti biasa.
Sehubungan dengan cuti ini, sekiranya anda pulang bercuti, diminta untuk memastikan perkara-perkara berikut;-
  1. SILA PASTIKAN TONG GAS DAN SEMUA ALAT-ALAT ELEKTRIK TELAH DITUTUP DAN DIMATIKAN;
  2. SILA PASTIKAN SEMUA TINGKAP, PINTU DAN GRIL BESI TELAH DIKUNCI DENGAN KEMAS;
  3. SILA PASTIKAN SEMUA PILI AIR DITUTUP TERUTAMA PILI AIR DI METER SYABAS YANG TERLETAK DI BAWAH BLOK UNIT ANDA; DAN
  4. PERINGATAN SUPAYA JANGAN MEMBUAT PERKARA YANG BOLEH MENGANGGU KETENTERAMAN PENGHUNI LAIN.
Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti perayaan anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ‘ON CALL’ : 012-979 6536
(Maintenance ‘On Call’)

Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke 57 kepada semua penduduk.

Selamat Bercuti.

Pihak Pengurusan

JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”



Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57 Dan Tema





Friday, August 8, 2014

KHIDMAT MASYARAKAT: PENGHUNI TERPERANGKAP DI DALAM RUMAH X2/13-B BLOK J

ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM SEJAHTERA

Pihak Pengurusan telah menerima aduan melalui telefon dari penyewa rumah X2/13-B Blok J bernama Batrish pada waktu 9 pagi.

Aduan mengenai kegagalan tombol pintu utama yang telah rosak menyebabkan beliau bersama pasangan terperangkap di dalam rumah sendiri.

Pihak pengurusan segera mengatur pihak penyelenggara agar membantu penghuni tersebut. Berikut adalah gambar sebagai rujukan anda.





Syukur alhamdulillah.. bantuan yang diberikan telah membuahkan hasil.. Pihak Penghuni mengucapkan penghargaan kepada penyelenggara yang bertugas iaitu Encik Ekhman selaku Ketua Penyelenggara kerana telah membantu mereka.



Pihak Pengurusan menasihati penghuni agar menggunakan tombol pintu yang berkualiti bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi..


"MEMBAYAR YURAN PENYELENGGARAAN 
ADALAH TANGGUNG JAWAB BERSAMA"
Sekian makluman dari saya,

Shamsul Fariz Bin Salimin
Pengurusan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam 
JMB PK SEK 7 COMMITTEE

Thursday, July 17, 2014

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN BLOK L, M DAN N

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera khasnya kepada Pemilik dan penghuni Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

Untuk makluman semua, pada hari ini bermula seawal waktu 9 pagi pihak kontraktor pembersihan telah melakukan kerja-kerja pembersihan di blok L, M dan N. Kerja yang dilakukan adalah pembersihan sawang dan mengemop keseluruhan kawasan tangga bangunan.






Diharap semua pemilik dan penduduk dapat bersama-sama menjaga kebersihan.

Sekian.


Saturday, April 19, 2014

MESYUARAT AGUNG KE 6

Mesyuarat Agung yang ke 6 pada kali ini berlangsung pada 19 April 2014. Ramai tetamu yang terdiri dari pemilik unit rumah dan pemilik unit kedai telah hadir dalam mesyuarat tersebut.

UCAPAN RINGKAS OLEH HJ SHAHRIR BIN SHAHODIN (PENGERUSI JMB) Sesi 2012/2014

Beliau bersyukur ke hadrat ilahi dan berterima kasih kepada semua pemilik rumah yang berkerjasama menyokong cadangan dan keputusan sehingga siapnya keseluruhan projek menaiktaraf tangga setiap bangunan di Pusat Komersil Seksyen 7, di sini.

Beliau turut menyatakan kegembiraan dan seronok dengan keadaan tangga yang cantik dan mudah diuruskan sekaligus menaiktaraf kawasan tempat tinggal kita ini

Di dalam mesyuarat ini juga beliau akan mencadangkan beberapa jalan penyelesaian terhadap masalah yang sering pihak pemilik rumah dan penduduk hadapi seperti:
kebocoran siling tandas (tanggungjawab pemilik);dan penggantian tangki milik individu yang mengalami masalah kebocoran dan akan dibincangkan di dalam agenda mesyuarat ini.

Mesyuarat kemudiannya dirasmikan oleh Y.Bhg Puan Sarimah binti Lisut selaku Ahli Majlis MBSA & Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 3, Shah Alam.

