ARTIKEL INI DI PETIK DARI BLOG GURINDAM JIWA UNTUK RUJUKAN KITA
BERSAMA.
Responses
I am committee member of Meridien Townhouse in PJ. You have and advice
on the correct process to collect outstanding maintenance.
Our water supply is based on bulk meter. Can we cut the water supply for
the unit who failed to make payments and how much notice should be given?
Would appreciate if you could share your experience with collection.
Thank you in advance.
Mr Yip,
The quoted Q&A text above are taken from a JMB brochure by PKNS.
They are not my advice. Hence the acknowledgment at the bottom.
My flat is still under PKNS, yet to be a JMB. And we have individual
meters. So I have no experience in these types of collection.
Although my understanding is that a basic necessity supply to a
household cannot be terminated simply due to non-payment. There are other
things to be considered, such as humanitarian issues. It should be a last
resort. Besides, I don’t have all the facts.
Despite the initial cost, individual meter is a better long run
solution. My personal opinion.
Thank you for visiting and commenting.
By: Yip Yew Ming on Friday, August 8, 2008
at 9:37:43 pm
Reply
untuk makluman, pemotongan bekalan air boleh di buat jika bekalan air
mempunyai bulk meter dan bukan meter individu. tetapi harus di rujuk kepada
Deed of Mutual Covenant. biasanya di akan tercatat apa yang boleh di ambil jika
bayaran penyenggaraan tidak di jelaskan. jika wujud prenggan yang menyatakan
serrvis yang di sediakan boleh di hentikanm sementara jika bayran tertunggak,
pemotongan air boleh di jalanakan dengan syarat perlu notis peringatan sebanyak
2 kali di hantar. peringatan pertama dan peringatan kedua/terakhir (14 hari).
atau boleh menghantar LOD kepada pemilik unit. Pesuruhjaya bangunan
boleh mngambil tindakan terhadap unit yang tidak membayar caj penyenggraan dengan
syarta tunggakan mestilah melebihi 6 bulan dan notis secukupnya telah di
hantar.
maaf jika terdapat kesalahan pada komen ini. sekian
Terima kasih Shariman. Sila datang lagi.
By: Shariman on Wednesday, June 24, 2009
at 11:01:43 am
saya nak tanya saya ada rumah flat kat puchong mgmt opis nak hentikan
perkhidmatan dia bln september ni jmb kat tpt saya takde sebab tak cukup org
blh ke mgmt opis tu buat macam tu tanpa melantik mana2 mgmt opis lain untuk
ambik alih dan tinggalkan flat saya mcm tu saja. saya beharap sgt awak blh
bagitau cara2 nak selesaikan masalah ni atau pda siapa saya nak mengadu. teme
kasih
Pada hemah saya, di sinilah peranan media untuk membantu. Cuba-cubalah
hubungi Sinar Harian dan TV3. Saya pun tak pandai dalam hal sebegini. Cuma saya
lihat bila diheboh ke media, barulah semua pihak cuba ambil tindakan.
By: ju on Monday, September 22, 2008
at 11:26:22 am
Reply
Kami Persatuan Penduduk tapi JMC ditubuhkan tanpa persetujuan Penduduk
setempat dan selepas mereka Pihak Pemaju tidak membaiki kerosakan dari awal
seperi Dewan, tadika, lingkang dan sebagai. Pihak Pemaju SIME UEP tidak layan
lapuran kami tapi mereka bergabung dengan JMC, bekas Ketua MIC, MBPJ dan SIME
UEP tidak layan masalah kami bila di tanya mereka kata jumpa JMC tapi tidak ada
apa-apa perkembangan, sekarang apa yang kita kena buat? Kenapa kami hantar
surat kepada Pesuruhanjaya Bangunan pun tidak ambil tindakan? Kami sudah hantar
surat kepada MBPJ, ADUN, MP dan Menteri Besar tapi tidak ada apa-apa perkembangan?
– SR
Pada hemah saya, di sinilah peranan media untuk membantu. Cuba-cubalah
hubungi Sinar Harian dan TV3. Saya pun tak pandai dalam hal sebegini. Cuma saya
lihat bila diheboh ke media, barulah semua pihak cuba ambil tindakan.
Squeaky wheel gets the grease.
By: Sundrarajoo on Monday, September 29, 2008
at 11:41:44 am
Reply
I would like to ask about the house rules. When the JMB set the House
Rules, does all the owners should have a copy of the house rule?
I’m having some problem with my condo JMB recently. They claiming that
they have changed some rules in the House Rules, but i never received any
notice neither a copy of a new house rules. Aren’t we supposed to have one
right after they held the first meeting?
Looking forward for your advice, thank you in advance.
Thank you Chris for asking.
Actually I’m no authority on this as I’m a newbie myself. But I’m the
type who always want a copy of everything. :)
I’ll give you a link to this site whose owner claims to be an expert in
Building Management and is providing advice on it.
The person with the actual authority to answer this kind of question is
your Commissioner of Building (COB) at your local government body. I’m under
the MPKj, hence currently my COB is Pn. Bibi Khairani bt. Mohamed Sabri.
I apologize if I can’t be of no more help.
By: Chris on Thursday, December 18, 2008
at 5:31:04 pm
Reply
saya ingin memohon maklumat mengenai mesyuarat pertama untuk menubuhkan
JMB
Maaf saudara, saya tiada maklumat sedemikian. Tempat saya pun belum ada
JMB lagi. Mungkin laman ini boleh membantu saudara. Terima kasih.
By: Hafsham on Wednesday, January 21, 2009
at 4:54:27 pm
Reply
saya keliru mengenai MANAGEMENT COORPORATION dan JMB? pihak manakah yang
terlibat dalam pengurusan pengurusan kemudahan di apartment dan kondominium dan
apakah tanggungjawab pihak berkenaan?..adakah terdapat perbezaan diantara
pengurusan kondominium dan apartment? kepada siapa harus saya rujuk?
JMB adalah sebuah badan pengurusan bersama yang ditubuhkan SEBELUM
Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) ditubuhkan. Ahli-ahli JMB
terdiri daripada Pembeli DAN Pemaju.
Setelah dianggap/diterima selesai semua masalah pada bangunan tempat
tinggal itu, JMB akan dimansuhkan, dan akan diambilalih pula oleh Perbadanan
Pengurusan yang diwakili sepenuhnya oleh Pembeli/Pemilik Unit sahaja.
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan
Bangunan) 2007 (Akta 663) adalah untuk semua bangunan bertingkat yang tertakluk
di bawah Akta Hakmilik Strata.
Untuk pengetahuan am, laman ini saya sokong untuk anda rujuk. Untuk
maklumat yang lebih rasmi, sila rujuk kepada Pesuruhjaya Bangunan (Commissioner
of Building atau COB) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) anda.
Terima kasih.
By: syuhada on Monday, February 9, 2009
at 4:56:10 pm
Reply
JMB adalah Badan ynag di tubuhkan dengan di wakili oleh wakil pemaju (1
wakil ) dan wakil pemilik unit.
konsep yang sama telah di jalankan oleh Bahagian pengurusan harta
Selangor dan di eknali sebagai Pra MC
di tubuhkan badan Pengurusan Bersama di bawah akta Bangunan dan Hrta
Bersama 2006. bagi memberi ruang kepada pemilik melalui pengalaman mentadbir
dan mengurus hartanah mereka (harta bersama khususnya)
Management corporation hanya akan di tubuhkan setelah proses mendaftra
di Pejabat Tanah dan Galian sempurna dalam bahasa pengurusan harta- buka buku.
pemaju yang akan menguruskan proses ini dan AJK terdiri daripada pemilik
sahaja.
By: Shariman on Thursday, January 21, 2010
at 11:20:41 am
apakah tindakan yang boleh diambil keatas persatuan penduduk yang
diragui ke sohehan persatuan itu dan sering menuduh JMB menyalahgunakan kuasa
tanpa bukti.beliau juga menghasut penduduk supaya tidak membayar wang
penyelenggaraan. dan beliau juga menyebarkan dakyah2 yang boleh menjatuhkan
reputasi JMB..
Kesahihan sesebuah persatuan boleh disemak dengan Pendaftar Persatuan,
ataupun Registrar of Society (ROS).
Tentang hasutan dan dakyah, mungkin boleh ditangkis dengan pendidikan
dan penerangan yang baik dan berhemah.
By: anuar on Saturday, March 7, 2009
at 1:14:15 am
Reply
adakah salah sekiranya jmc memberi alaun kepada jawatan kuasanya yang
aktitif,bertungkus lumus untuk memantapkan pengurusan.
Maaf, saya tidak begitu arif untuk menjawab soalan ini. Mungkin kena
semak perlembagaan ataupun undang-undang kecilnya. Ataupun bertanya dengan
Pesuruhjaya Bangunan tempatan tuan.
Namun mana-mana pertubuhan, persatuan, koperasi, dan sebagainya ada
memberi elaun kepada para pengarah/ahli jawatankuasanya.
By: anuar on Saturday, March 7, 2009
at 1:18:52 am
Reply
kalau tak silap saya, JMC atau siapa-siapa anggota JMB boleh dibayar
elaun dan perbelanjaan mengikut apa-apa kadar yang diluluskan oleh Pesuruhjaya
Bangunan (COB). Rujuk Seksyen 22(3)(m) dalam Akta 663.
By: Hj. Mat on Friday, July 17, 2009
at 9:31:25 pm
boleh di bayar elaun dengan syarat di putus dan di luluskan di dalam
mesyuarat agung tahunan termasuk penentuan kadar.
\TQ
By: Shariman on Wednesday, January 27, 2010
at 12:52:39 pm
Seksyen 22(3)(m) Akta 663 menyatakan, “membayar elaun dan perbelanjaan
lain anggota Badan dan anggota Jawatankuasa mengikut apa-apa kadar yang
diluluskan oleh Pesuruhjaya;”
Pembayaran elaun adalah dibenarkan. Namun begitu, ianya adalah mengikut
keputusan dan kelulusan JMC dan mengikut kemampuan kewangan JMB serta perlu
mendapat kelulusan dari Pesuruhjaya di PBT yang berkenaan.
