Tuesday, May 27, 2014

Status terkini aduan paip syabas bocor dalam tanah blok F hadapan kedai YG/17 & YG/19

Berikutan aduan yang telah dibuat tempohari kepada pihak syabas, tindakan telah diambil hari ini pada 27 Mei 2014 waktu 12:45 tengah hari. Berikut adalah gambar semasa kerja dijalankan.












Sekian, makluman dari kami.

Monday, May 26, 2014

Pembersihan sekitar kawasan tong sampah

Untuk makluman semua khasnya pemilik dan penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, pihak kontraktor pembersihan telahpun diarahkan agar melakukan pembersihan dikawasan tersebut.

Pembersihan dilakukan secara berperingkat mulai 24 Mei 2014 bagi mengurangkan pencemaran bau dan dapat meningkatkan taraf kebersihan kawasan ini.

Pihak pengurusan turut membuat aduan secara online kepada pihak MBSA agar bekerjasama membersihkan kawasan tersebut.







sekian.

Friday, May 23, 2014

Kebocoran dalam tanah Paip Syabas sebelum meter kawasan longkang Blok F dan Blok H

SIASATAN RUTIN PADA 22/05/2014 waktu 11:15 pagi


Siasatan dijalankan oleh ketua penyelenggara iaitu En Junaide bin Abd Salam

Perkara: Kebocoran Paip syabas sebelum meter bocor

Lokasi: air nampak mengalir deras di dalam longkang betul-betul hadapan kedai:-

Pihak Syabas telah dihubungi pada 23 Mei 2014, 9:30 pagi. Butiran aduan:-

1. Diantara kedai unit no. YG/17 - YG/19 Blok F,  Hadapan kedai Adam Moto
    No. Aduan Syabas: 2964 349
    Status: http://jmbpks7.blogspot.com/2014/05/status-terkini-aduan-paip-syabas-bocor.html

2. Diantara kedai unit no.  YG/4 -  YG/6  Blok H, Hadapan kedai Iwani Foods
    No. Aduan Syabas: 2964 349

3. Diantara kedai unit no. YG/12 - YG/14 Blok H, Hadapan kedai Gambar
    No. Aduan Syabas: 2964 354

Pihak Syabas akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam harap maklum.

Saturday, May 17, 2014

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DIBELAKANG BLOK

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Untuk makluman semua, mulai hari ini pihak pembersihan telah melakukan kerja-kerja dibelakang blok-blok Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam.

Kerja-kerja dilakukan secara berperingkat disemua blok. Sekiranya pihak anda melihat keadaan tidak terurus diharap dapat dimaklumkan kepada pihak pengurusan. Sila rujuk gambar dibawah kerja pembersihan telah dilakukan di belakang blok P dan Q.

Tanggung jawab bersama dalam memelihara kebersihan kawasan sekitar amatlah kami hargai. 

Sekian, terima kasih.





Monday, May 12, 2014

CUTI HARI WESAK 2014

PEMBERITAHUAN


Kepada :        Semua Penduduk/ Penyewa                                    
                        Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : CUTI HARI WESAK

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada:

ü 13hb Mei 2014 (Selasa- Cuti Hari Wesak) dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada  14hb Mei 2014 (Rabu) seperti biasa.

ü Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, kini anda boleh membuat pembayaran secara online atau bank in ke akaun CIMB kami a/c no. 8600707971. Slip pembayaran haruslah difax atau diemailkan kepada kami beserta nama, no. telefon dan no. unit rumah/ kedai.

ü Untuk masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ON CALL’: 
012-979 6536
(Maintenance ‘On Call’)


Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB ”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua penduduk.