Kerja-kerja pembaikan oleh maintenance berikutan aduan dari penduduk mengatakan terdapat air bertakung di kawasan tangga di Blok P. tindakan segera diambil untuk mengelakkan bil air meningkat akibat kebocoran tersebut.
Pihak pengurusan JMB PK SEK 7 COMMITTEE ingin meminta kerjasama kepada penduduk supaya tidak membakar apa barangan di dalam tong sampah. Tong tersebut adalah untuk kegunaan kita bersama. Jika terlihat sesiapa membakar sila beri teguran dan amaran atau adukan terus di pejabat pengurusan untuk tindakan lanjut. terima kasih
Kerja-kerja pembaikan saluran najis tersumbat telah dilakukan. Terima kasih kepada pemilik Restoren Unit VG-17 atas kerjasama anda untuk memudahkan pihak kontraktor melakukan kerja pembaikan & pembersihan tersebut.