Wednesday, October 27, 2010

Kerja-kerja Pihak Pembersihan/ Cleaner


Pihak Cleaner menyapu tangga

Pihak Pengurusan telah menjadualkan aktiviti menyapu tangga dan pembersihan sampah dikoridor dilakukan selang sehari, bermula dari tangga tingkat 4, hingga ke bawah.


Borang 'checklist' kebersihan

Setiap tingkat 4 akan ditampal sehelai 'checklist' sebagai tanda kawasan tersebut telah disapu ataupun tidak.




Hari sabtu telah dijadualkan kepada pihak pembersihan/cleaner untuk:-

1. Menanggalkan iklan-iklan haram yang ditampal di dinding-dinding bangunan;

2. Mengelap peti surat;

3. Membersihkan sawang;

4. Mencuci tandas dan bilik wuduk surau;

5. Pembersihan Airwell; dan

5. Kerja-kerja pembersihan yang berkaitan.

Pihak pembersihan/ cleaner berehat pada hari ahad dan cuti umum.

Untuk makluman pemilik dan penyewa unit, Pihak Pengurusan tidak akan mengutip/ mengangkat bungkusan sampah yang diletakkan dihadapan pintu rumah atau hadapan/ belakang kedai. Sampah harus dibuang di tong sampah yang disediakan oleh Pihak Pengurusan.

"Kebersihan adalah tanggung jawab bersama" dan "Jagalah Kebersihan" demi keharmonian dan kesejahteraan bersama.

Monday, October 25, 2010

Aduan Saluran Najis Tersumbat Di Blok M




Aduan dari penghuni blok m mengatakan floor trap dalam tandas tersumbat sudah 2 minggu. Pemeriksaan oleh pihak maintenance mendapati sumbatan tersebut agak serius sehingga sisa-sisa najis melimpah naik atas lantai rumah.

Pihak maintenance melakukan kerja-kerja pembaikan sementara menanti pihak kontraktor dipanggil.......

Status : Tertangguh

Status Terkini : klik link--> di sini.

Wednesday, October 20, 2010

Kerja - Kerja Pembaikan Tong Sampah






Pada minggu lepas pihak pengurusan mendapat aduan dari penduduk di blok F mengatakan beberapa tong sampah senget dan terbalik. Pemeriksaan mendapati tayar tong tersebut telah patah...

Berikut adalah kerja- kerja pembaikan yang telah dilakukan pihak maintenance:

Alatan:-

1. Welding set
2. Plate besi 4"x 6"
3. Roda

Status : SELESAI

Monday, October 18, 2010

HIMPUNAN PERDANA JMB Seluruh Negeri Selangor Pada 31 Oktober 2010


HIMPUNAN PERDANA JMB Seluruh Negeri Selangor
Pada 31 Oktober 2010


Bertempat di: Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Waktu: 8:30 pagi - 4:00 petang (datanglah beramai-ramai...)

Satu himpunan perdana bagi Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) akan diadakan pada 31 Oktober ini.

Jawatankuasa JMB dari seluruh negeri Selangor adalah dijemput untuk menghadiri himpunan tersebut.

JMB adalah badan yang menguruskan kediaman berstrata seperti pangsapuri atau kondominium sebelum hakmilik strata dikeluarkan.

Himpunan ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Himpunan itu akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Program akan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Di antara acara-acara menarik hari itu adalah ceramah penerangan tentang pengurusan JMB dan bengkel-bengkel membincang isu-isu berkaitan kediaman bertingkat.

Selain dari itu terdapat kaunter khidmat nasihat, kaunter-kaunter Pihak Berkuasa Tempatan dan pameran-pameran. Makan tengah hari adalah disediakan kepada semua yang hadir.

Tujuan-tujuan utama himpunan itu adalah,

  1. Membimbing JMB tentang cara-cara menguruskan bangunan mereka dengan cekap dan berkesan.
  2. Peluang bagi JMB berkongsi atau mengemukakan masalah-masalah mereka.
  3. Saluran bagi Kerajaan Negeri Selangor mendapatkan maklumbalas dari JMB tentang polisi-polisi dan peraturan-peraturan yang telah atau akan dilaksanakan.
Himpunan ini akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid, Dato' Menteri Besar Selangor.

Bagi mereka yang berminat untuk hadir diharap dapat menghubungi 0132965469 (Azli) atau 0132069522 (Kamaruzaman ). Mereka juga boleh menghubungi pejabat Pihak Berkuasa Tempat yang terdekat.

Selain dari Jawatankuasa JMB, mereka yang berminat untuk mengetahui tentang pengurusan kediaman bertingkat turut dijemput hadir.

Cabutan bertuah akan diadakan dengan 5 peserta akan mendapat penginapan 1 malam percuma di Hotel De Palma, Ampang.

Iskandar A. Samad
Pengerusi Jawatankuasa Tetap / Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
18 Oktober 2010

sumber dari:-
http://iskandar56100.blogspot.com/2010/10/himpunan-perdana-jmb-seluruh-negeri.html

Saturday, October 16, 2010

Kerja - Kerja Mencuci Bilik Wuduk & Tandas Surau





Seperti biasa pada setiap sabtu selepas penerangan ringkas oleh En. Suhaimi (Supervisor), beberapa orang cleaner akan melakukan kerja pencucian tandas surau. Pemeriksaan mendapati lantai penuh dengan tompok- tompok hitam kesan tapak kasut. Selain itu pembersihan sampah bertaburan di lantai kerana tong sampah telah penuh juga telah dilakukan.

Terima kasih kepada pihak cleaner kerana membuat kerja dengan penuh dedikasi....




Friday, October 15, 2010

Akta Penubuhan JMB

Jawatankuasa Pengurusan Bersama ditubuhkan mengikut Akta 663: Akta Bangunan & Harta Bersama;

  • Badan hendaklah memilih suatu Jawatankuasa Pengurusan Bersama yang tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan atau arahan yang diberikan oleh Badan di mesyuarat agung. Boleh melaksanakan tugas Badan dan menjalankan urusan Badan bagi pihaknya dan boleh bagi maksud itu menjalankan mana-mana kuasa Badan.
  • Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada pemaju dan tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada dua belas pembeli, yang hendaklah dipilih di mesyuarat agung tahunan Badan dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau sehingga pembubaran Badan mengikut seksyen 15, mengikut mana-mana yang terdahulu.
  • Daripada kalangan anggota Jawatankuasa yang dipilih di bawah subseksyen (2), maka hendaklah dipilih seorang pengerusi, seorang setiausaha dan seorang bendahari.
  • Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Jawatankuasa.
  • Pihak Berkuasa Negeri boleh meminda Jadual Pertama melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.