By: azizan abdullah on Tuesday, May 11, 2010
at 10:21:07 am
apakah dokumen yang perlu di kemukakan kepada pesuruhjaya bangunan untuk
memohon sijil JMB
Maaf tuan. Tempat saya belum JMB lagi. Walaupun asyik dok kata nak buat.
Seeloknya bertanyalah kepada Pesuruhjaya Bangunan tempatan tuan sendiri.
Walau bagaimanapun, kalau saya dapat jawab nanti, akan saya uar-uarkan
di sini.
Terima kasih.
UPDATE Mar 20, 2009: En. Hafsham, soalan tuan ada terjawab di sini.
Terima kasih.
By: Hafsham on Thursday, March 19, 2009
at 12:02:34 pm
Reply
untuk permohonan sijil JMB kepada COB, tuan perlu sertakan seperti
berikut:
1)Surat permohonan yang menyatakan nama dan alamat rasmi JMB di dalam
surat tersebut.
2)Salinan Geran Lot utama (Parent title)
3)Senarai kehadiran pemilik unit.
4)Salinan minit mesyuarat MAPJMB
5)Senarai pemegang Jawatankuasa JMB seperti seksyen 11(2).
6)House Rule
7)Insurans
By: hafsham on Thursday, April 29, 2010
at 3:49:43 pm
saya ingin bertanya kadar bayaran setiap maintenance apartment yang di
benarkan?adakah setiap JMB mesti berdaftar sebelum mulai operasi?seandainya ada
penduduk tidak membayar kos maintenance apakah tindakan sewajarnya.apakah ada
surat perjanjian JMB di antara penduduk apartment?
Terima Kasih.
Terima kasih Puan.
Kadar bayaran ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC).
Lihat Soalan 4 di atas.
Sepertimana pertubuhan lain, JMB perlu didaftar untuk beroperasi. Lihat
soalan 4 di atas.
Tindakan terhadap penduduk yang tidak membayar kos penyenggaraan adalah
ditentukan oleh JMC dengan kaedah dalamannya (House Rules). Lihat soalan 4 di
atas.
Tentang surat perjanjian saya kurang arif. Namun Akta 663 jelas
menyatakan bahawa penyelenggaraan bangunan tempat tinggal tinggi kini adalah
tanggungjawab para pemilik unit-unit di situ. Dan JMB adalah satu badan peralihan
dari pihak pemaju sebelum pemilik-pemilik unit mengambil-alih penyenggaraan
bangunan dengan sepenuhnya.
Puan boleh ajukan soalan lebih mendalam di laman ini mengenai JMB.
By: hayati on Saturday, March 28, 2009
at 9:39:36 am
Reply
Sekiranya tuan rumah tidak dapat membayar caj maintenance selama 2 bulan
apakah tindakan JMB?adakah JMB boleh mengeluarkan surat reminder kepda tuan
rumah dalam masa 2 bulan tunggakan?apakah sekiranya barang2 rumah akan di sita
MPS sekiranya tuan rumah tidak dapat membayar tunggakan?Adakah JMB boleh
menyuruh MPS menyita barang2 tuan rumah?
Tindakan mengenai prosidur penyelenggaraan bergantung kepada kaedah
dalam JMB itu sendiri. Pengeluaran Surat Peringatan (reminder) adalah baik.
Walau bagaimanapun, bila kita hidup berjiran, ingat mengingat itu lebih baik.
Cuba rujuk Surah al-’Asr.
Mengenai sita, apakah itu MPS? Biasanya sita berkaitan dengan cukai,
misalnya cukai pintu.
Cuba puan majukan soalan puan di Forum ini. Mungkin akan lebih berhasil.
Apa pun terima kasih ke sini.
By: hayati on Wednesday, April 22, 2009
at 8:08:32 am
Reply
maaf mencelah. tindakan sita oleh pesuruhjaya bangunan (biasanya yang di
pertua majlis perbandaran ) boleh di ambil dengna syarat JMB harus menghantar
senarai nama dan memaklumkan kepada COB (pesuruhjaya Bangunan). tunggakan
melebihi enam bulan dan notis perungatan telah di hantar (2 kali notis -14
hari)
Terima kasih Shariman. Saya pun dah mula kalut nak jawab soalan-soalan
ni ;-)
By: Shariman on Wednesday, June 24, 2009
at 11:06:02 am
Ada kah wajib dari segi akta 663 wajib pihak pemaju menanda tangani
segala urusan kewangan contohnya tanda tangan bagi buku chek JMB.
By: Rosnita Ahmad Zathu on Thursday, May 14, 2009
at 6:32:02 pm
Reply
Pendapat saya: Kerana JMB ialah Badan Pengurusan Bersama–antara pemaju
dan pembeli–tanggungjawab dipikul bersama, oleh itu Pemaju ada hak bersama
untuk menjadi salah satu penandatangan cek.
Apabila hakmilik strata sudah dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan
ditubuhkan, barulah tanggungjawab dipikul oleh pembeli sepenuhnya. Barulah
Pemaju akan lepas tangan.
By: Gurindam Jiwa on Friday, May 15, 2009
at 12:24:04 pm
tidak terdapat sebarang seksyen didalam Akta 663 yang mewajibkan pemaju
menjadi penandatangan cek akaun JMB. Pada pandangan saya, eloklah penandatangan
cek akaun JMB ini terdiri dari pengerusi dan bendahari tanpa melibatkan pemaju.
By: Hj. Mat on Friday, July 17, 2009
at 10:05:24 pm
pemegang amanah bagi urusan kewangan setelah tertubuhnya JMB dan
wujudnya JMC adalah hak pembeli. wakil pemaju hanya sebagai salah seorang AJK.
Tanggungjawabnya adalah membawa setiap masalah yang melibatkan hal-hal bangunan
yang dibina oleh pemaju shj.
Azizan- Petugas Khas Akta 663
By: azizan abdullah on Tuesday, May 11, 2010
at 10:26:14 am
Boleh JBM menaikkan kadar parking kedua,sebelum ini kereta kedua parking
dikenakan bayar RM 30.00,mesyuarat AJK JBM menaikkan kadar baru RM 40.00,belum
menaikan kadar tersebut,perlu kenaikan rujuk penduduk atau menjadi mesyuarat
sahaja memutuskan kadar tersebut. Terima Kasih
By: Dzulkernain Hassan on Friday, May 15, 2009
at 9:13:09 pm
Reply
Di Mesyuarat Agung, para pemilik melantik AJK JMB untuk menguruskan
penyelenggaraan bangunan. Selepas dilantik, AJK JMB boleh membuat keputusan
tertentu di dalam Mesyuarat AJK.
Apa-apa yang tidak puas hati, pemilik boleh rujuk kepada mana-mana AJK
untuk di bawa ke Mesyuarat AJK.
Sekiranya masih tidak puas hati, suarakanlah di Mesyuarat Agung. Kuasa
ahli biasa adalah paling besar di Mesyuarat Agung.
Itu dari segi prosedur. Namun jika dirasakan ada penyalahgunaan kuasa
atau penyelewengan, eloklah dibawa berbincang, atau dilaporkan ke Suruhanjaya
Bangunan Tempatan dengan buktinya sekali. Atau bawakan ke media massa. Jalan
paling akhir ialah laporan polis.
Biasanya kalau kita hidup berjiran seperti disarankan di dalam al-Qur’an
dan Sunnah, tidak puas hati sebegini tidak berlaku.
Pihak AJK biasanya ada akses kepada banyak maklumat, dan keputusan
dibuat berasaskan maklumat tersebut. Mereka tentu ada sebab untuk membuat
sesuatu keputusan.
Apa-apa pun, bawalah berbincang. SETIAP HARI selepas Maghrib tu, duduk
bincang ramai-ramai di surau.
Bulat air kerana pembetung, bulat suara kerana muafakat. Jiran sepakat
membawa berkat.
By: Gurindam Jiwa on Thursday, May 21, 2009
at 2:49:06 am
adakah ahli jmc mendapat elaun dan brapakah maksimum elaun yg harus
mereka terima.bagaimana sekiranya mereka tidak aktif.bolehkah kami sebagai
penduduk mempertikaikanya
By: ahads on Saturday, May 16, 2009
at 10:48:04 am
Reply
Elaun dan jumlah maksimum boleh ditentukan di Mesyuarat AJK atau
Mesyuarat Agung. Ahli boleh pertikaikan apa-apa keputusan di Mesyuarat Agung.
Kalau seseorang AJK itu tidak aktif, jangan lantik dia di Mesyuarat
Agung akan datang.
By: Gurindam Jiwa on Thursday, May 21, 2009
at 2:52:29 am
Adakah layak memegang apa-apa jawatan dalam JMC jika ada hutang
tertunggak dengan managment walaupun tiada layak mengundi tetapi penduduk
memilih kita.
By: zaman ahmad on Thursday, May 21, 2009
at 12:45:39 am
Reply
Rasanya Soalan 8 dan Soalan 9 adalah jelas. Antara tanggungjawab AJK
ialah memastikan ahli lain menjelaskan yuran penyelenggaraan. Bagaimanakah
seseorang AJK mampu melaksanakan tugas tersebut andainya dia sendiri tidak
menjelaskan yuran penyelenggaraan?
Being popular is one thing, being qualified is another.
Kalau kita suka sangat kepada seseorang tu untuk menguruskan bangunan
kita, tapi kita tahu dia ada tertunggak yuran penyelenggaraan, apa kata kita
pakat-pakat tolong bayarkan yuran penyelenggaraan beliau? Sanggup?
By: Gurindam Jiwa on Thursday, May 21, 2009
at 2:59:40 am
mengikut COB : seseorang pembeli berdaftar yang mempunyai tunggakan caj
penyelenggaraan walaupun boleh menghadiri mesyuarat agung, mereka tidak layak
mengundi dan tidak layak untuk dilantik memegang sebarang jawatan di dalam JMC
By: Hj. Mat on Friday, July 17, 2009
at 9:47:59 pm
Bolehkah Developer(Management Office) menaikan kadar water rate tanpa
reason? mengikut SAJ kadar rate – pangsapuri adalah RM1.18 tapi Management
office menaikan rate RN1.24.
