MAKLUMAN
Kepada:
Semua penghuni/pemilik apartment, penyewa/pemilik kedai di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.
Ini mengakibatkan seluruh kawasan pusat komersil seperti 'terputus hubungan' dengan dunia luar. Lebih kurang tempoh sebulan talian ini bermasalah..
Terkini, pihak JMB telah berurusan bersama pihak Telekom agar dapat menyediakan perkhidmatan telefon dan internet untuk pelanggan pusat komersil. Alhamdulillah pada 9 Ogos 2012 pihak kontraktor TM telah datang untuk membuat penyambungan.
Sehubungan itu, sukcita dimaklumkan kepada semua penghuni/pemilik apartment, penyewa/pemilik kedai di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam, anda kini boleh melanggan perkhidmatan Telekom/ TM NET/ Streamyx dan mendaftar di TM POINT yang berhampiran.
Untuk makluman juga, kini Pihak Pengurusan boleh dihubungi di talian baru iaitu 03-55101233.
Adakah perkhidmatan Unifi terdapat di pusat komersil ini?
ReplyDeleteBuat masa ini perkhidmatan UNIFI belum ada di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam cuma streamyx sahaja. Terima kasih.
ReplyDeleteSaya penyewa di blok A, jalan plumbum ac7/ac, ingin melanggan perkhidmatan streamyx, namun, pihak tm memberitahu bahawa tiada perkhidmatan streamyx disediakan, harap JMB dapat membantu kami, pelajar, yg memerlukan perkhidmatan ini secepat mungkin. Kerjasama JMB amat kami hargai...
ReplyDeletekami cadangkan supaya anda memaklumkan kepada pihak TM no. talian kami iaitu 03-55101233 sebagai rujukan TM dan mereka dapat mengetahui yang pihak pengurusan juga telah menggunakan perkhidmatan STREAMYX sejak Ogos 2012 lagi.
DeleteSekiranya pihak TM memaklumkan bahawa tiada perkhidmatan tersebut bermakna pihak TM mungkin belum membuat penyambungan (cabling) ke blok anda.
boleh tanya x.. block K klo duduk rumah atas kedai tu...bole ke pasang internet? sbb ade kata bole.ada yg kata xboleh..mana 1 sbnrnye ni
ReplyDelete