Showing posts with label RESTORAN. Show all posts
Showing posts with label RESTORAN. Show all posts

Friday, December 19, 2014

ADUAN TERHADAP RESTORAN YG/5

Pihak Pengurusan telah menerima satu aduan dari salah seorang jawatankuasa kami mengenai Restoran yang meletakkan barangan seperti tidak terurus di kawasan belakang restoran.

Wakil restoran telah dimaklumkan tentang perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.






Wednesday, November 5, 2014

MAINHOLE TERSUMBAT DIBELAKANG RESTORAN UG/49 BLOK P

Pihak penyelenggara telah melakukan siasatan rutin dan mendapati longkang di bahagian belakang kedai telah dipenuhi dan mengesyaki terdapat berlaku sumbatan dan kerja kerja segera dilakukan bagi mengenalpasti masalah.

Semasa kerja dilakukan, pihak penyelenggara telah menjumpai beberapa ketulan batu-bata beserta gumpalan lemak.

Kerja-kerja menangani masalah tersebut telah berjaya diselesaikan. 

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.











Thursday, October 16, 2014

Penyelenggaraan longkang tersumbat belakang Restoran Lawangsari blok K

Hasil siasatan yang telah dilakukan berdasarkan pemerhatian pihak penyelengara bangunan mendapati longkang tersumbat dan kerja-kerja dilakukan oleh pihak penyelengara pada 1 oktober 2014.











Pihak penyelenggara mendapati punca sumbatan adalah berpunca dari sisa-sisa dan bendaasing dari pihak Restoran sendiri iaitu sudu, hos, berus dawai, batang besi dan pinggan seramik. Pihak restoran turut ditegur agar menjaga kebersihan dan berhati-hati terhadap sisa buangan ke longkang.