Showing posts with label penyerahan blok a dan b. Show all posts
Showing posts with label penyerahan blok a dan b. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

PEMASANGAN PINTU BUMBUNG BLOK A & B

LAPORAN PEMASANGAN PINTU  BUMBUNG BLOK A & B

TARIKH KERJA: 19 FEBRUARI 2013


Kerja-kerja pemasangan 2 buah pintu bumbung (plate besi penuh) di blok A & B dibuat oleh kontraktor pada 19.02.2013. Kerja-kerja tersebut adalah seperti di bawah:





STATUS : SELESAI

Wednesday, February 13, 2013

KERJA- KERJA MEMBAIKI REKAHAN TANAH MENDAP DI BLOK A

Tarikh: 13 - 16 Februari 2013

KERJA- KERJA MEMBAIKI REKAHAN TANAH MENDAP DI BLOK A

Kerja-kerja menampal dan membaiki rekahan tanah mendap dibuat oleh pekerja  seramai 2 orang (Syarikat Q &M Sihat Bijak Resources). Kerja  tersebut dibuat pada 13hb- 16hb Februari 2013.   Gambar- gambar pembaikan seperti di bawah:









Status: SELESAI

Tuesday, February 5, 2013

KERJA MEMBAIK PULIH BUMBUNG BLOK A & B

KERJA MEMBAIK PULIH BUMBUNG BLOK A & B

Tarikh kerja: 5 Februari - 7 Februari 2013

Pihak pengurusan amat mementingkan aspek keselamatan dan wajibkan pihak kontraktor agar mematuhinya. Kerja –kerja membaik pulih dilakukan oleh kontraktor dan telah berjaya menyiapkan kerja tersebut pada 7 Februari 2013. 

Punca atap genting tersebut beralih dari tempat asal adalah disebabkan oleh tiupan angin yang amat kencang beserta hujan lebat. 













Saturday, January 26, 2013

PEMBERSIHAN PELEKAT IKLAN DAN NOTIS HARAM BLOK A & B

PEMBERSIHAN PELEKAT IKLAN DAN NOTIS HARAM BLOK A & B


Tarikh kerja: 26hb Januari 2013, 3hb Februari 2013 dan siap sepenuhnya pada 17hb Februari 2013

Kerja-kerja pembersihan dan mengecat dinding yang kotor dilakukan oleh 4 orang  kakitangan penyelanggara. Kerja dilakukan setiap hari minggu iaitu pada  26hb Januari 2013, 3hb Februari 2013 dan siap sepenuhnya pada 17hb Februari 2013. Kerja – kerja yang dibuat adalah seperti di bawah:   









STATUS: SELESAI

Wednesday, January 16, 2013

KERJA MEMASANG PENUTUP LUBANG (MAINHOLE) DI BLOK A & B

TARIKH: 16 JANUARI 2013

Kerja memasang penutup longkang telah mula dilakukan bagi mengelakkan kejadian longkang tersumbat, kemalangan dan pencemaran bau.

Ianya dilakukan sendiri oleh pihak penyelenggara dan disengaja dibuat dengan menggunakan simen konkrit bagi mengelakkan kes kecurian (kebiasaanya daripada besi).







Tuesday, January 15, 2013

KERJA - KERJA YANG PERLU DILAKUKAN DI BLOK A & B

TARIKH: 15 JANUARI 2013

Pihak penyelenggara bangunan telah mendapat arahan dari pihak pengurusan mengenai kemasukkan blok A dan blok B dibawah pengurusan JMB mulai Januari 2013.

Pihak Penyelenggara telah membuat pemeriksaan secara menyeluruh dan mendapati banyak yang perlu dilakukan diantaranya adalah:-

  1. Sisi bangunan kelihatan retakan berkemungkinan tanah mendap;
  2. Keadaan hadapan dinding bangunan/ hadapan kedai dan sekitar kawasan peti surat dipenuhi iklan haram;
  3. Keadaan luaran bangunan yang perlu dicat akibat dari kegiatan vandalism (conteng pada bangunan);
  4. Lubang longkang yang tidak bertutup mengundang pelbagai masalah seperti sumbatan, pencemaran bau dan boleh mengakibatkan kemalangan;
  5. Lampu tangga yang rosak dan perlu diganti atau ditukar segera;
  6. Kebocoran pada meter syabas - admin perlu adukan segera kepada pihak Puspel/ Syabas bagi mengelakkan pembaziran;
  7. Terdapat tangki dan paip bocor di bahagian bumbung bangunan dan perlu pembaikan segera
  8. Tiada papan kenyataan bagi maklumat kepada penduduk;
  9. Tiada notis pemberitahuan atau house rules; dan
  10. Lain-lain perkara akan dikemaskini kelak..


Thursday, November 29, 2012

Mesyuarat di MBSA bersama COB, PCM Bina S/B (pemaju) dan Pihak JMB “PK Sek: 7 Committee” bagi mendapat kata putus penyerahan Blok A & B


Tarikh: 29 November 2012 

Kata putus telah disepakati tetapi bersyarat iaitu:-
  1. Pemaju harus menyerahkan akaun yang beraudit untuk blok A dan B kepada Pihak JMB; 
  2. Pihak JMB bersetuju memulakan operasi pengambil alih pengurusan dan penyelenggaraan mulai 1 Januari 2013;
  3. Pihak JMB berharap agar pihak pemaju dapat memasang ‘system access card’ bagi blok tersebut, walaubagaimanapun ianya harus dimaklumkan kepada pemilik blok A dan B bagi mendapatkan persetujuan;
  4. Memohon agar pemaju membuat proper handover terhadap dokumen seperti building plan, senarai nama-nama pemilik, alamat terkini, rekod pembayaran dan jumlah tunggakkan pemilik untuk kegunaan pihak JMB;
  5. Pihak JMB berharap agar pihak pemaju dapat membaiki dan menangani masalah vandalism (cat bangunan) dan baiki bumbung bangunan dan kos adalah sebanyak RM 4000.00; dan
  6. Pihak JMB mohon agar pemaju menyerahkan semua wang baki sediada pemilik iaitu wang penyelenggaraan bangunan dan singking fund. Segala hutang yang masih belum dibayar oleh pemaju kepada operator akan dibayar oleh pihak JMB PK 7.


Wakil pihak pemaju adalah Puan Halimaton Saadiah, manakala wakil JMB adalah Hj. Shahrir (pengerusi); En Saharuddin (Bendahari) dan Hj Nik Sanusi (AJK Portfolio)