By: Ms Kelly on Thursday, May 21, 2009
at 9:31:29 am
Reply
Wah, saya ni bukan pakar dalam hal-hal ni. Rasanya dah beritahu dah
sebelum ni. Secara kebetulan sahaja buat posting pasal JMB ni sebab tempat saya
pun KONONnya nak buat JMB. Namun sampai sekarang tak buat buat lagi. Hmmm
entahlah.
Tapi bila orang dok tanya tu kita cuba jawablah setakat tahu. Kan? Tak
sampai hati pula nak ignore.
Agaknya Management Office tu beli air tu dari SAJ dan jual balik kepada
pemilik pangsapuri tu kot. Perkara biasa yang selalu juga berlaku.
Naikkan kadar tanpa sebab? Macam tak percayalah. Tentu ada sebab. Ramai
tak bayar ke, minyak naik ke, pekerja Management Office tu mintak naik gaji ke,
paip selalu sangat pecah dia orang kena repair ke… sebab musabab juga lah tu.
By: Gurindam Jiwa on Thursday, May 21, 2009
at 10:03:40 am
ms kelly,untuk pengetahuan,developer tidak boleh sama sekali untuk
menjadi managment di tempat mereka sendiri,kecuali ada surat pengesahan
daripada jmb.ini kerana mengikut akta bangunan 663.untuk makluman lebih lanjut
boleh email kepada kami di cusb4info@yahoo.com
By: cusb on Monday, November 2, 2009
at 11:20:47 pm
Maksud saya jika JMB tempat tu belum lagi ditubuhkan dan bayaran
tertunggak tu dengan menagment lama adakah dia layak menjadi ahli yang lima itu
untuk membentuk JMB.
By: zaman ahmad on Friday, May 22, 2009
at 10:39:58 pm
Reply
Kalau hingga ke tahap itu kemusykilan tuan, saya syorkan tuan rujuk
kepada yang lebih berotoriti, yaitu Suruhanjaya Bangunan tempatan tuan.
Kalau sekadar pemahaman saya, jawapan kepada Soalan 8 dan 9 sudah cukup
untuk memberi kesimpulan bahawa beliau itu tidak layak. Itu fahaman saya sahaja
yang bukan arif dalam undang-undang.
Terima kasih.
By: Gurindam Jiwa on Monday, May 25, 2009
at 3:27:06 am
mana-mana pemilik unit yang emmpunyai tunggakan tidak layak menjadi ahli
jawatnkuasa. tetapi boleh menghadiri AGM sebagai pemerhati.
By: Shariman on Wednesday, June 24, 2009
at 11:12:21 am
Saya berharap agar Moderator Gurindam Jiwa dapat siarkan komen saya ini
untuk kepentingan kita bersama demi mencapai keharmonian penduduk setempat.
Menjawab kepada persoalan saudara Zaman Ahmad, tiada masalah sekiranya
dia ingin menjadi ahli JMB atau JMC sekalipun. Syarat untuk melayakkan
seseorang itu mengundi adalah perlu menyelesaikan yuran penyelenggaraan dari
awal (walaupun dahulunya dibawah management yg lama) sehingga bulan; sebulan
sebelum Mesyuarat Agung JMB diadakan.
Untuk menjadi ahli JMB pula, ia adalah melalui undian daripada penduduk
yang mengundi di dalam Mesyuarat Agung tersebut. Di situlah berlantikan
bermula.
Tuan Sham,
Maaf komen tuan lambat saya siarkan kerana saya bercuti internet baru-baru
ini. Insya’Allah selepas ini komen tuan akan tersiar secara otomatik. Dan
terima kasih kerana sudi tolong jawab soalan-soalan di sini. Moga dapat memberi
manfaat kepada ramai orang.
Wassalaam,
Gurindam Jiwa
By: sham on Wednesday, July 8, 2009
at 9:36:56 pm
Assalam….kum.. Saya ingin bertanya adakah JMB akan memperbaiki DALAMAN
rumah pemilik yang rosak, seperti retak, paip bocor, tersumbat dan sebagainya.
Adakah itu juga tanggungjawab JMB menggunakan wang senggaraan untuk
memperbaiki itu semua?, atau adakah ia tanggungjawab pemilik?
By: azhari on Friday, May 29, 2009
at 8:52:11 am
Reply
JMB mengambilalih tangungjawab pemaju sebelum ini. Jadi mana-mana yang
dahulunya adalah tanggungjawab pemaju, kini adalah tanggungjawab JMB. Mana-mana
yang dahulunya adalah tangungjawab pemilik, kini masih lagi tanggungjawab
pemilik.
Andainya ada kemusykilan atau perselisihan faham, bawakan cadangan
dan/atau berbincang di mesyuarat JK JMB ataupun Mesyuarat Agung.
By: Gurindam Jiwa on Friday, May 29, 2009
at 3:28:28 pm
Di sini saya ingin berkongsi pendapat dan berdasarkan pengalaman. Soalan
tersebut amat bagus untuk ditanyakan. Ramai yang tidak jelas tentang perihal
tersebut. Saudara Azhari perlu rujuk kepada surat perjanjian jual beli antara
pemaju dan anda (Sales & Purchase Agreement). Pemaju hanya akan memperbaiki
masalah kerosakan (DEFECT) tersebut sekiranya tempoh ‘tanggungan pemaju’
(liability period) masih ada (biasanya setahun ataupun setahun setengah). Jika
dahulunya saudara pernah mengadu tentang masalah tersebut dan pihak pemaju
pernah membaikinya tetapi masih berlaku lagi, maka saudara harus mengadu semula
kepada pihak pemaju. Sekiranya pemaju tidak melayan aduan anda maka bawa sahaja
masalah saudara ke tribunal perumahan. Perlu diingat, Pihak pemaju tidak akan
melayan sekiranya masalah saudara ‘muncul’ apabila TAMATNYA tempoh ‘LIABILITY
PERIOD’ tersebut. Jika saudara masih tidak puas hati, seperti saya kata
sebentar tadi, bawa sahaja masalah saudara ke tribunal perumahan.
Di sini saya perlu jelaskan tentang tanggungjawab pihak JMB tidak
termasuk pembaikan DALAMAN rumah. Ia adalah tanggungjawab pemilik. Wang
penyelenggaraan adalah wang penduduk, maka tidak wajar ia digunakan untuk
membaikpulih kerosakan DALAMAN rumah seseorang. Kebiasaannya wang
penyelenggaraan digunakan untuk membayar kos-kos penyelenggaraan kawasan
bersama (common area), berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara
Singking Fund (dana terikat).
Bukan semua perkara JMB perlu bertanggungjawab. Untuk lebih info, sila
rujuk Pihak Pengurusan di tempat anda. Saya harap agar mereka lebih ‘celik’
memberi pandangan dan jalan penyelesaian yang sewajarnya kepada saudara.
Tu dia. Terima kasih Sham.
By: sham on Wednesday, July 8, 2009
at 9:07:37 pm
Terima kasih,banyak maklumat dari tuan yang saya perolehi,satu perkara
yang menjadi tandatanya ialah wang kutipan -sinking fun- adakah semasa pemaju
membuat kutipan wang ini mestilah diserahkan kepada pengurusan jmb apabila jmb
telah diwujudkan?dan berapa peratuskah yang wajib dibayar oleh pemilik petak
yang di kategorikan didalam management fee bulanan sebagai kutipan sinking
fun??dan adakah akaun sinking fun ini diasingkan dari akaun pengurusan?
By: ahmad on Wednesday, June 10, 2009
at 10:38:53 am
Reply
kutipan sinking fun ini terdapat didalam salah satu clause di dalam
S&P. Biasanya kadar sinking fund ini adalah 10% dari caj penyelenggaraan.
Akaun sinking fund ini perlu diasingkan dari akaun penyelengaraan bangunan.
Semua sinking fund yang dikutip sebelum penubuhan JMB perlu diserahkan kepada
JMB. Begitu juga apa-apa lebihan wang caj penyelenggaraan yang dikutip
sebelumnya.
By: Hj. Mat on Friday, July 17, 2009
at 9:58:52 pm
Oh terlupa saya tadi. apakah pembaikan yang dikategorikan didalam
penggunaan wang sinking fun?adakah mengecat bangunan, tangga dan apa2 saja?
By: ahmad on Wednesday, June 10, 2009
at 10:44:44 am
Reply
Pembaikan yang dikategorikan boleh menggunakan sinking fund ada terdapat
dalam Seksyen 24, Akta 663. Secara ringkas nya:
a) pengecatan atau pengecatan semula mana-mana bahagian harta bersama.
b)pemerolehan (acquisition) apa-apa harta alih bagi kegunaan berhubung
dengan harta bersama.
c)pembaharuan atau penggantian apa-apa lekapan atau pemasangan yang
terdapat dalam mana-mana harta bersama
d)apa-apa perbelanjaan lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Jawatankuasa.
By: Hj. Mat on Friday, July 17, 2009
at 10:21:35 pm
JMB sebagai badan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan dan harta
bersama sahaja, mana mana kerosakan di unit pembeli adalah tanggungjawab
pembeli unit tersebut. kecuali jika dalam tempoh DLP, pemaju yang kena baiki.
Ha, ringkas dan padat. Terima kasih Izhar.
By: izhar on Friday, June 19, 2009
at 1:31:49 am
Reply
assalamualaikum,
saya adalah pemilik pangsapuri bertingkat. ditempat saya ada surau dan
dewan orang ramai yg telah diadakan oleh pemaju. 1.sekarang jmb telahpun
ditubuhkan. masalahnya skg pihak jmb kenakan bayaran pada penduduk jika
penduduk sendiri nak guna kemudahan dewan dgn kadar tertentu. adakah ini boleh?
2. setiap pengunaan dewan oleh penduduk jmb perlu buat laporan kpd COB. adakah
ini betul dan ke 3. jmb buat undang sendiri dan gunakan itu dgn mengatakan ia
dari COB.
