Tuesday, January 15, 2013

KERJA - KERJA YANG PERLU DILAKUKAN DI BLOK A & B

TARIKH: 15 JANUARI 2013

Pihak penyelenggara bangunan telah mendapat arahan dari pihak pengurusan mengenai kemasukkan blok A dan blok B dibawah pengurusan JMB mulai Januari 2013.

Pihak Penyelenggara telah membuat pemeriksaan secara menyeluruh dan mendapati banyak yang perlu dilakukan diantaranya adalah:-

  1. Sisi bangunan kelihatan retakan berkemungkinan tanah mendap;
  2. Keadaan hadapan dinding bangunan/ hadapan kedai dan sekitar kawasan peti surat dipenuhi iklan haram;
  3. Keadaan luaran bangunan yang perlu dicat akibat dari kegiatan vandalism (conteng pada bangunan);
  4. Lubang longkang yang tidak bertutup mengundang pelbagai masalah seperti sumbatan, pencemaran bau dan boleh mengakibatkan kemalangan;
  5. Lampu tangga yang rosak dan perlu diganti atau ditukar segera;
  6. Kebocoran pada meter syabas - admin perlu adukan segera kepada pihak Puspel/ Syabas bagi mengelakkan pembaziran;
  7. Terdapat tangki dan paip bocor di bahagian bumbung bangunan dan perlu pembaikan segera
  8. Tiada papan kenyataan bagi maklumat kepada penduduk;
  9. Tiada notis pemberitahuan atau house rules; dan
  10. Lain-lain perkara akan dikemaskini kelak..


No comments:

Post a Comment