Monday, October 1, 2012

KINI ANDA BOLEH MEMBAYAR YURAN PENYELENGGARAAN MELALUI ONLINE BANKING

PEMBERITAHUAN

ONLINE BANKING


Selaras dengan teknologi dan kemudahan online, mulai 1 OKTOBER 2012 semua pemilik rumah dan kedai Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam boleh membayar yuran penyelenggaraan anda melalui perbankan internet. Perkhidmatan ini diwujudkan bagi memudahkan pihak pemilik rumah dan kedai membayar yuran penyelenggaraan  tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat pengurusan. 

Sehubungan itu, pembayaran boleh dilakukan di semua kaunter CIMB Bank, mesin ATM dan Online Banking ke CIMB akaun kami : 

1280-0000024-108 JMB "PK SEK 7: COMMITTEE". 

Bukti transaksi/ slip bayaran perlu difaks ke pihak kami 03-5510 0255 atau emailkan ke jmbpksek7committee@gmail.com. Pihak Pengurusan akan mengeluarkan resit rasmi dan akan dipos ke alamat surat menyurat anda.

PENTING!!!

Sebelum faks/ email slip bayaran yuran penyelenggaraan, sila pastikan maklumat berkenaan dinyatakan dengan jelas:

  1. Nama Penuh Pembayar/ Pemilik Premis
  2. No.Telefon yang mudah dihubungi
  3. No. Unit Kediaman/ Premis & Blok

  • Pihak pembayar juga diwajibkan untuk membayar tunggakan yuran penyelenggaraan (sekiranya ada) sebelum menyelesaikan bil semasa.
  • Yuran penyelenggaraan adalah termasuk cukai tanah dan insurans kebakaran bangunan (sijil insuran kebakaran akan diberikan selepas pembayaran dibuat).
  • Sila kemaskini alamat surat menyurat dan nombor telefon sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan  menjelaskan yuran penyelenggaran amatlah kami hargai demi kepentingan, keharmonian & kesejahteraan penduduk Pusat komersil Seksyen 7, Shah Alam. 

“PEMBAYARAN YURAN PENYELENGGARAAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA”

Sekian, terima kasih.


BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM.


No comments:

Post a Comment