Tarikh : 5 OGOS 2010 ( KHAMIS )Tempat :Bilik Latihan RenaTanda | ||||||||||||||||
Aktiviti kawalan dan pencegahan nyamuk aedes di tempat kerja khususnya di kawasan kilang dapat membantu pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menangani masalah peningkatan demam denggi di kawasan pentadbiran MBSA.
Seramai 100 peserta seminar yang terdiri daripada pegawai sumber manusia, penyelia asrama pekerja, pegawai keselamatan dan kesihatan pekerja dan pengusaha serta pemilik kilang sekitar Shah Alam telah diberikan penerangan dan pendedahan berhubung prosedur pengawalan nyamuk. Hasil pemantauan di kawasan premis kilang dan asrama pekerja didapati antara punca pembiakan nyamuk adalah keadaan struktur bangunan yang membenarkan air bertakung seperti “gutter” yang tersumbat, floor trap yang terbuka serta kurang kesedaran di antara segelintir pekerja yang tidak memahami bagaimana nyamuk boleh membiak.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) amat serius dalam menangani masalah nyamuk aedes ini dan berharap untuk mendapat kerjasama warga kota Shah Alam untuk bersama-sama berganding tangan bagi memastikan Shah Alam bebas daripada penyakit demam denggi ini. Ini termasuklah memastikan kawasan sekitar bebas daripada sampah sarap dan sentiasa mengamalkan cara pembuangan sampah yang betul. Melalui seminar setengah hari ini diharapkan dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada peserta cara-cara untuk mengenalpasti dan memusnahkan punca-punca pembaikan nyamuk di tempat bekerja dan asrama pekerja.
Pada masa yang sama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyeru dan mengingatkan kepada warga kota Shah Alam supaya dapat mengambil masa selama 10 minit sahaja pada setiap minggu untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah sama ada di dalam mahupun luar rumah dengan memastikan tiada tempat atau bekas yang boleh menakung air seperti pam tandas, pasu bunga dan juga tangki simpanan air atau kolah serta bekas-bekas lain yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Sebarang pertanyaan berhubung masalah denggi boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Denggi, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di talian 03-55222793 (waktu pejabat). | ||||||||||||||||
| ||||||||||||||||
Thursday, August 5, 2010
Seminar Pengawalan Nyamuk Di Tempat Kerja Anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam
Friday, July 30, 2010
Syabas warns company against cutting water supply
Syabas warns company against cutting water supply
by Alyaa Alhadjri
| |
| Selangor EXCO (Housing, Building Management and Squtter) Iskandar Abdul Samad with SUHAKAM Commissioner Muhammad Sha’ani Abdullah visit Taman Kinrara Puchong low cost apartment. |
KUALA LUMPUR (July 27, 2010):
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) has warned that it will not hesitate to take legal action against a building management company if it persists in cutting water supply to low-cost flats in Taman Kinrara.
“Only Syabas has the authority to cut water supply to any premises, and only for non-payment of water charges,” said its senior manager, southern region, Kelvin Siew.
“Any party found guilty of disrupting water supply to any premises can be charged under Section 125 of the Water Services Industry Act 2006,” he said.
He was responding to complaints from residents of the flats against their building management, Puchong Teamwork Corporation Sdn Bhd.
Residents said PTC had since December last year disrupted their water supply by tampering with the Syabas meters and cutting the pipes for alleged arrears in payments.
They claimed that PTC officers had engaged in acts of gangsterism when they wanted to collect payment.
The company charges each household RM48 a month for maintenance fees, but residents claimed some of them had to pay the company thousands of ringgit in arrears, plus interest.
Syabas today visited the affected residents, together with representatives from the National Water Services Commission (SPAN), Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) and Selangor executive councilor in charge of Housing, Building Management and Squatters, Iskandar Abdul Samad.
They were shown how several pipes connected to one water meter had been cut through.
“Previously, they also locked our water meters, and when we broke the lock, they tried other ways to cut our water supply,” said resident P. Rajendran.
Span head of enforcement Ashwar Aziz said a meeting will be called next week with representatives from PTC and the residents to find a solution to the problem.
Ashwar reminded PTC not to take action that is against the law.
“It does not matter if the residents have not paid their maintenance fees. PTC has no power to cut off the water supply,” he said.
Meanwhile, Iskandar said he would check with the Subang Jaya Municipal Council if similar complaints have been made against the company.