By: lokman yusof on Friday, July 3, 2009
at 10:18:09 pm
Reply
Saudara Lokman,
Pada pandangan saya, ada terdapat beberapa kemudahan atau harta bersama
yang wajar dikenakan bayaran sewa, tetapi itu terpulang kepada persetujuan JMB
atau AJK JMB (JMC). Sebagai contoh dewan. Memang benar ianya harta bersama,
tetapi sekiranya kita hendak menggunakan dewan tersebut tentunya kita turut
menggunakan lampu dan kipas dan mungkin bilik air. Bil-bil utiliti tersebut memang
sewajarnya kita yang tanggung, kerana wang kutipan caj penyelenggaraan adalah
wang bersama yang hanya digunakan untuk perkara-perkara yang digunakan secara
bersama.
By: Hj. Mat on Friday, July 17, 2009
at 5:22:11 pm
Penggunaan dewan atau sebarang kemudahan didalam kawasan pembangunan
tidak perlu mendapatkan kelulusan COB. Walaubagaimanapun, sewaan boleh
dikenakan berdasarkan alasan diatas. Selalunya sewaan adalah pada kadar
nominal, sekadar cukup untuk menampung kos bil utiliti. JMB adalah dianggotai oleh
semua pembeli berdaftar dan bukan satu organisasi yang “profit oriented”. Semua
wang hasil kutipan adalah wang bersama, bukan milik segelintir individu yang
dilantik menjadi JMC sahaja.
By: Hj. Mat on Friday, July 17, 2009
at 10:29:38 pm
Adakah setiap rumah bertingkat yg dah ada Badan pengurusan bersama tidak
perlu lagi ditubuhkan Persatuan Penduduk ?
By: lokman yusof on Friday, July 3, 2009
at 10:20:17 pm
Reply
Saya rasa tidak perlu ada Persatuan Penduduk jika JMB telah ditubuhkan.
Ini adalah kerana semua pembeli adalah merupakan ahli JMB. Semua aktiviti boleh
dilaksana secara lebih efektif dengan penglibatan semua penduduk.
By: Hj. Mat on Friday, July 17, 2009
at 5:25:28 pm
Soalan dan jawapan menarik.
Di tempat saya ada 11 blok pangsapuri. Kita sudah ada Persatuan Penduduk
yang merangkumi kesemua 11 blok dan agak aktif. KRT dan Surau kita juga agak
aktif.
Pemaju pula dalam usaha ke arah membentuk JMB, hanya membenarkan 3 blok
sahaja maksima untuk setiap JMB. Alasan munasabah, mereka tak beri. Mungkin
juga semasa mereka menyatakan maklumat tersebut, penduduk terlalu terkejut
untuk bertanya atau berhujah. Mungkin pemaju merasakan penduduk tidak
berkemampuan untuk mentadbir lebih dari 3 blok. Walaupun dari pengalaman para
penduduk, tahap kecekapan pihak pemaju menyelenggara 11 blok di sini juga
adalah…. hmm… he he. Tak pe. Mungkin juga ada klausa undang-undang yang
menghadkan sedemikian, saya tak pasti. Maklumlah, tiada penduduk di sini yang
lawyer, setakat loyar buruk tu memang ramai.
Apa pun, sekiranya JMB nanti hanya untuk kelompok 3 atau 2 blok sahaja,
kami di sini akan mengekalkan Persatuan Penduduk kami, insya’Allah, demi
keharmonian setempat. Lagipun ada sedikit perbezaan fungsi antara 2 organisasi
ini. Asal tujuan JMB ini lebih ke arah penyelenggaraan. Persatuan merangkumi
persaudaraan, setiakawan, kejiranan, kebajikan setempat, ukhuwah, dan
silaturrahim, antaranya. Apatah lagi JMB adalah badan transisi yang masih
melibatkan Pemaju ke arah pembentukan sebuah MC.
Pada saya fungsi MC boleh menjadi sebahagian dari fungsi-fungsi sebuah
Persatuan Penduduk. Persatuan Penduduk boleh diibaratkan sebuah “Government”
dengan MC sebagai salah satu unit di bawahnya.
By: Gurindam Jiwa on Friday, September 11, 2009
at 10:37:45 am
Maaf mencelah. secara umunya persatuan penduduk adalah badan sosial
penduduk dan tidak di iktiraf mewakili pemilik unit.
manakala JMB di iktiraf mewakili semua pemilik unit.
JMB mesti di daftrakan dengan COB manakal Persatuan penduduk dengan ROC
dalam satu kawaan apartment boleh di wujudkan melebihi 1 persatuan
penduduk. mankala JMB hanya 1 sahaja bagi satu kawasan apartment.
By: Shariman on Thursday, January 21, 2010
at 11:27:56 am
JMB merupakan satu Badan yang menyenggara dan menguruskan bangunan.
Persatuan penduduk pula merupakan satu badan NGO’s yang lebih menfokuskan hal
yg berkaitan aktiviti sosial dan kemanusiaan. Sekiranya kedua-dua badan ini
memahami peranan masing-masing ianya adalah lebih memberi manfaat. Kewangan JMB
hanya bergantung kepada kutipan penyenggaraan bulanan. etiap kutipan tersebut
adalah semata-mata utk bangunan. Tetapi dengan adanya persatuan penduduk (PP)
atau Kawasan Rukun Tetangga (KRT), PP dan KRT boleh mendapatkan peruntukan /
sumbangan dari agensi kerajaan utk menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Perlu
diingatkan sekali lagi, JMB, PP dan KRT perlu memahami peranan masing-masing.
Sekiranya mereka tidak memahami peranan, masalah lain berkemungkinan akan
timbul.
Azizan-Petugas Akta 663 (azizan6768@yahoo.com)
By: azizan abdullah on Tuesday, May 11, 2010
at 10:38:26 am
adakah persatuan penduduk boleh meminta kepada jmb salinan perbelanjaan
dalam sebulan kepada pihak jmb? atau berapa dlm sebulan jmb collect dari
penduduk yg berbayar utk satu bulan bagi mengelakkan penyelewenggan wang
penduduk.
By: lokman yusof on Friday, July 3, 2009
at 10:28:28 pm
Reply
penduduk boleh minta dokumen tersebut secara bertulis kepada JMC. Sila
rujuk Seksyen 13, Akta 663 yang menyatakan Hak-Hak Pembeli.
By: Hj. Mat on Friday, July 17, 2009
at 5:28:56 pm
salam sejahtera,
Saya ada sedikit kemungkilan, apakah bila Jmb ditubuhkan adakah semua
kemudahan yg ada seperti dewan dan surau termasuk atas tanggongjawab jmb, jika
ada kerosakkan dan sebagainya. Adakah kemudahan Dewan apabila penduduk hendak
penggunakannya jmb boleh kena sewa tau tidak? sekian.
By: lokman yusof on Tuesday, July 7, 2009
at 12:33:43 pm
Reply
Dewan dan surau adalah harta bersama yang perlu ditadbirurus oleh JMB.
Kerka-kerja maintenance adalah tanggungjawab JMB. Penggunaan yang bersifat
individu seperti penggunaan dewan untuk kenduri kawin misalnya, perlu lah
membayar sewa. Penggunaan bersama seperti mengadakan mesyuarat penduduk, saya
rasa tidaklah perlu membayar sewa. Begitu juga surau, tak kan nak kena bayar
sewa kalau nak sembahyang…
By: Hj. Mat on Friday, July 17, 2009
at 5:33:17 pm
Jmb bermaksud JOINT MANAGEMENT BODY atau
BADAN PENGURUSAN BERSAMA.
Soalannya – Adakah semua harta atau tanah yg ada boleh dlm kawasan boleh
diuruskan bersama dgn penduduk atau melalui Persatuan Penduduk.
By: lokman yusof on Tuesday, July 7, 2009
at 12:37:11 pm
Reply
Semua harta termasuk kemudahan awam seperti dewan serbaguna, tadika,
kolam renang, tempat letak kereta (yang bukan dijual kepada pemilik rumah),
taman permainan, kawasan lapang malahan lif, tangga, koridor dan sebagainya
yang bukan didalam rumah penduduk (pemilik) adalah dikira sebagai harta
bersama. Harta bersama ini haruslah ditadbir urus oleh JMB (Badan Pengurusan
Bersama). Didalam sesuatu kawasan pembangunan yang telah ditubuhkan JMB,
Persatuan Penduduk tidak perlu ujud, tambahan jika persatuan tersebut tidak
berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. JMB ini ditubuhkan dibawah Akta yang
boleh disaman dan menyaman.
By: Hj. Mat on Friday, July 17, 2009
at 5:12:03 pm
Adakah JMB boleh menggunakan wang sinking fund untuk membayar kos
operasi kerana wang kutipan tidak cukup. Kos operasi melebihi daripada kutipan
bayaran penduduk.
By: ben on Tuesday, July 14, 2009
at 7:40:24 am
Reply
Saya cuba tolong jawab sikit…mana yang saya tahu.
Seperti yang terdapat di dalam Seksyen 24(d), Akta 663 antara maksud
yang terkandung ialah sinking fund (wang penjelas) boleh digunakan untuk
“apa-apa perbelanjaan lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa”
(JMC). Oleh itu, saya berpendapat, adalah wajar pihak JMC menggunakan sinking
fund untuk membayar kos operasi yang penting (seperti pembayaran bil air dan
letrik, atau pembaikan lif) dari membiarkan kemudahan-kemudahan tersebut
terganggu kerana tidak membayar bil hanya disebabkan ingin mempertahankan
sinking fund yang akan digunakan untuk mengecat bangunan dan sebagainya seperti
didalam Seksyen 24(a),(b) dan (c), Akta 663.
By: Hj. Mat on Friday, July 17, 2009
at 5:02:40 pm
Sebelum ini pihak JMB tempat kami tiada pilihan untuk melantik agen
pengurusan terpaksalah mengunakan ajen yang lama sedia ada. persoalannya apa
tindakan jmb sekiranya ajen pengurusan gagal melaksanakan audit sedangkan
bayaran bulanan untuk perkhidmatan kepada ejen pengurusan tidak pernah miss.
tempoh maksima 15 bulan tinggal sebulan lagi. tolong beri pandangan tindakan
yang harus kami lakukan
Hj. Mat dah jawab kat bawah.
By: azizmddan on Saturday, July 18, 2009
at 5:32:07 pm
Reply
Akum.
saya ingin tertanyakan berapa persoalan yang membuat saya pening kepala.
saya adalah setiausaha JMB dikawasan saya. soalannya:
1. setelah mengambil kira semua caruman dikenakan adalah tidak begitu
ketara iaitu rm37.00. yang memjadi masalah adalah sikap permilik itu sendiri.
meraka tiada mahu membayar caruman yang dikenakan kepada meraka. apakah
tindakan boleh dikenakan?
