Showing posts with label Tanggungjawab JMB. Show all posts
Showing posts with label Tanggungjawab JMB. Show all posts

Friday, October 10, 2014

Aduan oleh penghuni perihatin di blok M mengenai paip bocor di airwell


Aduan dibuat oleh penduduk prihatin iaitu Mariana Adam yang aduannya pihak kami terima melalui medium Facebook pada 7 oktober 2014 yang lalu. 


Beliau telah membuat aduan pertama kepada pihak JMB pada 20hb September 2014 tetapi pihak JMB menghadapi kesukaran menjalankan siasatan dan pembaikan kerana terpaksa meminta kebenaran penghuni memasuki rumah di tingkat satu. Malangnya pihak penghuni tiada dirumah dan kes terpaksa KIV. Memo makluman telah dihantar tetapi tiada respon.



Rumah di tingkat satu perlu dimasuki untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan tersebut. Aduan kedua dibuat pada 7 Oktober 2014 dan pemeriksaan sekali lagi dibuat ke atas unit rumah di tingkat satu pada 8 Oktober 2014 waktu 10 pagi bersama AJK berportfolio penyelenggaraan iaitu Encik Tahir Bin Saleng dan Alhamdulillah.. kami bernasib baik kerana penghuni ada dirumah walaupun tiada temujanji dibuat.



Pembaikan segera dilakukan dan telah mengenalpasti punca kebocoran adalah berpunca dari kebocoran paip milik unit rumah V4/6-B. Meter air yang laju seperti yang dinyatakan pula adalah milik V2/6-A berkemungkinan adalah kerana penggunaan pihak penghuni sendiri dimana tangki tersebut masih diisi air.



Terima kasih atas makluman dan rasa tanggungjawab Mariana Adam terhadap pembaziran air yang berlaku. Diharap semua penduduk dapat memberi  makluman kepada pihak kami apasaja berkaitan penyelenggaraan. Sifat keperihatinan beliau wajar dicontohi oleh semua warga Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam 



Disertakan lampiran gambar kerja-kerja pembaikan sebagai rujukan pihak anda semua..







Masalah telah berjaya diatasi dengan membuat penyambungan paip baru.
 Sekian...



Tuesday, January 8, 2013

Kerja-kerja mengemop dan membersih tangga

Harap maklum, kerja-kerja mengemop dan membersih tangga dilakukan 2 minggu sekali iaitu pada minggu pertama dan minggu ketiga. 

Diharap agar pihak penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam tidak lagi membuang sampah dikawasan tangga.

Pihak Pengurusan JMB telah menyediakan tong besar yang berwarna hijau di hadapan blok-blok anda, maka gunakanlah.

"MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNG JAWAB BERSAMA"








Saturday, November 17, 2012

NOTIS JEMPUTAN MESYUARAT EGM 2012





Gambar Semasa Mesyuarat EGM 2012 dan status usul


Menyelesaikan tunggakan yuran penyelenggaraan untuk melayakkan anda mengundi


Pendaftaran





Tetamu yang hadir tekun mendengar taklimat usul




Sebahagian tetamu yang hadir



Status usul-usul yang dicadangkan dan dibincangkan:

  1. USUL/ CADANGAN: Mengenakan DENDA 10% terhadap pemilik yang lewat membayar yuran penyelenggaraan. STATUS: Majoriti mesyuarat telah bersetuju agar pemilik yang lewat membayar yuran penyelenggaraan dikenakan DENDA 10%. 
  2. USUL/ CADANGAN:  Isu kad masuk bangunan (Access Card)  STATUS: Mengambil tindakan tegas kepada pemaju. Majoriti Mesyuarat bersetuju.
  3. USUL/ CADANGAN:  Pemasangan jubin (tiles) pada setiap tangga dari hadapan peti surat hingga ke tingkat 4. Ini adalah pembangunan untuk mencantikkan tangga dan memudahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan, bukan penyelenggaraan jadi pemilik diminta untuk bekerjasama menanggung kos sebanyak RM 200.00 dibayar sekali sahaja. Jumlah tersebut akan dimasukkan dalam bil yuran penyelenggaraan. STATUS: Majoriti Mesyuarat bersetuju.
  4. LAIN-LAIN HAL: Kedai / apartment bocor. STATUS: Pihak Pengurusan menjalankan aktiviti pengurusan bangunan dan penyelenggaraan berlandaskan AKTA 663 iaitu 
  5. AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA 
  6. PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007 (se
  7. dikit petikan Akta 663) 
"Bagi bangunan atau tanah yang akan dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata, wujud bahagian yang dinamakan harta bersama yang boleh digunakan oleh semua penghuni. Bangunan dan harta bersama ini perlu disenggara dan diurus dengan sempurna. Ini memerlukan pihak yang diberi kuasa dan tanggungjawab mengendalikannya dan dana untuk membiayai kos penyenggaraan dan pengurusan ini.   Bagi memastikan tanggungjawab penyenggaraan dan pengurusan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan serta untuk menjaga kepentingan semua yang terlibat secara adil, Kerajaan telah menyediakan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan peraturan-peraturan di bawahnya. Kini satu Akta baru diperkenalkan khusus untuk memperkemaskan hal-hal berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama, iaitu Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007."


Contoh Harta Bersama 

Tangga, laluan kecemasan, pintu masuk dan pintu keluar, koridor, lobi, lekapan dan pemasangan, lif, pelongsor sampah, tong sampah, kawasan, parit, tangki air, pembetung, paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak, bahagian luar semua 
bahagian bersama bangunan, padang permainan dan kawasan rekreasi, jalan masuk, tempat letak kereta dan kawasan meletakkan kereta, ruang terbuka, kawasan landskap, tembok dan pagar, dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau 
boleh digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni.  

Walaubagaimanapun, sekiranya anda mempunyai masalah kebocoran tersebut, sila membuat temujanji agar pihak pengurusan dapat melakukan pemeriksaan ke atas kebocoran kedai/ apartment pihak tuan/puan.

Pemeriksaan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti:-

1. Punca kebocoran adakah daripada paip ataupun konkrit slab unit di atas (kelemahan lapisan waterproofing)
2.  Sekiranya paip: pihak pengurusan akan mengenalpasti paip milik unit mana dan akan memberitahu pemilik tersebut supaya membaiki paip mereka sendiri. Surat pemberitahuan akan dikeluarkan.
3. Sekiranya konkrit slab waterproofing lemah: Pengadu disarankan agar berbincang bersama pemilik di atas tentang pembaikan tersebut. Surat pemberitahuan akan dikeluarkan.


Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1:00pm.

Pihak Pengurusan Bersam JMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK-AJK JMB, pemilik-pemilik unit rumah/ apartment/ kedai dan tetamu yang hadir sebagai pemerhati kerana sudi hadir meluangkan masa berbincang mengenai permasalahan penduduk dan penyelenggaraan bangunan demi kepentingan bersama.





Tuesday, November 6, 2012

PENYELENGGARAAN LONGKANG/ MAINHOLE DI BLOK N

Kerja-kerja penyelenggaraan/ servis mainhole dilakukan mengikut aduan yang diterima juga telah diaturkan pemeriksaan dan pembaikan secara servis bulanan.

Kerja tersebut telah dijalankan pada 5 November 2012 di belakang blok N dan sehingga kini sumbatan tersebut masih belum berjaya ditangani.

Sambungan kerja akan dilakukan pada 8 November 2012.










Thursday, August 2, 2012

Pembersihan kawasan di bawah tong sampah (kotor, berbau, berair dan lecak)

Tarikh: 2 Ogos 2012

Kerja-kerja pembersihan di kawasan bawah tong sampah yang kotor berbau busuk, berair dan lecak telah dijalankan bersama-sama pihak penyelenggara dan pihak pembersihan.