Updated: 08:05 pm
Tue, 27 Jul 2010
the Sun
Saturday, April 17, 2010
MESYUARAT MAJLIS KERJA BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB "PK SEK:7 COMMITTEE" 2009/2010
MESYUARAT MAJLIS KERJA
BADAN PENGURUSAN BERSAMA
“PK SEK: 7 COMMITTEE 2009/2010
1. MUKADIMAH
Badan Pengurusan Bersama “PK Sek: 7 Committee” adalah sebuah badan yang ditubuhkan dibawah Akta 663 (Pengurusan & Penyelenggaraan Harta Bersama). Badan ini secara rasminya ditubuh pada 7 Mei 2008 dan dipengerusikan oleh Dato’ Haji Abdul Hanif iaitu wakil dari Pihak Pemaju PCM Bina Sdn Bhd.
Sepanjang tempoh tersebut, pengurusan penyelenggaraan dijalankan oleh agen yang dilantik oleh pihak pemaju iaitu PSD MANAGEMENT SERVICES SDN BHD. Pada mesyuarat 17 Januari 2009, En. Hj Shahrir Bin Shahodin telah dilantik sebagai pengerusi baru menggantikan Dato’ Haji Abdul Hanif. Oleh kerana dipihak PSD MANAGEMENT SERVISES SDN BHD terdapat masalah kelemahan dari segi pengurusan maka pada 18 Januari 2009, JMB telah bermesyuarat dan memutuskan untuk mengambil alih pengurusan penyelenggaraan. Pada 1 Februari 2009 JMB secara rasminya mengambil alih urusan penyelenggaraan di pusat komersil seksyen 7. Pada 25 Julai 2009 Mesyuarat Agung Pertama telah diadakan dan satu j/kuasa baru yang dipengerusi oleh En.Hj Shahrir Bin Shahodin telah dilantik .
2. PENYUSUNAN PENTADBIRAN
Mesyuarat Agung Pertama pada 25 julai 2009 lalu telah mengesahkan perlantikan A/jawatan kuasa baru untuk tahun 2009/2010
| BIL | NAMA | JAWATAN |
| 1. | HJ SHAHRIR BIN SHAHODIN | PENGERUSI |
| 2. | MOHD RAZIB BIN MUSTAFA | SETIAUSAHA |
| 3. | HJH FARIDAH BINTI MOHAMED ALI | BENDAHARI |
| 4. | AZMINUDDIN BIN MOHD NAWAWI | AJK |
| 5. | SAHARUDDIN BIN LIN | AJK |
| 6. | ROSLAN BIN RAZALI | AJK |
| 7. | NOORHAYATI BIN MUHAMAD | AJK |
| 8. | NIK MOHD SANUSI BIN NIK MUSTAPHA | AJK |
| 9. | CHE ABD GHANI BIN CHE LAH | AJK |
| 10. | DATO’ HJ ABDUL HANIF & PN HALIMATON | WAKIL PEMAJU |
3. MESYUARAT MAJLIS KERJA
Sepanjang tempoh 1 Ogos 2009 hingga 17 April 2010 A/Jawatan kuasa JMB telah bermesyuarat adalah seperti berikut:-
Ahli Jawatankuasa Baru 2009/2010
Mesyuarat AJK 1 | 09/08/2009 |
| Mesyuarat AJK 2 | 03/10/2009 |
| Mesyuarat AJK 3 (Bersama Pihak Restoran) | 17/10/2009 |
| Mesyuarat AJK 4 | 14/11/2009 |
| Mesyuarat AJK 5 | 26/12/2009 |
| Mesyuarat AJK 6 (Bersama Pihak Insuran) | 09/01/2010 |
| Mesyuarat AJK 7 | 24/01/2010 |
| Mesyuarat AJK 8 | 27/01/2010 |
| Mesyuarat AJK 9 (Bersama Pihak Peguam) | 03/02/2010 |
| Mesyuarat AJK 10 | 06/03/2010 |
| Mesyuarat AJK 11 | 27/03/2010 |
| Mesyuarat AGM ke-2 | 17/04/2010 |
Mesyuarat Agung: KATA-KATA ALUAN PENGERUSI JMB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh penduduk, pemilik unit pangsapuri dan kedai Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.
Syukur dengan izin Allah, dapat kita berkumpul hari ini bagi mengadakan Mesyuarat Agung ke-2 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”.
Pada kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada penduduk yang memberikan sepenuh kerjasama kepada warga kerja serta ahli jawatankuasa JMB bagi menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang penggal 2009/2010.