2. tentang hak milik bersama. setahu saya dikawasan pangsapuri mempunyai
tanah lebih. ada pulak pemilik suka suka membuat rumah tambahan iaitu
memyembung saktur bangunan. memurut aktar serata – pemilik tidak boleh
memrosakkan nama baik bangunan asal atau memganggu saktur bagunan itu sendiri.
apakan kuasa JMB tentang masalah ini.
3. dengan tambahan rumah, malah caruman pulak tidak diindahkan oleh
pemilik malan permilik mengatakan JMB tidak kuasa untuk memambahkan jumlah
caruman tambahan. menurut PBT, jika terdapat rumah tambahan yang dilakukan oleh
pemilik, maka cukai pintu juga dinaikkan, jika tidak rumah tambahan itu akan
dirobohkan.
4. kebanyakan pemilik menpertikaikan kuasa JMB kerana JMB tiada kuasa
atas semua caruman ada hal hal lain. JMB hanya pastikan kawasan meraka terjaga.
yang lain JMB tiada kuasa. apakah itu benar.
sekian
By: Barhanuddin Khalil on Wednesday, July 22, 2009
at 12:04:03 pm
Reply
Perlu difahami yang JMB itu adalah dianggotai oleh semua pembeli
(pemilik rumah) dan juga pihak pemaju. Ahli jawatankuasa yang dilantik
dikalangan JMB itu dinamakan JMC. Oleh itu, semua pemilik rumah adalah ahli di
dalam JMB.
Adalah menjadi kewajipan semua pembeli membayar caj penyenggaraan dan
pengurusan bangunan (seksyen 23, Akta 663).
Sekiranya ada pembeli yang enggan membayar caj penyenggaraan, JMB
melalui AJK (JMC) hendaklah memberikan notis 14 hari untuk pembeli membayar caj
tersebut. Jika pembeli masih gagal membayar, JMB perlu mengemukakan notis 14
hari sekali lagi menuntut bayaran tersebut. Selepas tempoh yang diberikan,
pembeli masih gagl atau enggan membayar caj penyenggaraan yang tertunggak, JMB
boleh meneruskan prosiding mahkamah untuk menuntut bayaran tersebut. (seksyen
32(b), Akta 663).
Pilihan lain ialah selepas 6 bulan pembeli masih gagal membayar, JMB
boleh meminta Pesuruhjaya Bangunan (COB) mengambil tindakan dengan mengeluarkan
waran tahanan apa-pa harta mudah alih milik pembeli dan melelong harta tersebut
selepas 7 hari sekiranya pembeli masih gagal membayar. Wang jualan harta
melalui lelongan ini, setelah ditolak hutang caj tertunggak dan apa-apa
pemotongan lain yang ditetapkan oleh COB akan dikembalikan kepada pembeli.
Peruntukan ini terkandung didalam Seksyen 33, Akta 663.
Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah gagal atau enggan membayar
caj penyenggaraan adalah melakukan kesalahan yang boleh didenda tidak lebih
lima ribu ringgit dan denda selanjutnya tidak lebih lipa puluh ringgit utk tiap
hari kesalahan dilakukan jika disabitkan kesalahan. (Seksyen 34, Akta 663).
Tidak ada sesiapa yang boleh mendirikan apa-apa bangunan tambahan atau
menggunakan harta bersama tanpa persetujuan JMB. Apa yang JMB boleh lakukan
ilah melaporkan perkara ini kepada COB (pihak PBT) untuk diambil tindakan.
By: Hj. Mat on Friday, July 24, 2009
at 11:18:51 am
Mintak maaf mencelah.
seperti mana yang di maklumkan oleh Haji Mat, bagi hak milik strata
tidak di benarkan mencacat atau menambah struktur bangunan
akan menyebabkan proses mendapatkan hak milik strata tertangguh atau
lmbt.
JMB boleh menghantar notis kepada pemilik untuk merobohkan struktur
bangunan tersebut dan jika gagal boleh memohon kepada COB untuk tindakan
lanjut. jika gagal boleh di lanjutkan kepada menteri yang berkenaan.
By: Shariman on Thursday, January 21, 2010
at 11:55:55 am
Pertama kena lihat perlantikan ejen pengurusan itu sendiri. Apabila
dilantik adakah satu perjanjian kontrak yang dibuat diantara JMB dengan ejen
pengurusan? Kalau tak silap saya, apabila sahaja terbentuk JMB dan akaun
Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan atas nama JMB telah dibuka,semua bayaran
caj maintenance perlu dibayar atas nama JMB. Segala pendapatan dan perbelanjaan
sepatutnya ditadbir urus oleh JMB. Kecuali ejen pengurusan yang dilantik oleh
COB mengikut Bahagian VI, Akta 663, kesahihan nya boleh dipersoalkan.
Sekiranya ejen tersebut dilantik sendiri oleh JMB, pihak JMB boleh pada
bila-bila masa mengakses akaun Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan ini dan
menjadi tanggungjawab ejen untuk memberikan kerjasama. Sekiranya JMB mendapati
ejen pengurusan gagal melaksanakan tanggungjawabnya, JMB boleh memberikan notis
dan menamatkan perkhidmatan ejen tersebut, tambahan pula jika tempoh kontrak
telah tamat.
Untuk keterangan lebih tepat, sila rujuk masalah ini kepada Pesuruhjaya
Bangunan (COB) di PBT tempat saudara.
Terima kasih Tn Hj Mat kerana sudi tolong jawab soalan-soalan yang
dikemukakan di sini.
Wassalaam.
Gurindam Jiwa
By: Hj. Mat on Wednesday, July 22, 2009
at 12:31:26 pm
Reply
Selepas JMC ambilalih bangunan, diaorang mula tunjuk belang. Dia buat
macam rumah ni ehsan dari datok moyang diaorang.
Sebelum ni ada paip air kat bawah untuk kemudahan penduduk nak cuci
kereta, tapi dah dicabut. Dulu lori pindah barang boleh naik ke tingkat G dan
park dekat lif, tapi sekarang lori kena park kat LG dan jauh dari lif (Alasan,
ada keretakan).
Paling saya geram bila air saya kena potong hari tu. Saya menyewa tapi
tiap-tiap awal bulan saya bayar bil air dan ‘maintenance fee’ yang terkini.
Saya rasa sebab saya tak bayar ‘Fire Insuran’ yang berjumlah RM73.
Sebab jumlah yang sedikit pun diaorang sanggup menganiaya penduduk.
Boleh ke dia orang buat macam tu? Saya rasa lepas ni mesti diaoarang potong
lagi. Ramai penduduk tak puas hati, tapi tak tahu nak buat macam mana sebab tak
ada meeting antara penduduk dengan management.
For info, kitorang duduk kat pangsapuri kos sederhana (bukan
kondominium) di KL tapi maintenance fee antara RM110 – RM130.
Tolong bagi tunjuk ajar macam mana nak ‘exercise’ hak kami sebagai
penduduk di sini.
Mahal juga yuran penyelenggaraan tu ye. Tapi kos penyelenggaraan di KL
(dan di mana-mana kawasan metropolitan) memang agak tinggi. Tiada apa yang
percuma.
Apapun Insurans Kebakaran tu amatlah penting. Sesal dahulu pendapatan.
Kalau beli rumah dengan pinjaman pun kena beli MRTA.
Jumlah ni kita rasa sedikit bila kita kira duit kita sahaja. Tapi bila
diambil kira semua penduduk sesebuah bangunan, ianya tidaklah kecil.
Boleh bawa perkara ini kepada COB Tempatan.
By: Tun Teja on Wednesday, July 29, 2009
at 7:31:55 pm
Reply
Memang akan timbul masalah yang sebegini terutama jika anda penyewa dan
bukan pemilik rumah. Didalam Akta PBangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan
dan Pengurusan) 2007 hanya menyentuh berkaitan dengan Pemaju, JMB dan JMC dan
COB. Pemilik rumah adalah anggota JMB. Hak-hak pembeli atau ahli JMB memang
termaktub di dalam Akta.
Semasa anda menandatangani perjanjian sewa (Tenancy Agreement), perlu
dijelaskan dengan sejelas-jelasnya tanggungjawab anda dan tanggungjawab pemilik
rumah. Bill maintenance bulanan, premium insurans, bill cukai tanah dan cukai
pintu, bill iwk dsb…pihak mana yang patut bayar. Ada sesetengah perjanjian,
bil-bil seperti maintenance bulanan, bill cukai dan premium insurans adalah
dibayar oleh pemilik rumah dan bukan penyewa rumah.
Masalah timbul bila pemilik rumah tidak menjelaskan bil-bil yang
sepatutnya dijelaskan. Yang akan menjadi mangsa adalah penyewa. Apa yang
penyewa boleh lakukan ialah mengambil tindakan melalui pemilik rumah sebenar.
Dan sekiranya pemilik rumah yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya seperti
didalam perjanjian sehingga menimbulkan kesulitan kepada penyewa, penyewa boleh
melantik peguam untuk prosiding mahkamah.
Undang-undang tidak membolehkan JMC memotong bekalan air kerumah
tambahan lagi jika bill air sentiasa dijelaskan. Anda boleh membuat aduan
kepada COB melalui pemilik rumah atas tindakan JMC terbabit. JMC boleh
mengambil tindakan-tindakan lain yang dibenarkan didalam Akta sekiranya pemilik
rumah gagal menjelaskan tunggakan caj penyelenggaraan.
By: Hj. Mat on Friday, July 31, 2009
at 12:57:14 pm
Salam,
saya ingin bertanya apakah hak setiap pembeli yang membayar maintenance
setiap bulan tetapi services seperti security dan cleaner tidak buat kerja
sepatutnya.JMB di tempat saya services kurang memuaskan tp pembayaran sentiasa harus
di jelaskan.apakah hak kami yg membayar setiap bulan?akibat segelintir penduduk
tidak buat bayaran security dan cleaner di berhentikan tetapi ada penduduk yg
buat bayaran ternyata tiada service?apakah tindakan sewajarnya?lgpun JMB klu
nak suruh buat apa2 bayaran tanpa bg notis atau surat berkenan utk pengetahuan
terus buat tindakan sesuka hati.apakah tindakan itu patut di lakukan kepada
pembeli?