Sedikit sebanyak ucapan daripada beliau :

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan tersebut dan turut memaklumkan status beliau sebagai Ahli Majlis MBSA.

Beliau turut menjelaskan bahawa tujuan mengadakan AGM adalah sebagai untuk memaklumkan dengan telus kepada semua penduduk apa yang telah dilakukan sepanjang tahun oleh pihak Pengurusan dan pihak penyelenggara bangunan.

Pihak JMB turut melakukan setiap kerja berlandaskan Akta, undang-undang dan semua ini pihak penduduk perlu tahu dan maklum.

Beliau turus menasihati pihak penduduk agar menguruskan sisa sampah dengan bijak dengan:-

Mengasingkan setiap jenis sampah; dan Kitar semula sampah – beliau turut mencadangkan agar menyediakan tong kitar semula. 


Pihak JMB turut berusaha menangani wabak denggi dan nyamuk aedes yang turut dilakukan oleh pihak kontraktor JMB membersihkan kawasan airwell dan ini adalah tanggungjawab bersama dalam membenteras wabak tersebut.

MELULUSKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 5 (AGM) – 11 Mei 2013

En. Mohd Razib B. Mustafa meminta hadirin agar mengambil sedikit masa untuk merujuk booklet muka surat 5 – 10 dan sekiranya tiada sebarang masalah bolehlah meluluskan Minit Mesyuarat Agung Ke 5 (AGM) tersebut. Beliau turut menyatakan hanya pemilik yang hadir pada mesyuarat agung ke 5 tersebut yang boleh mencadang dan menyokong kelulusan.

Pecadang: Encik Kamal wakil pemilik rumah AA1/32-A blok 
Menyokong: En. Roslan B. Razali pemilik rumah X3/14-A blok K.


TAKLIMAT PENGERUSI JMB PK SEK 7 COMMITTEE SESI 2013/2014

           Polisi JMB

Dengan merujuk ‘slideshow’ yang telah disediakan sebagai pembentangan beliau telah menjelaskan tentang Polisi JMB dengan mengatakan bahawa Pihak Pengurusan JMB amat menitikberatkan soal pengurusan lebihan dana dan perbelanjaan yang akan datang. Akaun JMB turut berjaya diaudit setiap tahun tanpa gagal iaitu pada bulan April sebelum Mesyuarat Agung diadakan.

Cadangan Pihak MBSA mengenakan Caj Parking kenderaan

Dalam bulan julai 2013, kita telah dikejutkan dengan cadangkan Bandaraya Shah Alam mengenakan bayaran letak kereta dikawasan Pusat Komersil Seksyen 7 ini.

Usaha yang gigih telah dilakukan dengan menyiapkan sebuah kertas kerja dan berjumpa dengan YAB Tan Sri Menteri Besar, YB DUN Yaakob Sapari dan Ahli MBSA iaitu Puan Sarimah binti Lisut.

Ianya telah menghasilkan kejayaan dan sehingga hari ini kawasan kita tidak dikenakan bayaran tempat letak kereta. Alhamdulillah…

Penghargaan

Hj Shahrir Bin Shahodin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sarimah binti Lisut selaku Ahli Majlis MBSA dan MPP Zon 3, YB Tuan DR. Hj. Yaakob Sapari selaku ADUN Kota Anggerik yang telah membantu pihak JMB dalam banyak hal.

Tidak ketinggalan beliau turut menyatakan ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa JMB serta kakitangan yang mendukung semua aktiviti JMB sepanjang tahun 2013/2014.

Akhir kata beliau berharap agar pada pasa kini dan hadapan dapatlah bersama-sama berganding bahu untuk menjadikan pusat komersil ini menjadi tempat tinggal yang selesa, bersih, ceria dan bukan sebaliknya.

Pembentangan Laporan Penyelenggaraan

EN. TAHIR BIN SALENG SELAKU AJK BERPORTFOLIO PENYELENGGARAAN JMB SESI 2013/2014 MEMBENTANGKAN LAPORAN PIHAK PENYELENGGARAAN JMB 

LAPORAN LENGKAP MINIT MESYUARAT BOLEH DIPEROLEHI DARI PIHAK PENGURUSAN. HANYA PEMILIK SAHAJA YANG LAYAK UNTUK MENDAPATKANNYA

SEBAHAGIAN GAMBAR SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG DILAMPIRKAN SEBAGAI RUJUKAN.