Showing posts with label Kempen Benteras Denggi. Show all posts
Showing posts with label Kempen Benteras Denggi. Show all posts

Friday, August 12, 2016

NOTIS PEMBERITAHUAN SEMBURAN 'FOGGING' BLOK A HINGGA BLOK J


Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera..

Makluman dari Tuan Saiful, Pegawai Kesihatan MBSA, memaklumkan bahawa info terkini terdapat 2 kes diterima kurang dari 14 hari di blok L dan blok B.
Oleh yang demikian pasukan kawalan denggi akan membuat pemeriksaan di blok K, L dan B.


Pihak pengurusan JMB berharap agar anda semua terutamanya pemilik/penyewa/penghuni dan penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam dapat memberi keizinan dan kebenaran kepada kakitangan kesihatan MBSA dan kakitangan JMB memasuki rumah/ kedai anda bagi tujuan membuat pemeriksaan, membubuh abate dan melakukan semburan (fogging di airwell).



Notis dilampirkan sebagai rujukan pihak anda semua..



Kerjasama pihak anda semua dalam membenteras Demam Denggi amat kami hargai..

Terima kasih..




Monday, October 19, 2015

MENAMPAL NOTIS DENGGI DI SEMUA BLOK PAPAN KENYATAAN

KERJA MENAMPAL NOTIS DENGGI DI SEMUA PAPAN KENYATAAN SEMUA BLOK TELAH DIJALANKAN.

DILAMPIRKAN GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN.




Wednesday, January 28, 2015

PKD PETALING MELETAKKAN PERANGKAP NYAMUK DI SETIAP BLOK

PKD Daerah Petaling telah meletakkan perangkap nyamuk disetiap blok bangunan (area meter paip air dan diatas peti penal lampu) untuk membuat kajian selama seminggu.

Diharap smua penduduk ambil perhatian dan memberi kerjasama agar perangkap itu tidak terganggu atau diambil sehingga pihak PKD sendiri yg mengambilnya.





Saturday, January 17, 2015

Gambar-gambar sepanjang aktiviti Advokasi denggi Anjuran NR Uitm

Gambar-gambar sepanjang aktiviti Advokasi denggi bersama Non Resident (NR) UiTM, PKD Petaling, JMB dan Persatuan Penduduk Pusat Komersil Seksyen 7 (PKS7) Januari 2015 dijalankan


Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan Jutaan terima kasih kepada semua diatas kerjasama ini....








PROGRAM ADVOKASI DENGGI 17 JANUARI 2015 WAKTU 2PM


Mohon Perhatian!.....

kepada semua warga penduduk Pusat Komersil Seksyen 7. kawasan kita adalah HOTSPOT denggi yg terlalu tinggi dan telah ada kes kematian berlaku...
Oleh itu pihak NR UiTM bersama Jmb Pusat Komersil dan Persatuan Penduduk Pusat Komersil seksyen 7 akan mengadakan advokasi denggi....
Jadi mari lah kita warga PKSS7 bersama2 berganding bahu menjayakan program ini agar dpt mencegah wabak ini drpd merebak...
Fikir2 kan lah.....

PROGRAM ADVOKASI DENGGI  
TARIKH : 17 JANUARI 2015
WAKTU : 2 PM
TEMPAT : BILIK GERAKAN PERSATUAN PENDUDUK (HADAPAN BLOK E); PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM




Sunday, January 11, 2015

ZIARAH MANGSA DENGGI DI Y1/21-A BLOK H BERSAMA PIHAK PKD PETALING

AJK JMB diwakili oleh En Tahir Saleng telah bersama pihak PKD Petaling yg diketuai En Hadi dan KKM melawat rmh mangsa kes kematian disebabkan oleh deman denggi di rumah sewa Blok H Pusat komersil seksyen 7. 

Rakan arwah turut menyampaikan informasi bekenaan perihal keadaan arwah sebelum dijangkiti. 

Arwah adalah pelajar Unisel dan diberitakan juga kes pertama di kawasan ini yg melibatkan kes kematian sejak 20/08/2014 sehingga setakat hari ini 12/01/2015....

Alfatihah buat mangsa smoga rohnya dicucuri rahmat..


 







Tuesday, June 25, 2013

KEMPEN BENTERAS DENGGI

Untuk makluman semua, pada 21 Jun 2013, Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD Petaling) telah menggantung banner dibeberapa tempat di kawasan kita ini.

Diharap pihak penghuni, penduduk dan masyarakat setempat dapat bekerjasama dalam membenteras denggi yang semakin menular..

Kerjasama anda amat kami hargai.. Terima kasih...