Sokongan dan kerjasama dari penduduk telah memudahkan pihak yang yang berkenaan untuk menjalankan tugas mereka bagi mengurus serta menyelenggara kawasan pusat komersil seksyen 7.
Penggal 2009/2010 juga menyaksikan beberapa seminar telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa JMB bagi memantapkan pemahaman tentang cara bagaimana untuk menguruskan dan mengendalikan pengurusan harta bersama mengikut Akta (663) yang dikendalikan oleh pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Pihak Lembaga Perumahan Selangor.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Yaakub Sapari/Datin Norini dan En Rizal Mawi kerana sudi hadir untuk memberi sokongan kepada pihak kami. Diharapkan kerjasama ini akan berterusan pada masa hadapan.
Jesteru itu sokongan dari penduduk, AJK dan warga kerja amat diperlukan bagi menjamin keharmonian serta kesejahteraan kawasan Pusat Komersil Seksyen 7 ini. Bak kata pepatah “Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh”.
Sekian, Terima Kasih.
HJ. Shahrir Bin Shahodin AMN
Pengerusi
JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”
Monday, March 22, 2010
Selangor Terus Catat Kes Denggi Tertinggi
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata dalam tempoh tersebut, Seksyen 7 di sini melaporkan sebanyak 171 kes demam denggi berbanding 92 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas, peningkatan kes sebanyak 185 peratus.
"Setakat ini, terdapat 34 kawasan panas denggi di Selangor dan Seksyen 7, Shah Alam adalah salah satu lokasi kawasan berkenaan. Kawasan Seksyen 7 mengalami wabak denggi selama 52 hari," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Aedes Pupus Denggi Lupus' di sini.
Rosnah berkata kawasan panas dikategorikan sebagai kawasan yang mengalami wabak denggi melebihi tempoh sebulan.
Beliau juga berkata kadar pembiakan nyamuk aedes di Seksyen 7 masih tinggi iaitu melibatkan antara 3.9 peratus hingga 33 peratus.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Rosnah berkata penyemburan racun serangga atau "fogging" yang dilakukan jabatan kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dapat menyelesaikan masalah wabak denggi di negara ini.
"Semburan tersebut hanya dapat meredakan penularan jangkitan tersebut seketika, tetapi tidak dapat menghapuskan jejentik nyamuk yang berada dalam takungan air," katanya.
Rosnah juga berkata daripada sejumlah 3.5 juta premis yang diperiksa sepanjang tahun lepas, 46,848 premis dikenalpasti sebagai kawasan pembiakan nyamuk Aedes.
Beliau juga berkata sebanyak 11,113 kes demam denggi melibatkan 40 kematian dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun ini hingga semalam, berbanding 11,904 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. - BERNAMA
Monday, March 1, 2010
Negeri Selangor mencatatkan kes wabak denggi tertinggi
Pada 8hb Disember 2007, satu Majlis Pelancaran Kad Denggi Untuk Klinik Swasta Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Auditorium Hospital Serdang yang dirasmikan oleh Y.B Dato' Dr Lim Thuang Seng, Exco Pelancongan, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor.
Saya telah mewakili Dr. Mohd Idzham dari Klinik Idzham untuk menghadiri majlis pelancaran tersebut. Majlis tersebut dianjurkan untuk memberi lebih kefahaman tentang peranan klinik swasta yang merupakan peringkat primer yang dikunjungi pesakit yang menghidapi denggi.
Statistik Terbaru
Negeri Selangor merupakan negeri yang mempunyai kejadian denggi TERTINGGI di Malaysia. Sebanyak 14,814 kes denggi telah dilaporkan pada 1 Januari 2007 sehingga 1 Disember 2007 (48 minggu) berbanding sebanyak 12,284 kes sepanjang tahun 2006 dan 11,965 kes sepanjang tahun 2005. Ini adalah peningkatan 32% daripada tahun 2006.
Mengikut perangkaan statistik selama 10-18 tahun yang lepas, kadar insiden denggi di Negeri Selangor ialah sebanyak 100 kes setiap 100,000 populasi . Selepas tahun 2005 kadar ini telah meningkat kepada 300 kes setiap 100,000 populasi. Ini adalah peningkatan 3 kali ganda! Sebanyak 33 kematian telah dicatatkan pada tahun ini.
Wabak denggi atau "outbreak" di Malaysia (jika saya tidak silap) bermaksud apa sahaja kejadian denggi melebihi daripada ?dua kes dalam selang masa 7 hari. Mengikut statistik, Seksyen u19, Kampung Baru Sungai Buloh (KBSB) di bawah Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) mencatat 192 kes dan telah diisytiharkan wabak selama 365 hari dalam masa setahun! Bermakna KBSB mengalami wabak sepanjang tahun....