By: yatie on Monday, August 10, 2009
at 3:29:59 pm
Reply
Yatie,
Sekiranya JMC (Ahli jawatan Kuasa JMB) yang telah dilantik tidak
menjalankan tugas dengan sempurna dan memuaskan, ahli-ahli JMB (iaitu pembeli)
boleh memilih AJK baru melalui mesyuarat agong luarbiasa. Caranya ialah dengan
membuat permohonan secara bertulis untuk didakan mesyuarat agong luarbiasa
kepada JMC dengan ditandatangani oleh sekurang-kurang 25% dari jumlah pemilik
unit kediaman yang didaftarkan. Contoh nya jika ada 100 unit kediaman disitu,
surat tersebut harus ditandangani oleh 25 orang pembeli.
Cara kedua ialah dengan melaporkan kepada COB tempat anda tentang
kegagalan JMC berfungsi. Jika COB mendapati ianya memang berlaku, COB boleh
mengarahkan agar satu mesyuarat agong luarbiasa diadakan dan didalam mesyuarat
ini, satu pemilihan baru AJK JMB (JMC) boleh dijalankan.
Amalan yang baik ialah dengan memaklumkan kepada semua pembeli berkaitan
apa2 bayaran yang perlu dijelaskan dengan memberikan notis. Pembeli yang
merupakan ahli di dalam JMB mempnyai hak untuk diberitahu berkaitan sebarang
pembayaran dan kutipan wang yang dijalankan oleh JMC.
JMC perlu berusaha untuk mendapatkan bayaran tunggakan caj
penyelenggaraan dari pembeli-pembeli yang gagal membayar bagi mengelakkan
ketidakcukupan wang di dalam akaun Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan. JMC
boleh menggunakan peruntukan2 di dalam Akta 663, Seksyen 32.
Terima kasih Tn Hj Mat. Boleh jadi konsultant ni.
By: Hj. Mat on Wednesday, August 12, 2009
at 11:12:33 am
Reply
Hj Mat..
Ni yang 25% tu semua pemilik termasuk yang tak bayor maintenance fee
ke?..kalau macam tu selalu ler EGM..pasal biasa kat Kondo ..lebih kurang 25%
tak bayo maintenance…ha ha ha…
By: Arip on Friday, June 25, 2010
at 11:38:18 am
Assalamualaikum. Hari ini 17.8.09, air dirumah saya kena potong
lagi.
Pada 1.8.09 saya memang dah bayar bill air dan maintenance fee yang
terkini. Beberapa hari kemudian, dapat bill air bulan Julai dated 1.8.09
berjumlah RM44.15 dan tentulah akan dibayar selepas dapat gaji hujung bulan ni.
So, alasan JMC kena potong air sebab tertunggak sebanyak RM228.60.
(Maintenance RM113.10, Air RM44.15 dan Fire Insurance RM71.35)
Sebelum potong air, JMC cuma tampal dekat ‘NOTICE BOARD’ mengatakan air
akan dipotong pada 17.8.09 bagi mereka yang ada tunggakan.
Saya andaikan oleh kerana saya sentiasa membayar bill terkini tiap-tiap
bulan, saya tidak perlu menghiraukan notis tersebut. Malangnya saya
salah.
Jiran saya mengalami nasib yang sama. Dia juga membayar maintenance fee
dan bill air tiap-tiap bulan. Oleh kerana dia pembeli rumah (owner), dia telah
mengambil ‘fire insurance’ dari pihak bank. Jadi dia tidak mahu membayar fire
insurance kepada JMC.
Untuk pengetahuan, tempat tinggal kami cuma ada kemudahan lif (3 buah
lif setiap bangunan, 25 tingkat) dan taman permainan yang kecil. TIDAK ADA
kolam renang. RM113.10 yang saya bayar tiap-tiap bulan hanya untuk menggunakan
lif sahaja.
Tolong kami dan fahami kami melalui kacamata penduduk yang ingin hidup
aman. Bukan dari kacamata JMC.
Terima kasih.
Tentang Fire Insurance tu, asasnya ia adalah tanggungjawab pemilik. Tapi
kalau pemilik lepaskan tanggungjawab itu kepada penyewa, ia jadi tanggungjawab
penyewa. Jadi kena rujuk Tenancy Agreement lah seperti saranan Hj. Mat sebelum
ini.
1. Elok jumpa JMC dan bincangkan isu ini. Kadang tu kalau bincang dengan
suara perlahan, boleh selesai.
2. Kalau tak selesai juga, pakat dengan jiran yg sama masalahnya, dan
cuba komplen kepada COB. COB sebagai moderator sepatutnya boleh bantu dalam
perkara sebegini.
3. Kalau tak selesai juga, cuba bawakan dan sensasikan ke media seperti
Sinar Harian dan Harian Metro, misalnya.
4. Cuba join Facebook Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik. Saya
nampak dia rajin menjawab aduan-aduan warga kota. Mana tau, ada rezeki, masalah
Tun Teja boleh selesai bila mengadu di situ. Tak kisahlah tentang kecenderungan
politik. Dia jalankan tugas dia, kita mainkan peranan kita.
Saya maklum kedudukan Tun Teja, jadi saya harap sambil berusaha dapatlah
kiranya Tun Teja bersabar dan berdoa.
Saya juga doakan agar masalah Tun Teja ini dapat diselesaikan dengan
segera. Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia.
Ini sahaja yang dapat saya bantu di sini. Maafkan saya. Manalah Hj. Mat
kita ni… :-)
By: Tun Teja on Tuesday, August 18, 2009
at 12:31:16 am
Reply
Terima kasih atas nasihat saudara.
Sekiranya saya rajin, mungkin saya akan mengumpulkan penduduk2 yang juga
tidak berpuas hati untuk tampil membuat aduan kepada COB atau ke ‘facebook’
Raja Nong Chik kelak.
Walaubagaimanapun, bolehkah saudara memberi alamat penuh dan no. telefon
COB. Saya sudah cuba mencari dalam internet tetapi belum berhasil.
Apapun saya ingin mengucapkan terima kasih atas respon anda dalam forum
ini. Selamat Menyambut Ramadan.
Alahai, setiap PBT ada COBnya sendiri. Tun Teja di kawasan PBT mana?
Kalau di KL, Google aje COB DBKL akan terus dapat maklumatnya.
Apa pun, buat masa ini, COB DBKL ialah di capaian ini.
Untuk sepanjang bulan Ramadhan, FB Hour Raja Nong Chik ialah setiap Rabu
jam 4 – 5 petang.
Selamat Menyambut Ramadhan untuk Tun Teja juga. Terima kasih.
By: Tun Teja on Tuesday, August 18, 2009
at 7:48:22 pm
Reply
Aslmkm dan Selamat Berpuasa.
Sebenarnya saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada sambil membantu
Gurindam Jiwa dalam menjawab beberapa persoalan yang sering ditanyakan. Kalau
nak appoint jadi consultant, nanti kena bayar fees pulak…..
Masalah jiran Tun Teja yang telah membeli Fire Insurance sendiri, ianya
adalah untuk petak atau unit yang beliau beli itu sahaja. Insuran untuk
keseluruhan bangunan yang juga melibatkan harta bersama (common property)
seperti dewan, tadika, tangga, korodor, lift, taman permainan dan sebagainya
malahan bumbung bangunan itu sendiri juga perlu diambil. Insurans ini bukan
sekadar untuk kebakaran, tetapi juga untuk perkara-perkara lain yang diberikan
perlindungan.
Contohnya, jika berlaku kerosakan bumbung bangunan disebabkan angin
kencang, siapa yang akan menanggung kos membaiki kerosakan tersebut? Pihak
pemaju tidak boleh sentiasa dipertanggungjawabkan. Jadi perlu menggunankan duit
JMB atau boleh juga guna duit sinking fund sekiranya ada. Atau buat kutipan
dari setiap penduduk. Tetapi sekiranya ianya di insurankan, syarikat insuran
lah yang akan membiayai kos pembaikan ini. Oleh itu, semua penduduk adalah
wajar dan WAJIB membayar premium untuk insuran bangunan tersebut walaupun
mereka telah membeli Fire Insurance berasingan untuk unit mereka.
Sebenarnya kebanyakan bank bersetuju untuk menggunakan insuran bangunan
(kebiasaan nya insuran bangunan ini termasuk insuran kebakarana) itu untuk dijadikan
sebagai syarat memberikan pinjaman. Pembeli hanya perlu mendapatkan salinan
polisi dan premium yang dibayar dan diserahkan kepada pihak bank.
Berkaitan dengan pemotongan air untuk unit Tun Teja pula, seperti yang
telah saya jelaskan sebelum ini, tindakan tersebut adalah satu tindakan yang
boleh dipersoalkan dan boleh dicabar dimahkamah kerana tiada peruntukan di
dalam Akta yang membolehkan JMC memotong bekalan air sekiranya penduduk gagal
membayar caj penyenggaraan. Tetapi rata-rata inilah yang berlaku dan sebenarnya
inilah cara yang paling mudah dan berkesan bagi memaksa penduduk membayar caj
penyenggaraan. Di kebanyakan tempat, pihak pengurusan atau JMC selalunya akan
melakukan pemotongan air ini setelah penduduk gagal untuk mebayar caj
penyenggaraan melebihi bulan. Tetapi jika tertunggak baru 2 minggu dah nak kena
potong, Tun Teja boleh lah berdepan dengan mereka dan persoalkan tindakan
tersebut.
Memandangkan JMB adalah satu badan yang boleh menyaman dan disaman
seperti yang dijelaskan di dalam Seksyen 4(3), Bahagian III, Akta 663, Tun Teja
bolehlah melantik seorang peguam untuk mencabar tindakan pemotongan air yang
dilakukan ini sekiranya mahu.
TETAPI, sekiranya ingin menjaga keharmonian dan perhubungan baik
diantara penduduk dan pihak Ahli Jawatan Kuasa JMB, selesaikan lah perkara ini
dengan perbincangan. Yang paling penting, caj penyenggaraan mesti dibayar
kerana JMB hanya dapat befungsi dengan bayaran yang dikutip dari penduduk. JMB
selalaunya tidak mempunyai apa-apa harta yang boleh disewakan untuk mendapatkan
sumber kewangan.
Kita juga harus faham yang ahli-ahli Jawatan kuasa JMB ini adalah
berkhidmat secara sukarela dan sebenarnya kebanyakan mereka terpaksa melakukan
berbagai cara untuk mendapatkan kutipan bulanan bagi memastikan kelancaran perjalanan
JMB ditempat masing-masing. Jadi jalan terbaik adalah dengan perbincangan dan
bantu-membantu diantara penduduk dan pihak JMB.
Wassalam.
Terima kasih Hj. Mat. Topik lain pun boleh juga komen, kalau sudi.
Salaam Ramadhan.
By: Hj. Mat on Monday, August 24, 2009
at 11:00:29 am
Reply
Baru-baru ini, kenderaan saya di kunci didalam kawasan apartment yg saya
tinggal. Dan terpanggil saya untuk mengetahui beberapa perkara tentang mengunci
kenderaan di kawasan pentadbiran JBM.
1. Di bawah akta apakah yg diguna pakai untuk melaksanakan undang-undang
tersebut? (adakah JBM boleh menggunakan house rules)
2. Bagaimana pula duit yang di punggut bagi hasil penguncian kenderaan
oleh pihak pengawal yang dilantik, adakah akan di serahkan kepada pihak JBM
atau kemana?
Ini kerana pihak Majlis (contoh terbaik MBPJ) telah tidak mengunapakai
undang-undang mengunci kenderaan (di mansuhkan oleh SUK) seingat saya la.
Bagaimana pula pihak JBM boleh menggunakan undang2 seperti ini.
Soalan pertama saya tak dapat jawab lagi. Mungkin Tn Hj Mat boleh
tolong.
Untuk soalan kedua, eloklah bertanya dengan JMB sekiranya mereka yang
mengenakan caj membuka kunci kereta tersebut.
By: Syed Azharitz on Tuesday, September 1, 2009
at 7:27:27 am
Reply
Assallamualaikum. Maaf kerana lambat respons. Lama juga saya tak jengah
blog Mazle ni.
Berkaitan dengan soalan Syed Azharitz tentang keretanya dikunci di dalam
kawasan apartment beliau tinggal, memang tidak terdapat sebarang akta yang
spesifik untuk dirujuk. Pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) menggunakan
Kaedah-Kaedah Dalaman (House Rules) di dalam menguatkuasakan peraturan yang
difikirkan sesuai. Kaedah-Kaedah Dalaman (House Rules) ini dibenarkan dibuat
atau digubal sendiri oleh JMB mengikut kesesuaian satu-satu tempat seperti yang
diperuntukkan di bawah Perkara 8(2)(f) : Tugas dan kuasa Badan Pengurusan
Bersama dan Perkara 14 : Kaedah-Kaedah Dalaman, Akta 663.
Wang yng dikutip hasil penguncian kereta tersebut MESTI diserahkan
kepada pihak JMB untuk dimasukkan kedalam akaun kumpulan wang penyenggaraan.
Pihak pengawal keselamatan yang dilantik telah dibayar gaji oleh JMB untuk
melaksanakan tanggungjawab dan tugasan yang diberikan termasuklah
penguatkuasaan meletak kereta, dsb. Mereka hanya boleh mengutip wang bagi pihak
JMB sahaja. Pastikan setiap pembayaran diberikan resit JMB kerana ianya boleh
diaudit kemudian hari.
Terima kasih Hj. Mat. Bulan puasa ni kurang masa untuk berinternet ye.
By: Hj. Mat on Tuesday, September 8, 2009
at 2:49:45 pm
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan kepastian lebih lanjut, siapa
yang berhak menentukan kadar ‘maintenance fee’. Adakah JMB sendiri atau majlis
perbandaran. Oleh kerana maintenace fee di sini agak mahal, adakah cara untuk
dapatkan pengurangan.
Mengikut sumber, pelan asal perumahan di sini adalah kondo. Namun
terbengkalai, dan digantikan dengan pangsapuri. Sebab itulah cajnya tinggi.
Untuk rate air pula, kami di caj RM1.38.
Apa pendapat tuan?
Kalau mengikut jawapan kepada Soalan 4 di atas, antara tanggungjawab JMB
ialah “menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan.” Bagi caj yang dirasakan
agak mahal, elok di bawa berbincang. Tanya AJK tentang perbelanjaan JMB. Kalau
tak dapat, bila Mesyuarat Agung, cuba teliti Laporan Kewangannya. Saya memang
bersimpati dengan penduduk/pemilik. Pada masa yang sama, JMB juga memikul
beban/tanggungjawab yang berat/besar. Dan JMB itu sebenarnya adalah pemilik
seperti Tun Teja juga yang sama-sama kena bayar caj penyenggaraan dan caj air.
By: Tun Teja on Friday, September 4, 2009
at 6:19:21 am
Reply
Assallamualaikum Gurindam Jiwa dan Tun Teja. Saya cuba bagi pendapat
sikit.
Memang benar, kadar caj penyenggaraan (maintenance fee) adalah
ditentukan oleh JMB dan bukan pihak Majlis atau PBT. Penentuan caj
penyenggaraan ini adalah diputuskan di dalam agenda Mesyuarat Pertama Penubuhan
Badan Pengurusan Bersama. Ianya diperuntukkan di bawah Subseksyen 6(1)(c), Akta
663. Selain itu, kadar yang dikenakan kepada setiap pembeli mungkin berbeza
sekiranya keluasan unit apartment yang didiami tidak sama. Ini adalah kerana
peruntukan Subseksyen 23(2), Akta 663 memperuntukkan caj penyenggaraan yang
kena dibayar oleh pembeli itu hendaklah ditentukan oleh Badan (JMB) berkadaran
dengan unit syer yang di’allocate’kan. (Bab ni teknikal sikit….kalau kurang
jelas, nanti lain masa saya jelaskan.)
Cara untuk mendapat pengurangan adalah melalui Mesyuarat Agong Tahunan.
Sekiranya majoriti bersetuju untuk diturunkan Caj Penyenggaraan, maka bolehlah
diturunkan. Tetapi sebarang keputusan penurunan, perlu dikaji oleh semua pihak,samada
caj penyenggaraan yang terkumpul nanti boleh membayar segala macam bil dan kos
penyenggaraan yang bakal diselesaikan. Dari pengalaman saya, untuk sebuah
apartment tanpa kolam renang, kadar caj penyenggaraan 12sen sekaki adalah
munasabah. Ini bermakna jika sebuah apartment itu mempunyai 1000 kaki persegi,
caj penyenggaraan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM120.00 sebulan. Ada juga
tempat-tempat lain yang mengenakan caj penyenggaraan yang lebih tinggi.
Samada ianya kondo atau pangsapuri, ianya tidak menjadi persoalan. Tun
Teja kena lihat apa kemudahan yang ada di pangsapuri tersebut. Adakah kawalan
keselamatan 24 jam dengan jumlah pengawal yang ramai? Kerana semakin ramai
pengawal, semakin selamat harta benda kita (konon nya), tetapi sudah semestinya
semakin mahal bayaran kepada syarikat pengawal keselamatan tersebut. Berapa
buah lift yang disediakan? Adakah kerap rosak? Semakin kerap rosak, semakin
besar belanja yang perlu dikeluarkan. Berapa banyak lampu taman, lampu koridor,
lampu tangga yang dipasang? Penduduk akan marah jika tidak cukup terang, tetapi
semakin banyak lampu, semakin tinggi bill yang perlu dibayar….dan
bermacam-macam lagi yang perlu di lihat dan diambil kira.
Tentang bill air RM1.38 semeter padu yang dicaj oleh pihak JMB, memang
itulah amaun yang kena dibayar kepada SYABAS. Pihak JMB tidak ‘mark-up’ pun
kadar tersebut. Ini adalah kerana apartment tempat Tun Teja tinggal masih
menggunakan meter pukal (bulk meter). Kadar tersebut adalah dibawah tarif kod
17 untuk Domestik – Meter Pukal dimana dinyatakan “mana-mana bangunanatau
struktur bertingkat dengan unit-unit yang digunakan sebagai rumah kediaman,
dengan atau tanpa kedai dan / atau kemudahan rumah kelab, dimana air dibekalkan
melalui Meter Pukal” kadar yang perlu dibayar ialah RM1.38 semeter padu dan
RM173.00 bayaran minima sebulan. Sekiranya telah ditukar (migrasi) kepada meter
individu, kadarnya jauh lebih rendah iaitu RM0.57 (0-20 meter padu), RM1.03
(lebih dpd 20-35 meter padu), RM2.00 (35 meter padu ke atas). bayaran minima
sebulan adalah RM6.00. Tetapi migrasi atau pertukaran dari meter pukal kepada
meter individu adalah satu proses yang agak rumit. Lain kali saya ceritakan
lebih detail kalau Tun Teja perlu tahu. Jika dibandingkan dengan rumah banglo
atau rumah teres, memang kadar bayaran air untuk pangsapuri lebih tinggi kerana
rumah teres mahupun banglo menggunakan meter individu. Jadi kadarnya adalah
seperti yang saya terangkan di atas…..(Heh..heh…jangan kata saya kerja dengan
SYABAS pulak ye!)
Dalam bab air ni, memang saya bersyukur menggunakan meter individu. Saya
pun tidak faham hikmah meter pukal ni, kecuali kalau nak beri air percuma.
Nampak lebih banyak negatif dari positifnya. Ibu saya tinggal di PPR DBKL,
memang airnya lebih mahal dari air di rumah saya. Kalau langsung tak guna air
pun, bayaran minimanya ialah rm18 sebulan!
Penghijrahan dari meter pukal ke meter individu memang rumit. Namun
telah ada JMB yang sudah akhirnya berjaya membuat pertukaran tersebut. Dan
ianya banyak memberi manfaat kepada pemilik/penduduk, walaupun penukaran ini
melibatkan kos juga.