Jika wabak Denggi dijadikan ukuran - MBSA juga patut menerima "Anugerah Penyapu" daripada MB Selangor....
Kenapa Kes Denggi Banyak Di Selangor?
Denggi merupakan penyakit virus bawaan vektor (pembawa) dan dikenali sebagai penyakit urban (bandar). Pembangunan yang pesat menjadikan virus ini susah hendak dikawal kerana di kawasan bangunan tidak siap menjadi tempat utama tempat pembiakan nyamuk. Ini dibuktikan dengan statistik. Melalui bilangan premis tapak binaan yang disiasat di Selangor, 57% didapati positif untuk indeks aedes. Sedangkan kawasan perumahan cuma menyumbang 1.3% kes positif.
Selangor juga mempunyai populasi tertinggi di Malaysia iaitu hampir 5 juta orang. Ini ialah 26% daripada total populasi Malaysia. Jadi tidak hairanlah Selangor mengepalai kes denggi dengan 32.5% daripada keseluruhan kes denggi iaitu 14,814 daripada 45,557 kes.
Pekerja warga asing yang banyak tertumpu di Selangor yang kebanyakannya tiada penempatan yang tetap dan berpindah randah mengikut pembangunan projek juga menyulitkan kawalan denggi secara optimum. Kebanyakan warga asing tinggal di struktur penempatan yang bersepah, tidak bersih dan kurang kemudahan kesihatan juga menyumbang kepada kes peningkatan denggi.
Apa itu Denggi?
Denggi ialah sejenis virus dari jenis Arbovirus di dalam genus Flavivirus.
Ia adalah penyakit bawaan nyamuk jenis aedes. 2 jenis aedes yang popular di Malaysia ialah Aedes aegypti dan Aedes albopictus.Nyamuk aedes boleh dikenali dengan belang-belang hitam putih pada badan dan kaki dan menyerang pada waktu subuh dan lewat petang. Nyamuk betina menghisap darah untuk proses bertelur.
Nyamuk aedes secara sendirinya TIDAK boleh menyebabkan denggi. Denggi tersebar apabila nyamuk aedes menghisap darah pesakit denggi dan mengalihkan virus denggi tersebut kepada mangsa-mangsa yang lain. Pesakit yang digigit nyamuk aedes tersebut pula akan menjadi sakit selepas 7-10 hari. Kemudian proses ini akan tersebar melalui nyamuk aedes kepada pesakit yang lain.
Tanda-tanda dan Diagnosis Penyakit Denggi
Antara tanda-tanda penyakit denggi ialah :-
- Demam yang tinggi - tidak kurang walaupun memakan paracetamol (panadol) selama 5-7 hari
- Sakit-sakit badan dan tulang (seperti patah tulang sakitnya)
- Sakit pada sendi
- Sakit belakang mata
- Kepenatan dan lemah badan
- Hilang selera makan
- Muka menjadi merah
Keluar ruam-ruam merah halus seluruh badan- Sakit perut (kerana salur darah perut mengecut)
- Muntah-muntah
- Cirit Birit
- Tangan dan hujung kaki terasa sejuk (tanda salur darah tangan dan kaki mengecut)
- Lebam secara tiba-tiba atau dengan sedikit hentakan (tanda pendarahan bawah kulit)
- Gusi berdarah
- Pendarahan lain
- Pengsan selepas demam tinggi
- Sawan selepas demam tinggi
- Sesak Nafas (tanda air di dalam paru-paru)
- Kencing berkurang (tanda salur darah di buah pinggang mengecut)
*** Pengecutan salur darah di sekitar badan untuk mengalirkan darah ke tempat penting seperti di otak dan jantung menandakan denggi semakin serius dan mungkin boleh mengalami Dengue Shock Syndrome ***
Pemeriksaan Darah :-
- Positif untuk Hess Test (50-60%% sensitif)
- Hematocrit > 40% (pemeriksaan kepekatan darah)
- Kiraan sel darah (Full Blood Count) - Platelet turun di bawah 100,000
- Sel darah putih turun di bawah 6,000 (leukopenia)
- Kiraan darah Neutrofil turun di bawah 4,000.