Jadi, pada hemah saya, penukaran ke meter air individu haruslah menjadi
salah satu matlamat utama penubuhan JMB bagi rumah pangsa yang menggunakan
meter air pukal.
Saya juga berharap para pengadu di posting ini cuba berusaha untuk
melihat dari pihak JMB juga, kerana menguruskan pangsapuri ini bukanlah mudah.
Bermacam ragam dari semua pihak. Mungkin itulah sebabnya diadakan Akta ini.
Cubalah bersilaturrahim dengan JMB ini yang mana ahlinya ialah para pemilik
juga. Hadirkan diri di Mesyuarat. Ambil tahu apa yang berlaku dalam JMB,
dapatkan kata sepakat.
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Muafakat membawa
berkat.
Wallahua’lam.
By: Hj. Mat on Tuesday, September 8, 2009
at 3:41:44 pm
Salam,
Soalan saya adakah JMB/JMC berkuasa utk melupuskan (waive) bayaran
penalti (10%) yang dikenakan kepada penduduk yang lewat membayar caj
penyenggaraan bulanan. Cadangan ini bertujuan untuk menggalakkan penduduk
menjelaskan jumlah bayaran tertunggak yang semakin meningkat.
Sekian, terima kasih.
Ya Pok Dik. Polis pun boleh bagi diskaun saman. Mahkamah pun boleh
ringankan hukuman. Allah lagi Maha Pengampun.
By: Pok Dik on Wednesday, September 9, 2009
at 1:43:04 pm
Reply
Betul tu…JMB memang mempunyai kuasa untuk bagi diskaun atau waive
penalti ni. Ada juga JMB yang memberi kelonggaran agar bayaran tunggakan dibut
secara ansuran. Ini semua adalah terpulang kepada creativity dan kebijaksanaan
JMB untuk mengutip caj penyenggraan yang tertunggak.
By: Hj. Mat on Friday, September 11, 2009
at 11:50:12 am
Assalamualaikum
Terima kasih kerana menjawab soalan-soalan saya dengan panjang lebar.
Saya semakin faham tetapi masih banyak yang hendak ditanya. Harap masih sudi
membantu.
Untuk pengetahuan tuan, JMB mengambil alih pengurusan di sini sudah 1
tahun lebih. Sepanjang tempoh tersebut, tidak pernah diadakan meeting antara
pengurusan dengan penduduk. Semua tindakan yang diambil ditentukan oleh JMB
sahaja. Jadi kami tidak berpeluang bertanya atau argue.
Penyata kira-kira pula hanya di tampal di notice board setiap blok. Ada
penduduk yang minta salinan, tetapi tidak dilayan. Lagi pula “kos sebenar
(actual cost) dan anggaran perbelanjaan (budget expenditure)” bulanan
dimasukkan dalam satu penyata dan di TOTALkan. Ini menyebabkan kami tidak
nampak baki sebenar.
Perbelanjaan bulanan seperti water pump (amout estimated), lift
maintenace, gate barier dan fogging antaranya diambil setiap bulan dan
jumlahnya sama sahaja (tidak flactuate). Adakah memang sepatutnya begitu?
Kami ada 10 orang guard dan jumlah ‘security services’ bulanan adalah
sebanyak RM18,984.32 sebulan. Adakah jumlah itu ‘reasonable’?
Terdahulu JMC mengambil RM1,000.00 setiap bulan bagi meeting mereka.
(tak pasti berapa kali meeting diadakan tiap-tiap bulan). Tetapi setelah disoal
oleh beberapa penduduk, JMC menukar pula jumlahnya kepada RM50.00 sahaja.
(Tampal Penyata Kira-Kira yang baru di notice board). Bukankah ianya lucu?
Lagi, JMC membelanjakan RM11,560 untuk postage dan printing bagi JMC
meeting tahun lalu (one time cost). Saya rasa amount tu macam ‘burst’ saja.
Minit mesyuarat pun kami tak dapat…
Oh ya, pasal bulk meter untuk air, agak-agak berapa lama procedure
menukar kepada individu meter? Kos nya pula agak-agak berapa untuk anggaran 850
unit rumah? Mungkin boleh dijadikan agenda ‘things to be done’ tahun depan oleh
JMC.
Sorrylah, saya ni banyak komplain dari memuji. Jangan marah saya… babai
and tankkiu.
By: Tun Teja on Friday, September 11, 2009
at 1:38:56 am
Reply
Wa alaikum salam Tun Teja. Banyak jugak soalan Tun Teja ni….kalau ada
Mesyuarat Agong Tahunan, mesti Tun Teja yang jadi srikandi ni….
Saya tolong bagi penjelasan lah sikit. Untuk tatapan semua. Harap2 Gurindam
Jiwa tak marah ye….kalau tak betul, tolonglah tokok tambah dan perbetulkan.
Untuk soalan pertama, berkaitan dengan mesyuarat diantara penduduk
dengan pihak pengurusan, adalah menjadi kewajiban JMB untuk mengadakan
Mesyuarat Agong Tahunan pada tiap-tiap tahun dan tidak boleh lebih 15 bulan
luput antara tarikh satu mesyuarat agung tahunan dengan yang berikutnya seperti
termaktub di bawah Subseksyen 9(2), akta 663. Selain itu, penduduk juga boleh
meminta diadakan mesyuarat agong luarbiasa seperti yang telah saya jelaskan
sebelum ini (semak posting saya bertarikh 12hb. August 2009) untuk cara
mengadakan Mesyuarat Agong Luarbiasa.
Soalan kedua, adalah menjadi hak pembeli berdaftar yang juga ahli JMB
meminta AJK JMB atau JMC mengemukakan penyata kewangan. Permohonan seharusnya
secara bertulis. Sila semak posting saya bertarikh 17hb. July 2009 berkaitan
perkara ini.
Saya tidak lah berhasrat untuk mengulas detail berkaitan perbelanjaan
dan apa-apa berkaitan dengan hal-ehwal dalaman JMB tempat Tun Teja kerana saya
rasa kurang sesuai. Saya hanya cuba membantu menjelaskan serba sedikit
berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab JMB, pembeli dan pemaju sert COB
seperti di dalam Akta. Harap Tun Teja faham kedudukan ini.
Walaubagaimanapun, secara amnya ada jenis2 perbelanjaan yang
dikontrakkan. Contohnya lift servicing. Kebiasaannya ianya dikontrakkan kepada
syarikat penyenggara lift untuk amaun yang tetap. Begitu juga maintenance pump,
maintenance peralatan kebombaan dan lain2. Mungkin dikontrakkan untuk sekian
amaun bagi tiap-tiap bulan. Kecuali ada kerosakan besar dan penggantian
spare-parts, selalunya amaun yang dikontrakkan tidak menampung. Disitu barulah
ada fluctuation yang dimaksudkan. Sekiranya tiada kerosakan besar, hanya
routine meintenance dan kerosakan kecil, biasanya amaun yang dibayar adalah
tetap.
Berkenaan dengan ‘security service’ pula, samada ianya reasonable atau
tidak, hanya Tun Teja, para penduduk lain serta JMB sendiri yang dapat menilai.
Dari kiraan kasar saya, syarikat pengawal keselamtan tempat Tun Teja mengenakan
bayaran sekitar RM5.18 untuk satu jam perkhidmatan (termsuk segalanya). Untuk
pengetahuan Tun Teja, di Malaysia ini ada beratus-ratus syarikat pengawal
keselamatan. Bayaran perkhidmatan juga berbeza-beza dari semurah RM3.80 sejam
hinggalah RM7.00 sejam. Jadi kurang adil lah jika saya atau pun orang luar yang
menilai bayaran tersebut.
Akhir sekali berkaitan dengan migrasi dari bulk meter kepada meter
individu. Secara ringkasnya, ada 2 perkara besar yang merumitkan proses migrasi
ini. Pertama, syarat untuk kelulusan migrasi ini ialah kesemua 850 orang
penduduk (100%) bersetuju dengan pertukaran ini. Kesemua penduduk kena membayar
semula deposit meter dan menandatangani kontrak bekalan air dengan SYABAS.
Andainya dari 850 orang penduduk, hanya seorang enggan berkerjasama….maka
proses ini TIDAK DAPAT dilaksanakan. Kedua, mungkin akan ada kos yang terlibat
dan jumlahnya boleh jadi besar atau kecil. Bilamana permohonan dilakukan, satu
pasukan juruteknik dari SYABAS akan datang membuat pemeriksaan terhadap sistem
pemasangan baip yng telah sedia ada. Sekiranya sistem paip yang dipasang tidak
begitu sesuai dengan pemasangan meter individu yang akan dipasang, pembaikan
perlu dilakukan. Kos pembaikan ini perlu ditanggung oleh pemohon. dalam hal ini
jika JMB yang memohon, maka JMB yang akan tanggung kos tersebut. Sudah tentu
JMB akan membuat kutipan dari semua penduduk kerana JMB tidak mempunyai sumber
kewangan untuk perkara sedemikian. Pemaju juga tidak boleh
dipertanggungjawabkan kerana pemaju telah membina dan memasang paip tersebut
berdasarkan kelulusan SYABAS untuk sistem meter pukal sebelum ini. Tidak adil
lah masalah ini diletakkan dibahu pemaju. Jadi…..sekiranya JMB tempat Tun Teja
serta semua penduduk bersedia, silakan buat permohonan….
Itulah sahaja penerangan ringkas dari saya….pergh….letih gak pose-pose
ni nak layan Tun Teja ni…betul tak Gurindam Jiwa?
He he… mungkin boleh mintak belanja bukak pose sesekali… Just kidding.
Untuk kebaikan semua. Soalan sebegini sebenarnya ramai yang nak juga bertanya,
tapi malu, malas, dan sebagainya. Terima kasih semua. Tak sangka posting ni
boleh jadi macam ni. Alhamdulillah.
By: Hj. Mat on Friday, September 11, 2009
at 11:42:53 am
Kredit Sumber: http://jmbtamansejahtera.blogspot.my/2011/04/beberapa-soal-jawab-terhadap-jmb-dan.html?m=1
Sumber asal: https://mazlan.wordpress.com/2008/07/19/apakah-badan-pengurusan-bersama-joint-management-body-jmb/
No comments:
Post a Comment