- Enzim AST meningkat di dalam hati
- Ig M meningkat selepas 6-7 hari
- Viral isolation dan PCR (dapat mengesan sejak awal tapi tidak kos efektif)
Kemasukan ke Hospital
Beberapa tahun yang lalu, kriteria seperti platelet di bawah paras 100,000 (di GHKL) atau 80,000 (di Hospital Selayang) diguna pakai untuk kemasukan ke wad. Namun begitu, ia tidak menjadi satu kriteria lagi sekarang.
Pesakit harus dinilai secara individu mengikut simptom masing-masing. Seseorang yang mempunyai platelet 70,000 adakalanya lebih sihat daripada mereka yang mempunyai platelet 100,000. Penilaian adalah bergantung kepada doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan di Hospital yang merawat.
Saya pernah merujuk satu kes Warga Indonesia ke UMMC yang menghidap demam panas selama 5 hari, lemah badan dan mempunyai ruam. Ujian darah menunjukkan platelet 49,000. Setelah dirujuk ke UMMC, dia disuruh pulang dan datang untuk mengambil darah pada keesokan harinya.
Kes yang akan dimasukkan ke wad hospital kerajaan ialah, tanda-tanda pesakit menghadapi demam denggi berdarah seperti pendarahan, perubahan status mental spt meracau, sesak nafas, sakit perut yang teruk dan tidak boleh minum dan makan kerana muntah berlarutan. (Jangan ingat kalau pesakit meracau - dalam kepala kita - dia disampuk hantu. Pesakit boleh maut tuan-puan!) Ataupun disyaki mengalami Dengue shock Syndrome iaitu hujung tangan dan kaki menjadi sejuk, tekanan darah rendah, kurang kencing dan sakit perut yang teruk.
Kita perlu faham oleh kerana sumber yang terhad di hospital kerajaan, katil yang tidak mencukupi dan pekerja kesihatan yang secara relatifnya kurang, maka kriteria untuk kemasukan ke hospital kerajaan menjadi lebih ketat. Untuk yang berkemampuan, anda boleh memilih untuk memasuki Hospital swasta. Anda akan diwadkan walaupun platelet anda 120,000 dan anda berasa sihat (poket pun kena sihat juga!).
Menyekat Wabak Denggi
Menyekat merebaknya penyakit denggi sedari awal adalah sangat-sangat perlu. Ini adalah kerana sekiranya ada pesakit yang dimasukkan ke dalam hospital kerana denggi, tindakan penguatkuasa untuk melaksanakan "fogging" atau "menyembur asap ubat" ke kawasan yang terlibat hanya akan dilakukan 10 hari daripada tarikh pesakit mula dijangkiti. Ini adalah kerana notifikasi ke pejabat kesihatan hanya dilakukan selepas pesakit di diagnosis di hospital. Adakalanya pesakit lambat ke hospital kerana masalah-masalah domestik menjadikan proses "fogging" lebih lambat.
Peranan klinik swasta untuk menyekat wabak denggi daripada merebak adalah penting kerana merekalah doktor pertama yang merawat. Adalah penting doktor merujuk pesakit ke hospital dengan awal dan menasihatkan pesakit untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
- Pesakit dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan darah sekiranya demam makin tinggi dan keadaan semakin teruk. Rujukan awal adalah perlu.
- Keluarga pesakit harus memastikan tempat pembiakan nyamuk dibersihkan
- Sesiapa yang mengetahui bahawa ada jiran mereka yang menghidap penyakit denggi harus berhati-hati, membersihkan kawasan sekeliling dan tidur menggunakan kelambu
- Pesakit denggi tidak boleh keluar waktu lewat pentang dan subuh untuk mengelakkan digigit nyamuk. Jika boleh rehat di rumah sahaja.
- Pesakit denggi harus memakai pakaian yang tertutup bagi mengelak gigitan nyamuk. Denggi hanya boleh merebak sekiranya nyamuk menggigit anda. Wabak denggi akan berhenti sekiranya nyamuk tidak dapat menggigit mana-mana mangsa selama 7 hari.
Sekiranya nyamuk masih ada, sementara menunggu fogging, gunakan ubat nyamuk semburan, untuk menyembur seluruh rumah. Gunakan ubat nyamuk di waktu malam. - Sekiranya proses fogging dilakukan, tolonglah.... jangan tutup pintu rumah sebab takut lantai atau dinding berminyak dek ubat tu... ada juga orang berfikiran begini... Nyawa lebih bernilai daripada segala barang berharga di rumah tersebut.
- Nasihatkan teman rapat atau jiran untuk melaksanakan perkara-perkara di atas sekiranya terdapat sesiapa yang disyaki menghidap denggi.
